Tuesday, April 22, 2014

Test embed Onedrive

Tuesday, September 20, 2011

test

test

A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ TAJUK 1 BINGKISAN 5 : MATLAMAT,NILAI,DAN KEPERLUAN

GAZA YANG MENANTI
Menyanyi lagu kedamaian,
Berhujah tentang keamanan,
Merencana tinta kemakmuran,
Yang jauh amat dari pandang,
Antara kemelut dunia yang membebani,
Tak pernah menjanjikan citra itu akan kembali,
Menjadi rona di bumi ini.

Gaza..
Engkau yang meraung ketika guruh senja,
Engkau yang merintih ketika mentari menyapa,
Belum pernah suaramu menjengah ke benak dunia yang alpa,
Kancah gusar dan bimbang,
Yang sesat kiblatnya dari teguh amanat dan mandat,
Mungkinkah akan menitis wangi embun esok hari?
Atau bergemeretap lagi darah dan nanah satria peribumi?

Gaza..
Saudaramu di sini hanya menabur benci di ladang hati,
Sekadar berjanji akan melakukan itu dan ini,
Namun serakah tak mengerti nanti,
Dada telanjang pejuang terus ditebuk peluru besi,
Bayi muda tak mengerti apa-apa terus meraung mencari abi dan umi,
Si bongkok bertasbih menunggu dipilih ajal atau mati,
Janji itu merekah di hujung senjata api,
Yang bertutur dengan bahasa keganasan,
Mencantas pucuk kemanusiaan,
Tangan dijabat hanya sandiwara rundingan sesia,
Lakonan pepura dipentaskan buat tatapan mata dunia,
Bukan damai dicari,
Bukan aman diimpi,
Maka punahranahlah sebuah taman suci murni,
Dan tumbuhlah derita sengsara tiada bergalang ganti.

Gaza..
Pabila kami berani mengakui,
Kemandulan semangat jihad di lubuk diri,
Kami akan kembali ke gunung dan lurah,
Ke laut nan merah,
Ke lorong bertanah,
Dan akan kami pimpin lesu tanganmu,

Sengaja saya lampirkan bersama-sama catatan ini, sebuah puisi yang saya nukilkan bagi menghayati perjuangan para satria pembela nasib bumi Palestin. Keseluruhan puisi di atas menceritakan betapa dunia Islam sebenarnya belum bersungguh-sungguh menjana usaha bagi membebaskan bumi suci Palestin daripada cengkaman Israel laknatullah. Sebuah harapan diselitkan pada penghujung puisi iaitu supaya negara-negara Islam membulatkan tekad bagi mencapai matlamat yang diperjuangkan oleh saudara-saudara kita di sana. Apakah matlamat yang diperjuangkan? Sudah tentu bagi mengembalikan keamanan di timur tengah, mengembalikan senyum tawa anak-anak kecil yang kini meronta, mengembalikan gurau senda sang suami dengan isterinya yang kini terpisah antara rumah dan pusara, mengembalikan maruah sebuah negara Islam yang dirobek penceroboh durjana. Matlamatnya sudah pasti, namun objektif perjuangan masih samar-samar dan belum dirancang dengan teliti.

Merujuk kepada contoh krisis di Timur Tengah ini, pastinya kita sudah mendapat gambaran secara umum mengenai konsep matlamat yang menjadi intipati bingkisan kali ini. Bolehlah kita simpulkan bahawa matlamat merujuk kepada kesan akhir yang ingin kita capai dengan melaksanakan perancangan yang proaktif. Matlamat tidak boleh dipisahkan daripada 'kekasih awal dan akhirnya' yakni objektif, kerana tanpa objektif, matlamat yang ditetapkan akan berkekalan lesu tanpa pengisian yang sepatutnya. Seandainya matlamat dirujuk sebagai sebuah destinasi, maka objektif ialah pelbagai jenis kenderaan yang boleh digunakan untuk menuju ke arah destinasi itu. Pendek kata, objektif berkait rapat dengan kata soal 'bagaimana'. Selain daripada contoh konflik Timur Tengah, kita juga boleh merujuk kepada contoh matlamat yang digariskan oleh kerajaan Malaysia sendiri iaitu menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pelbagai objektif telah digariskan bagi memacu pertumbuhan ekonomi Negara seperti liberalisasi ekonomi melalui pengenalam Model Baru Ekonomi, memperkenalkan enam keberhasilan menerusi Program Transformasi Kerajaan, dan tidak ketinggalan Program Transformasi Ekonomi. Melalui pelbagai perbincangan dan perdebatan, kerajaan telah meniliti potensi ketiga-tiga program ini bagi memangkin pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar bahawa okjektif yang salah akan membantutkan perjalanan kita ke destinasi yang ingin dituju. Penetapan objektif yang salah bermakna kita akan memberi tumpuan kepada masalah yang tidak selari dengan matlamat. Mengambil contoh Program Transformasi Kerajaan sebagai satu objektif yang tepat dan pragmatik bagi 'mencabut duri dalam daging' yang memperlahankan percambahan ekonomi negara, kerajaan melalui program ini telah menggariskan enam bidang keberhasilan bagi memantapkan gerak kerja kerajaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan. Program ini secara implisitnya turut memerangi amalan rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan dan penjawat awam sendiri.

Selain konsep matlamat, kuliah kali ini juga membincangkan konsep keperluan. Menurut Maslow, keperluan manusia boleh diklasifikasikan kepada lima kategori; keperluan fisiologikal, keperluan dalam aspek keselamatan, keperluan sosial, keperluan estim dan keperluan penghargaan kendiri. Menurut ajaran Islam, umatnya disarankan untuk hidup dalam keadaan penuh kesederhanaan dan mengelak pembaziran. Sewaktu kecil dulu, setiap kali menemani ibu ke pasaraya atau pusat membeli belah, saya akan berpesan kepadanya, "Jangan beli banyak-banyak sangat, Ustaz kata, membazir itu amalan syaitan". Ibu akan menjawab yang segala perbelanjaannya adalah merangkumi keperluan keluarga dan bukanlah berniat untuk membazir. Namun adakah Islam hanya membenarkan perbelanjaan mengikut keperluan sahaja, tanpa menitikberatkan kehendak manusia? Adakah setiap seorang daripada kita hanya dibenarkan memiliki kereta Perodua Kancil dan dilarang membeli Toyota Camry? Persoalan ini diselesaikan melalui buah fikiran Dr Yusof Al-Qardhawi yang mencerakinkan keperluan manusia kepada tiga kategorii iaitu al-dharuriyyat : perkara yang sangat diperlukan untuk kehidupan, al-hajiyyat : perkara yang mengurangkan kesukaran kehidupan, dan  al-tahsinat : perkara yang menambah keselesaan hidup. Menurut al-Qardhawi lagi, al-dharuriyyat adalah keperluan yang perlu diberi prioriti berbanding kategori-kategori yang lain. Islam membenarkan umatnya berbelanja bagi memenuhi keperluan al-hajiyyat dan al-tahsinat, asalkan perbelanjaan tersebut selari dengan kemampuan dan tidak membebankankan mereka. Mengambil contoh sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan lima orang anak memerlukan kenderaan yang lebih luas daripada Perodua Kancil yang dimiliki oleh mereka sekarang bagi menambah keselesaan dalam perjalanan. Islam tidak menghalang mereka untuk berbelanja bagi mendapatkan sebuah kereta yang lebih luas dan selesa, namun perbelanjaan tersebut haruslah tidak melebihi kemampuan mereka.

Seterusnya, kita beralih kepada konsep nilai. nilai yang dipegang oleh masyarakat barat adalah berbeza daripada nilai pegangan masyarakat timur kerana konsep nilai ini berbeza mengikut cara hidup, persekitaran, budaya dan agama. Memakai bikini adalah bertentangan dengan budaya ketimuran tetapi berpakaian sedemikian dan berjemur di persisiran pantai adalah menjadi tradisi musim panas di negara-negara barat. Nilai merupakan pegangan atau kepercayaan berterusan mengenai kaedah dan status tindakan yang sangat mempengaruhi proses membuat keputusan. Lazimnya, keputusan seseorang mencerminkan nilai yang menjadi pegangan hidupnya. Saya berasa terpanggil untuk melemparkan rasa runsing terhadap status quo nilai dalam kehidupan masyarakat global. Sudahlah budaya perlumbaan mengejar taraf hidup mewah menjadi penghakis nilai murni dalam masyarakat, kita juga dapat melihat fenomena pengahapusan nilai oleh nilai. Krisis ini dirujuk kepada nilai kebebasan yang diangkat sebegitu tinggi oleh golongan berhaluan kiri yang memperjuangkan hak asasi yang dilihat menyongsang semangat hak asasi yang sebenar. Sesetengah kumpulan memperjuangkan hak untuk menghisap ganja, hak untuk berkahwin dengan pasangan sejenis, dan pelbagai hak kebebasan lain yang disandarkan kepada perjuangan hak asasi. Perjuangan sebegini sedikit sebanyak menggugah nilai pegangan masyarakat dan yang lebih merisaukan, perubahan nilai ini akan mempengaruhi proses pembuatan keputusan oleh ahli masyarakat sendiri sehingga nilai moral dipinggirkan terus daripada kehidupan komuniti.

Sebagai akhirul kalam, ketiga-tiga konsep yang dibincangkan hari ini perlu diadun dengan sebati bagi mendapatkan resipi pembuatan keputusan yang boleh menghasilkan juadah pulangan yang enak dan lazat. Penetapan matlamat oleh seseorang adalah bersangkutan dengan nilai yang dipegang olehnya. Olah yang demikian, nilai yang salah akan membawa kita kepada matlamat yang salah, seterusnya objektif yang salah. Penetapan matlamat juga perlu mengambil kira keperluan diri dan masyarakat, barulah keputusan yang akan dibuat dapat memberi maslahat kepada semua pihak. 

Monday, February 14, 2011

A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ BIN MOHAMAD LOKMAN TAJUK EMPAT BINGKISAN KEEMPAT : EMOSI

"Awak terlalu beremosi, kesalahannya cuma sekali ini."

"Kenapa beremosi pula, relaks sudah la."

"Jangan terlalu ikutkan emosi, buruk padahnya nanti."

Demikian ungkapan yang sering kita dengar membabitkan proses pembuatan keputusan dan emosi. Umum seolah-olah memandang 'emosi' sebagai suatu entiti yang sukar dikawal sehingga memberi banyak implikasi negatif kepada si empunya diri. Namun adakah pandangan tepat? Atau kita sekadar meletakkan beban kesalahan kepada emosi bagi menutup kepincangan perancangan membuat keputusan yang kita rencanakan?

Emosi merupakan gabungan kompleks interaksi antara faktor objektif faktor subjektif yang dijana oleh sistem hormon neural yang melahirkan perasaan sama ada takut, gembira, marah dan sebagainya. Bagi menerangkan pengaruh sebenar emosi kepada diri individu, kita merujuk kepada buah fikiran Baron dan Logan yang menjelaskan bahawa emosi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Lang telah mempericikan lagi hubungkait antara emosi dengan respon seseorang individu dengan menyatakan bahawa emosi bertindak sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Berdasarkan penerangan ini, kita dapat melakarkan suatu pemahaman baharu mengenai emosi yang tidak semestinya menjadi stimulus kepada reaksi negatif, namun turut menjadi tunjang kepada keputusan yang baik. Kita akui, emosilah yang mendasari keputusan Sultan Melaka untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Laksamana Hang Tuah tanpa melakukan siasatan yang menyeluruh. Namun suatu perkara yang kita sering terlepas pandang adalah kesetiaan Tuah terhadap Melaka dan negerinya juga adalah disebabkan oleh emosinya yakni rasa cinta terhadap kedua-dua prioritinya itu.

Dalam situasi ini, teringat saya kepada perbincangan mengenai satu prinsip undang-undang kontrak di bawah common law. Sebagaimana common law, undang-undang kontrak Malaysia turut menerima pakai prinsip pembatalan kontrak disebabkan oleh balasan atau tujuan kontrak yang tidak bermoral atau menentang polisi awam. Frasa 'balasan atau tujuan yang tidak bermoral' telah diperincikan di dalam Akta Kontrak 1950 melalui misalan-misalan seksyen 24(e) akta tersebut. Namun, frasa 'polisi awam' menjadi perdebatan hangat di England, tidak kurang juga di Malaysia. Variasi definisi dan pendekatan telah dicadangkan bagi memberi gambaran mengenai polisi awam. Salah satu pemahaman yang boleh saya kaitkan dengan konsep emosi ialah pemahaman bahawa polisi awam ibarat seekor kuda yang tidak terkawal (merujuk kepada sifat prinsip ini yang sukar untuk dijangka dan dikawal dalam kehidupan masyarakat). Namun, pemahaman seperti ini ditempelak oleh Lord Denning iaitu seorang hakim terkemuka yang menyatakan bahawa seandainya seekor kuda liar yang tidak terkawal itu ditunggangi oleh seorang pakar yang bijaksana dalam mengendalikan kuda terbabit, tidak mustahil kuda itu akan dapat dijinakkan dan dapat menerima arahan oleh si penunggang tadi untuk melompat melepasi halangan-halangan sepanjang perjalanan mereka. Prinsip polisi awam ini memanglah tiada kaitannya dengan konsep emosi, tetapi saya tertarik untuk mengaitkan analogi Lord denning mengenai polisi awam tadi dengan sifat-sifat emosi itu sendiri. Pada hemat saya, emosi memang sukar untuk dijangka dan dikawal, sama seperti seekor kuda liar. Walaupun sebegitu, seandainya seseorang individu bijak mentafsir maklumat-maklumat yang dia peroleh, tidak mustahil 'kuda liar' tadi jugalah yang akan membawanya menelusuri denai cabaran bagi membuat suatu keputusan yang jitu dan tepat.

Berganjak pula kita kepada fasa seterusnya iaitu komponen-komponen emosi. Emosi merangkumi empat komponen dominan iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Suatu contoh telah diberikan oleh Encik Zamri bagi menjernihkan nkekaburan pemahaman kami mengenai keempat-empat komponen ini. Beliau memberikan satu situasi mudah; Dalam suatu malam yang gelap, Farihah (nama asal yang diberikan oleh Encik Zamri ialah Junainah, pilihan nama saya hanyalah secara rawak) tiba-tiba terdengar bunyi yang pelik. Dia terus mendengar dan cuba mengenal pasti bunyi tersebut. Jantungnya berdegup kencang. Memberi kejutan kepada Farihah, 'penceroboh' telah melompat masuk ke kamarnya. Dengan tidak semena-mena, Farihah menjerit ketakutan dan melompat turun dari katil. Namun, dia mula sedar bahawa 'penceroboh' itu hanyalah seekor kucing yang kelaparan ;

 

Selesai menceritakan contoh terbabit, Encik Zamri kemudiannya mencerakinkan plot-plot contoh itu kepada empat komponen yang dibincangkan tadi. Ketakutan Farihah merujuk kepada komponen yang pertama iaitu perasaan. Manakala komponen kedua, proses kognitif pula merujuk kepada tiga fasa. Pertama, fasa Farihah mentafsir perasaan yang dialaminya sebagai rasa takut. Kedua, fasa penyiasatan terhadap punca atau sumber bunyi pelik tersebut. Akhir sekali, cubaannya memikirkan cara untuk berhadapan dengan segala kemungkinan. Selesai komponen kedua, komponen ketiga pula perubahan berbentuk psikologikal iaitu degupan jantung yang semakin kencang, perpeluhan dan pernafasan yang tidak teratur. Komponen keempat dalam situasi yang dibincangkan ini ialah tindakan Farihah yang melompat dan menjerit sejurus 'penceroboh' itu memasuki biliknya secara tiba-tiba. Rantaian psikologi ini jelas menunjukkan bahawa emosi bertindak sebagai permulaan bagi sesetengah tindakan yang kita ambil.

 

Selesai dengan penerangan secara umum mengenai konsep emosi, kami diberi penjelasan pula mengenai teori Lazarus. Teori Lazarus merupakan sebuah teori popular yang menceritakan mengenai fasa pembentukan emosi serta implikasi yang mampu dibawakan oleh emosi terbabit. Menurut Lazarus, setiap emosi mempunyai tiga komponen utama iaitu nilaian kognitif, desakan tindakan dan pola reaksi badan. Nilaian kognitif terdiri daripada tindakan mentaksir rangsangan penting yang berkaitan dengan keselesaan seseorang. Peringkat pertama ini dinamakan penilaian asas. Kemudian, barulah penilaian mengenai strategi-strategi menangani stres yang muncul akibat situasi emosi tersebut. Penilaian asas merupakan penilaian kognitif mengenai punca emosi, bukannya penilaian mengenai isi kandungan emosi. Sebagai contoh, individu yang berhadapan dengan perompak berpistol akan menilai perompak dan pistol(ancaman) bukannya menilai perasaan takut yang dialaminya ketika itu. Selain teori Lazarus, terdapat teori-teori terkemuka lain seperti teori Papez Maclean, teori pelabelan kogniti Scahcter, teori Psikobiologikal dan teori-teori lain yang sebahagiannya menyokong satu sama lain namun terdapat juga teori yang mengkritik dan menempelak teori-teori yang lain.

 

Menutup bingkisan kali ini, saya ingin berbalik kepada fasa awal penceritaan dalam catatan ini iaitu emosi sebagai sumber motivasi. Walaupun tidak semua motivasi berpunca daripada emosi, tetapi dalam keadaan-keadaan yang genting, emosi yang membuak-buak mampu melahirkan motivasi yang ampuh dan sukar untuk ditandingi. Mungkin contoh yang akan saya berikan ini bercanggah dengan pembelajaran kerana berkisarkan ruang lingkup ekosistem kehidupan haiwan, namun yang paling penting, kita sama-sama hayati contoh ini dan ambil seberapa banyak pengajaran yang tersirat di sebalik coretan kehidupan ini. Sambil saya menyiapkan catatan ini, saya juga menonton rancangan Caught on Camera di saluran AXN. Dalam rancangan tersebut, satu kawanan kerbau diserang oleh lima ekor singa betina yang kelaparan. Bimbang akan ancaman singa-singa itu, kawanan kerbau itu lari bertempiaran tanpa menyedari seekor anak kerbau ketinggalan di belakang. Dengan pantas, singa-singa yang kelaparan itu berjaya menerkam anak kerbau yang nyata tidak sukup pantas untuk meloloskan diri. Terkaman itu menyebabkan anak kerbau tadi terjatuh ke dalam tasik yang berhampiran. Ketika singa cuba mengeluarkan habuan mereka yang tampak seolah-olah kelemasan itu, tiba-tiba seekor buaya muncul dan cuba merebut anak kerbau dari mulut sang singa. Walaupun pada awal persaingan buaya kelihatan akan berjaya mendapatkan makanan idamannya, namun kelima-lima singa telah menggandakan kekuatan mereka seterusnya menyebabkan sang buaya mengalah dan berlalu pergi dari situ. Dalam situasi ini, keadaan lapar telah menjadi motivasi ratu-ratu rimba itu untuk terus berjuang bagi mendapatkan mangsa. Motivasi yang dikatakan bukanlah terbit hasil rangsangan emosi, sebaliknya rasa laparlah yang mendorong mereka berusaha lebih gigih. Namun nyawa anak kerbau tadi tidak tamat di situ. Sejurus selepas anak kerbau itu dinaikkan ke darat, kawanan kerbau yang bertempiaran tadi kembali ke situ bagi menyelamatkan putera mereka daripada menjadi santapan singa. Seolah-olah dibakar api kemarahan yang marak, salah seekor kerbau terbabit bertindak menendang dan mengejar salah seekor singa. Kini hanya tinggal empat ekor singa bagi mempertahankan hasil buruan mereka. Si kerbau yang bertempur tadi kemudiannya sekali lagi mendekati kumpulan singa itu. Kali ini bertindak menyondol salah seekor daripada pemangsa paling digeruni di wilayah rimba itu sehingga melambung kira-kira 3 meter. Tindakan berani sang kerbau menyebabkan semua singa berundur, maka terselamatlah anak kerbau yang hampir-hampir menemui ajal sebentar tadi. Jelas, dalam perjuangan kerbau bagi menyelamatkan salah seekor ahli kawanan mereka, emosi marah menjadi penjana utama segala kekuatan dan keberanian yang terpancar. Tuntasnya, dek kerana emosi yang melampaui batas, aturan alam yakni hubungan antara pemangsa dan mangsa juga telah disongsangkan.  Kali ini, emosi tidak merencatkan pembuatan keputusan, malah merangsang pembuatan keputusan yang akhirnya membawa noktah yang menggembirakan.


Sunday, February 13, 2011

A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ BIN MOHAMAD LOKMAN TAJUK 3 BINGKISAN 3 : PERSONALITI

Kata orang, "Don't judge a book by its cover". Mungkin pernyataan ini ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana personaliti hanya memberi gambaran luaran yang tidak sesuai untuk kita jadikan kayu ukur bagi menilai sudut dalaman seseorang individu. Namun begitu, dalam keadaan-keadaan tertentu, individu-individu tertentu tidak boleh tidak, mesti meletakkan perhatian istimewa kepada personaliti mereka bagi menjaga reputasi diri. Contohnya, seorang peguam perlu menitikberatkan imej dan personaliti mereka di hadapan umum bagi memelihara reputasi profesion dan firma yang diwakili.


Sebenarnya, konsep personaliti merangkumi sisi peribadi seseorang secara lebih meluas. Huraian dan contoh yang diberikan di atas hanyalah mencakupi pemahaman klise masyarakat tentang konsep personaliti. Dalam pengetian personality yang sebnar, ungkapan "Don't judge a book by its cover" lebih wajar diterima sebagai suatu saranan untuk tidak terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap personaliti seseorang kerana pada konsepnya, ujian terhadap personaliti merupakan suatu proses yang kompleks dan berstruktur. Sepanjang catatan ini, kita akan sama-sama meninjau pengertian sebenar perkataan 'personaliti' setrusnya membincangkan ujian yang tepat bagi membezakan personaliti seseorang individu dengan individu lain.

 

Perkataan personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini digunakan oleh seniman dan seniwati Yunani sewaktu pementasan lakonan. Topeng yang dikenakan adalah bersesuaian dengan watak mereka yang bawakan. Menelusuri pula catatan definisi yang telah diberikan oleh para intelek bidang psikologi seperti Kegen J, Sagen J dan Hans Eysenck, satu kesimpulan dapat kita hasilkan iaitu personaliti merupakan organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang stabil dan konsisten. Organisasi ini bertindak menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. Dalam bahasa yang lebih ringkas dan mudah, personaliti boleh dirujuk kepada cara pembawakan diri seseorang individu. Contohnya, Raihan sering tersenyum dan gemar berjenaka dengan teman-temannya, jadi kita menganggap Raihan mempunyai personaliti yang gembira dan mudah mesra. Ayuuni pula jarang bertegur sapa dengan rakan-rakan apabila bertembung dan memilih untuk tidak banyak bercakap di dalam kelas. Dia juga sukar memulakan perbualan dalam sesuatu kelompok. Maka, lazimnya kita akan menganggap bahawa personaliti Ayuuni adalah bertentangan dengan Raihan iaitu pendiam dan tidak mudah mesra.

Menjadi kelaziman dunia, mengkelaskan orang mengikut kategori-kategori tertentu. Ada yang miskin, ada yang kaya, ada yang putih, ada yang hitam, ada yang berasal dari Amerika Utara, ada yang berasal dari Amerika Selatan. Dalam sesetengah keadaan, pengkelasan sebegini bertujuan mendiskriminasi kumpulan-kumpulan tertentu. Mengambil contoh perbezaan warna kulit di Amerika Syarikat suatu masa dahulu yang menjadi asas kepada pelbagai dasar dan tindakan diskriminasi dalam kalangan masyarakat. Orang kulit putih mendapat layanan istimewa berbanding orang kulit hitam yang sering kali diberi layanan keji dan dianggap sebagai pendatang yang tidak diundang. Namun dalam konteks perbincangan kita bagi tajuk personaliti ini, pengkelasan yang dilakukan adalah bertujuan membantu individu untuk lebih mengenali diri masing-masing. Kalau di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu, guru-guru pembimbing seringkali mengingatkan kami untuk memilih jurusan atau kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti masing-masing. Hatta sebelum memilih pengkhususan aliran bagi peringkat menengah atas sekalipun, kami disarankan menjalankan ujian personaliti terlebih dahulu. Ujian yang dikatakan tidaklah semudah contoh yang saya berikan mengenai Raihan dan Ayuuni tadi, sebaliknya ujian ini bersifat lebih kompleks dan merangkumi segenap aspek perlakuan manusia.

 

MBTI atau Myers-Briggs Type Indicator ialah salah satu ujian personaliti yang diterima dan digunapakai di seluruh dunia. Indikator yang membuat pengklasifikasian berdasarkan respon kepada 126 soalan ini telah dipelopor oleh Katherine Briggs dengan merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh Carl G. Jung. Mula diusahakan oleh Katherine pada 1920 an, MBTI adalah hasil adunan teori pengklasifikasian Katherine sendiri yang dikatakan selari dengan idea Jung. Walaupun bukan seorang pakar dalam bidang ini, kesinambungan kajiannya dengan buah fikiran Jung telah mendorong Katherine untuk terus berusaha. Semangat si ibu ini telah menarik minat anaknya, Isabel, yang telah memperkenalkan satu siri persoalan bagi mengukur perbezaan personaliti pada tahun 1942. Siri soalan inilah membentuk MBTI yang sejak 1975 sehingga hari ini digunapakai termasuk dalam bidang professional. Menguji personaliti berdasarkan empat aspek iaitu jenis interaksi sosial, keutamaan dalam mengumpul data, keutamaan dalam mebuat keputusan dan cara pembuatan keputusan, MBTI membezakan personaliti mengikut 16 kategori. Setiap satu aspek ujian menyumbang kepada dua jenis personaliti yang berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, dalam aspek jenis interaksi sosial, personaliti terbahagi kepada dua iaitu 'extrovert' dan 'introvert'. Individu yang digolongkan dalam kumpulan extrovert biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap dan berkomunikasi, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko. Bergerak kepada aspek kedua iaitu keutamaan yang mengumpul data. Di bawah aspek ini, personaliti juga dibahagikan kepada dua jenis iaitu 'sensing' dan 'intuitive'. Individu yang dikelaskan dalam jenis 'sensing' biasanya fokus untuk mencapai suatu matlamat yang boleh dilihat atau dirasa dengan jelas. Mereka cenderung untuk menurut arahan dengan tepat dan terpeinci dan lebih bermotivasi seandainya tindakan yang diambil itu berkaitan dengan maslahat yang diperoleh secara terus. Golongan ini mengumpul data dengan bertumpu kepada perkara-perkara yang boleh dirasakan melalui lima pancaindera : melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa. Berbanding dengan golongan 'sensing', golongan 'intuitive' lebih fokus untuk mencapai matlamat konseptual. Mereka cenderung untuk mengikuti aturan yang umum dan lebih bermotivasi sendainya tindakan yang diambil adalah berkait rapat dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Golongan ini memperoleh data melalui pemarhatian mereka terhadap perkara yang mungkin digambarkan sebagai pancaindera keenam, yang merujuk kepada  makna, kesimpulan, firasat, wawasan, dan hubungan. Pemerhatian seperti ini sering dikaitkan dengan pemikiran di luar kotak maklumat. Begitulah juga dengan aspek ketiga dan keempat. Keempat –empat aspek ini masing-masing menghasilkan dua jenis personaliti yang akan digabungkan kesemuanya membentuk 16 kategori personaliti yang terdiri daripada empat dikotomi hasil gabungan daripada empat aspek tadi. Contohnya, bagi aspek pertama, saya dinilai sebagai berpersonaliti 'extrovert' dan 'intuitive' pula bagi aspek kedua. Ditambah dengan dua lagi dikotomi dalam penilaian aspek ketiga dan keempat, lengkaplah sudah penilaian personaliti saya secara keseluruhannya.

 

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza. Namun perbezaan tersebut bukanlah suatu asas bagi kita mendiskriminasi atau menjauhi golongan-golongan tertentu, sebaliknya analisis perbezaan itu membantu kita untuk mengenali diri kita dengan lebih baik. Pelbagai masalah boleh timbul seandainya kita tidak mengenali seseorang itu berdasarkan personalitinya. Mengambil situasi rumah tangga, sepasang suami isteri yang berbeza personaliti mereka akan seringkali menghadapi percanggahan pendapat dalam aspek-aspek tertentu. Seandainya perbezaan personaliti ini dianggap remeh dalam urusan rumah tangga, sudah pasti segala percanggahan yang timbul akan berakhir dengan pergaduhan. Dalam situasi ini, suka saya memetik bait-bait lirik lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan;

 

"Tak perlulah kita mencuba lagi,

  Betulkan kesilapan perhubungan ini,

  Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan,

  Manakah agaknya cinta kasih."

 

Benar, percanggahan mungkin menyebabkan pergaduhan, dan pergaduhan mungkin mengakibatkan perpisahan. Oleh sebab itu, konsep perbezaan personaliti perlulah difahami oleh kedua-dua pihak apabila timbul percanggahan, kedua-duanya boleh bertindak sesuai dengan personaliti pasangan masing-masing.

 


tugasan blog




Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.

A133354 WAN NAZMIR HARIZAM BIN WAN MUHAMAD HILMI - Tugasan 5 Tanpa Matlamat Apa Gunanya

                                                                                                                               TANPA MATLAMAT APA GUNANYA

       Akhirnya, tiba juga kita dalam catatan terkakhir saya yang membicarakan mengenai kaedah terbaik dalam membolehkan kita membuat keputusan yang terbaik menerusi pembelajaran kursus membuat keputusan di bawah kendalian Encik Zamri.

      MATLAMAT.Apakah ia sebenarnya???Setiap orang mepunyai matlamat dan tanpanya mesti ada yang tidak kena ke atas seseorang itu. Menurut satu kamus yang telah saya rujuk matlamat bermaksud keadaan akhir atau keputusan yang dikehendaki dari perancangan yang proaktif.Matlamat boleh juga dipanggil dalam erti kata lain seperti impian,harapan, atau cita-cita dan juga bermaksud tidak semuanya akan menjadi kenyataan tanpa usaha yang gigih.Setiap perkara yang ingin dilaksanakan seharusnya mempunyai matlamat supaya ada sasaran yang ingin dicapai dalam sudut lain menjadi dorongan untuk mencapai ke sasaran tersebut.Sebagai contoh, setiap kementerian mempunyai matlamat atau dipanggil sebagai misi dan visi supaya kecemerlangan setiap daripada mereka akan berterusan walaupun mengambil jangka masa yang lama.Setiap sekolah juga mepunyai matlamat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sama ada did ala UPSR, PMR dan juga SPM.

        Setiap matlamat yang ingin dicapai mepunyai pendekatan masing-masing. Matlamat digerakkan oleh objektif atau lebih tepat lagi maklumat khusus.Antaranya ialah;

  Menentukan dengan tepat

  Menentukan arah tindakan atau implementasi yang bakal diambil secara implisit

  Cara mengendalikan objektif berbilang ialah dengan menentukan secara terperinci sejauh mana pembuat keputusan sanggup mengorbankan sesuatu objektif bagi mendapatkan objektif yang lain.

        Apa yang saya belajar mengenai pembelajaran ini ialah kita seharusnya mempunyai matlamat yang betul supaya tidak terpesong daripada misi utama kita dalam mencapai hasrat dan dalam proses itu juga perlu ada pendekatan positif supaya tidak menghancurkan kehidupan orang lain.Lebih penting daripada membuat pilihan terbaik daripada beberapa alternative.Objektif yang salah bermakna masalah yang salahakan diberi perhatian.Kita kena tahu apa yang ingin dicapai serta mengetahui apa yang boleh dibuat adalah sangat berguna untuk menentukan apa yang sepatutnya dibuat.Sebagai contoh, seorang pekerja berpangkat rendah matlamatnya ialah ingin menjadi pengarah urusan tidak lama lagi tetapi untuk mencapai ke arah tersebut mengambil jangka masa yang amat lama dan memerlukan usaha yang amat gigih.Niatnya murni suatu hari dapat menjadi pengarah urusan bagi meringankan beban keluarga tetapi jangan menjejaskan orang lain untuk sampai ke atas.Namun, berdasarkan Encik Zamri, terdapat beberapa kesilapan dalam menentukan objektif.Antaranya ialah;

·         Objektif tidak dinyatakan dengan jelas

·         Pelbagai objektif, kadangkala bertentangan antara satu sama lain

·         Objektif berlainan dicapai dalam tempoh berlainan

·         Beberapa objektif tidak dapat diukur secara kuantitiatif

·         Ada objektif saling bersaing antara satu sama lain

·         Objektif yang memerlukan penggunaan sumber yang sama

·         Apa yang dianggap sebagai objektif yang diingin atau berfaedah oleh satu pihak mungkin tidak menguntungkan di pihak yang lain

 

          Dalam pembelajaran minggu tersebut juga, saya tidak hanya belajar mengenai matlamat malah keperluan juga.Keperluan bermaksud apa yang dirasakan cukup kepada diri sendiri seperti pakaian,makanan, tempat tinggal malah keluarga.Keperluan mengikut kepada kepuasan hati.Berdasarkan kepada teori Maslow,seseorang itu hanya perlu mencapai ke tahap sekadar keperluannya sahaja sehingga keperluan yang dapat memuaskan hati.Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar university ingin menyewa rumah, soal yang penting ialah sudah mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan perkara-perkara lain seperti perabot malah alat eletronik tidak diperlukan sekadar mendapatkan keselesaan.

 

         Dalam Islam juga ada menjelaskan mengenai soal keperluan agar umatnya tidak tamak dan pembaziran berlaku.Islam mengajar umatnya supaya bersyukur atas apa yang kita ada kerana orang yang tamak selalunya rugi.Kaedah fekah (qawa'id fiqhiyyah) dalam menentukan keperluan mengikut Yusuf al-Qaradhawi boleh dibahagikan kepada 3iaitu;

al-dharuriyyat : perkara yang sangat diperlukan untuk kehidupan

al-hajiyyat : perkara yang mengurangkan kesukaran kehidupan

al-tahsinat : perkara yang menambah keselesaan hidup

Aturan umum ialah mendahulukan aldharuriyyat mengikut susunan di atas. Al-dharuriyyat pula terbahagi kpd 6 mengikut keutamaan : agama, jiwa atau nyawa, keturunan, akal fikiran, harta & kehormatan (mengiku tuntutan).Aturan bagi prinsip-prinsip yg lain:

·         Mendahulukan yg pasti bebanding yg samar samar

·         Mendahulukan yg besar berbanding yg kecil

·         Mendahulukan masyarakat berbanding individu

·         Mendahulukan yg banyak berbanding yg sedikit

·         Mendahulukan yg berterusan berbanding yg

·         sementara

·         Medahulukan yg asas berbanding yg ranting

 

           Akhir sekali ialah mengenai soal nilai. Nilai bermaksud kepercayaan yang berterusan mengenai kaedah dan status tindakan dan nilai ditentukan oleh faktor sosial dan budaya termasuk juga agama.Biasanya apa yang dihargai tu mempunyai nilai ke atas diri kita.Sebagai contoh, harta serta keluarga malah setiap nilai juga mempunyai system dan juga paras aspirasi berdasarkan kepada factor keadaan semasa seseorang itu.Nilai juga boleh di 'prioriti'kan.Kumpulan berbeza mempunyai nilai yang berbeza contohnya perbezaan di antara seorang yang kaya dengan seorang yang miskin.Nilai berbeza kerana keperluan mereka berbeza.Nilai dan 'reference group' sebagai penentu nilai.

  

          Ketiga-tiga perkara tersebut seperi matlamat, keperluan dan nilai mempunyai hubung kait.Dalam membuat keputusan, hasil yang dikehendaki dalam menyelesaikan masalah dan membuat

Keputusan disebabkan manusia banyak keinginan, tetapi mengikut kepadakemampuan kognitif,

limitasi persepsi dan tumpuan dan fizikal terhad.Oleh itu, keinginan atau keputusan tertakluk kepada keutamaan (prioriti).Prioriti juga menstrukturkan matlamat,keperluan dan nilai bagi menyelesaikan masalah. Matlamat  dikenalpasti melalui perancangan manakala nilai dan keperluan tidak dirancang.

Oleh itu, nilai dan keperluan merupakan kehendak di bawah sedar.Apabila nilai dan keperluan dianggap sesuatu yang dicapai, nilai dan keperluan bertukar menjadi matlamat.Nilai juga dilihat sebagai transformasi keperluan yang diterima oleh individu dan masyarakat.Mengikut hierarki, matlamat merupakan yang paling utama.Keperluan merupakan primeri dan nilai sebagai instrinsik

Ini jelas menunjukkan matlamat, keperluan dan nilai jarang akan dapat dipenuhi sekaligus.

 

         Secara kesimpulannya, matlamat hanya akan dicapai sekiranya seseorang itu sudah menetapnya dari awal lagi supaya ada dorongan untuk mencapai hasrat tersebut.Keperluan pula perlu ada dalam diri setiap orang supaya tidak menjadi tamak dan sekadar berpuas hati dengan apa yang kita perolehi.Akhir sekali, nilai perlu diterapkan kepada minda seluruh umat manusia agar tidak ada sebarang konflik pada mada akan datang.

 

        Catatan saya sudah sampai ke penghujungnya dan sepanjang lima minggu saya membuat catatan mengenai kursus membuat keputusan ini, ini lebih menjadikan diri saya menjadi lebih matang dalam membuat sebarang keputusan dan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan agar tidak menyesal di kemudian hari.Diharap catatan saya cukup untuk menjelaskan pemahaman saya mengenai kursus ini yang secara ikhlasnya banyak memb antu diri saya.Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan yang paling penting pensyarah saya iaitu Encik Zamri dalam membantu saya menyiapkan catatan ini.Sekian.

A133354 WAN NAZMIR HARIZAM BIN WAN MUHAMAD HILMI - Tugasan 4 Kawal Emosi Anda

                                                                                                                                                KAWAL EMOSI ANDA

              

         Kita berjumpa lagi  dalam catatan mingguan saya dan kita sudah masuk ke minggu yang keempat tanpa disedari.Masa berlalu dengan begitu pantas.Pada minggu lepas, saya telah memperkatakan mengenai apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan personaliti dan juga emosi.Mengenai soal personality.saya sudah simpulkan di dalam catatan minggu ketiga tetapi berkaitan emosi diteruskan dengan tajuk emosi dalam membuat keputusan.

       Seperti yang saya jelaskan pada minggu sebelum ini,emosi dimaksudkan dengan setiap kegiatan atau pergolakan pikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap dan saya telah memberikan contoh sperti takut,marah yang menunjukkan emosi seseorang yang dapat dilihat di wajah mereka.

       Mengikut kepada definisi Kleinginna dan Kleinginaa,emosi merupakan satu set perhubungan yang kompleks dalam kalangan faktor subjektif dan objektif yang dikawal oleh hormon seseorang.Biasanya,emosi seseorang itu menentukan kesan selepasnya malah di dalam keadaan tertentu boleh mengawal emosi orang lain.Contohnya, dalam siaran langsung perlawanan bola sepak di televisyen,apabila keadaan permainan di padang panas dengan aksi-aksi keras, para penonton juga akan terikut-ikut dengan emosi tersebut.Tidak salah jika ingin saya katakan bahawa emosi juga ekoran daripada persepsi seseorang.Jika seseorang itu sudah mempunyai persepsi yang buruk terhadap orang lain,sudah pasti diat tidak menyembunyikan emosinya kerana sudah dipengaruhi oleh perasaan hasil daripada persepsinya ke atas orang lain.

   

      Adakah cinta itu juga boleh dikatakan sebagai emosi? Kebiasaanyya, apabila seseorang itu dilamun cinta, timbul rasa malu dalam dirinya untuk bersemuka dengan orang yang dicintainya dan apabila bertemu atau pun bercakap , emosinya tidak dapat dikawal dengan muka menjadi merah.Jadi,apa yang ingin saya katakan bahawa setiap keputusan yang ingin dilakukan , perlu ada kawalan emosi supaya seseorang itu tidak terlalu terikut-ikut dengan emosi yang terlampau kerana kadang-kala buruk akibatnya.

 

       Terdapat  4 komponen emosi iaitu pertamanya perasaan, seterusnya proses kognitif  diikuti dengan perubahan fisiologi dan akhir sekali tingkah laku berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi menurut Baron & Logan dan  emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional  menurut Lang et al.Sebagai contoh , Ahmad bawa kereta miliki ibunya dan dia menjadi takut-takut kerana tidak meminta izin daripada ibunya untuk menggunakan kereta tersebut.Malang sekali , Ahmad terlanggar seorang lelaki yang cuba untuk melintas jalan walaupun pada dasarnya lelaki tersebut perlu menggunakan jejantas yang disediakan.Ahmad terkejut dan menjadi tidak tentu hala.Dia cuba untuk melarikan diri tetapi atas dasar kemanusiaan dan rasional, Ahmad keluar dan membantu lelaki itu.Akibat daripada peristiwa tersebut,Ahmad tidak lagi berani untuk membawa kereta ibunya ke mana-mana.Analogi yang saya cuba sampaikan di sini menggunakan keempat-empat komponen tersebut ialah pertamanya, perasaan Ahmad menjadi takut kerana dia tanpa izin menggunakan kenderaan ibunya,keduanya hasil kepada perlanggran kereta dengan lelaki tersebut, Ahmad terkejut dan itu merupakan proses kognitif dan hasil kepada proses kognitif tersebut, Ahmad menjadi tidak tentu hala dan akhirnya cuba untuk melarikan diri kerana dia terlalu mengikut kepada emosi.Oleh sebab itulah keempat-empat komponen mengikut aturan dan tanpa salah satu komponen ini, sudah tentu emosi tidak akan terbentuk.Contoh yang diberikan di dalam nota Encik Zamri ialah seperti  motif pembunuhan disebabkan ingin mendapatkan duit dan juga disebabkan kebencian terhadap seseorang.Salah satu lagi ialah cinta.Cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkah laku tertentu seperti meng'sms', menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga.Ahkirnya,persoalan saya mengenai soal cinta terjawab bahawa ianya menjadi salah satu faktor kepada wujudnya emosi serta mengawal tingkah laku seseorang.

         Walau bagaimanapun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong malah tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi.Contohnya, pendorong untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.Apabila seseorang itu melihat kejayaan orang lain,timbul satu dorongan kepada dirinya untuk mencapai matlamat tersebut seterusnya membantunya untuk belajar lebih kuat.Tanpa dorongan tersebut, seseorang itu tidak akan focus dalam pembelajarannya kerana kebanyakan orang menganggap belajar hanya membuang masa. Dorongan makan juga ialah satu contohnya.Apabila lapar, seseorang itu akan secara automatik terdorong untuk makan.Hal ini membuktikan bahawa bergantung kepada keadaan semasa, emosi dan dorongan saling memainkan peranan.

 

       Emosi dalam membuat keputusan juga mempengaruhi beberapa situasi selepasnya.Pertamanya, peranan penlabelan kognitif iaitu di mana pemikiran memainkan peranan yang penting dalam mengawal arah tuju emosi. Misattribusi juga boleh berlaku di mana seseorang selalu tersilap dalam menginterpretasi emosinya kepada sebab yabg tidak betul hasil daripada gagalnya mengawal emosi dengan baik.Emosi juga boleh dipindahkan dari satu pihak kepada satu pihak yang lain seperti contoh perlawanan siaran langsung perlawanan bola sepak yang telah saya jelaskan di dalam catatatn minggu ketiga saya.Mengikut teori lazarus proses pemikiran secara utamanya bertanggungjawab untuk menghasilkan respons dan juga perangai dicipta untuk bekerjasama dalam situasi yang melibatkan emosi.Kesemua ini boleh diuji dengan menggunakan teori Schachter.

       Schacter telah membuktikan bahawa untuk menghasilkan rasa emosi seperti takut, marah, suka atau terkejut memerlukan gabungan beberapa faktor seperti situasi,penilaian kognitif dan reaksi tubuh dan barulah terhasilnya satu emosi. Otak kita menjadi elemen utama dalam terhasilnya emosi ini bergantung kepada situasi yang kita hadapi.Contohnya, Lina terkejut apabila seekor ular di dalam rumahnya.Situasi terjumpa ular tersebut ditambah dengan rasa terkejutnya membuatkan otak Lina mengeluarkan rasa takut.

        Dalam misattribusi pula, Schacter mencadangkan sesetengah emosi hasil daripada pengalaman seseorang menjadi salah satu fungsi kepada proses labeling.Oleh itu , sepatutnya menjadi kemungkinan salah faham emosi berlaku seperti contohnya takut kepada sumber bukan emosi seperti dadah.Dalam membuat keputusan pula,  boleh dikatakan misattribusi menjadi penyebab kepada beberapa tindakan.Encik Zamri telah memberi satu contoh ialah PMS yang dikenali sebagai premenstrual syndrome yang berlaku ke atas wanita.Biasanya, wanita yang mengalami PMS secara tiba-tiba tidak dapat mengawal emosi mereka dan senang untuk marah atau sensitif.Walau bagaimanapun ramai yang tersalah anggap bahawa PMS bukanlah selalu berlaku ke atas wanita dan membuat persepsi apabila seseorang wanita itu marah, dia mengalami PMS.Itu salah sama sekali.Malah misattribusi boleh membawa kepada keganasan,salah faham dan juga konflik.

      Transfer of excitation juga amat menarik untuk diperkatakan.Saya akan mengambil satu hipotesis yang dilakukan oleh Dolf Zilman yang menjelaskan bahawa 'arousal from one source may influence otherwise unrelated cognition and reactions'.

       Kesimpulan yang saya dapat hasil daripada pembelajaran dua minggu mengenai emosi ialah ianya memainkan peranan dalam membuat keputusan.Apabila emosi terganggu, rasionalisasi dalam membuat keputusan akan berkurangan.Contoh yang kita dapat lihat ialah semasa perang memperlihat peranan seorang jeneral yang menentukan nasib tenteranya.Tanpa pengawalan emosi yang betul, nyawa tentera aamat mudah untuk melayang disebabkan sifat tergopoh atau sifat tamak seseorang jeneral.

     

 

 


A133354 WAN NAZMIR HARIZAM BIN WAN MUHAMAD HILMI - Tugasan 3 Kenalilah Diri Anda

                                                                                                                                                      KENALILAH DIRI ANDA

 

         Sudah masuk minggu ketiga saya menghadiri kursus ini dan sehingga ke hari ini, semuanya masih berjalan dengan lancar.Catatatan saya kini diteruskan lagi dengan keadaan dan suasana di dalam kelas kemahiran membuat keputusan bersama Encik Zamri.Pada minggu ini pula merupakan satu cabaran kepada kami  iaitu berkenaan mengenali personaliti diri sendiri dan juga orang lain.Skop pembelajaran kami pada hari tersebut ialah personality dan juga emosi.Tetapi,catatan saya pada hari ini tidak membincangkan mengenai apa yang saya belajar pada masa tersebut,tetapi kajian yang yang saya lakukan selepas kelas tamat.

        Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya, dan personaliti tersendiri.Namun,ramai orang lagi masih tidak mengetahui perbezaan  antara personaliti dan juga emosi.Mengikut Wikipedia bahasa melayu,personaliti merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri – ciri keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia yang lain.Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang manusia biasa.Personaliti kebiasaannya melihat kepada dalaman diri manusia contohnya seperti pemalu,baik hati atau rajin dan apa yang saya boleh katakan di sini personaliti adalah sesuatu yang bersifat begitu subjektif.Mengikut nota Encik Zamri,personaliti boleh dibahagikan kepada empat perspektif utama iaitu  psychoanalytic yang merupakan motivasi secara tidak sedar,trait iaitu dimensi tertentu sesuatu personality,humanistic kapasiti dalaman untuk tumbesaran dan juga kognitif social iaitu pengaruh sekitar.

 

        Emosi pula menurut Daniel Goleman, seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary memaknakan emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan pikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap.Emosi amat jelas kelihatan di wajah seseorang apabila berlaku sesuatu.Antara contoh-contoh emosi manusia ialah seperti marah,kagum,kecewa,terkejut,keliru dan banyak lagi.

       Bagi saya,emosi dan personaliti perlu dibezakan.Sebagai contoh,apabila seseorang itu marah,kita menganggap emosi beliau sebagai marah kerana dapat dilihat di raut wajah mereka tetapi apa yang kita tidah tahu ialah personalitinya kerana ia merupakan sifat dalaman.Adakah dari sudut dalaman juga beliau marah?Hanya tuan punya diri yang tahu.

       Kita boleh membezakan personality dengan menggunakan satu kaedah yang dikenali sebagai Myers-Briggs Indikator yang membuktikan bahawa personality manusia bukan secara rawak tetapi boleh diagak dan dikelaskan.Indikator ini sudah digunakan dalam membuat kajian terhadap pekerja di sesebuah syarikat untuk melihat produktiviti seharian mereka.16 jenis yang berbeza dalam proses pengkelasan ini biasanya dirujuk kepada singkatan kepada 4 huruf masing-masing diambil dari huruf pertama bagi setiap perkataan kecuali di dalam kes iNtuition, yang menggunakan N to membezakat perkataan tersebut dengan perkataaan Introversion. Sebagai contoh;

  ESTJ - Extraversion, Sensing, Thinking, Judging

  INFP - Introversion, iNtuition, Feeling, Perceiving

Berikut merupakan kajian yang dibuat ke atas satu syarikat yang menggunakan indicator Myers-Briggs.

           

      

       Saya ada terbaca di dalam satu laman web yang membezakan personality seseorang itu dengan personality orang lain. Personaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor, antaranya ialah :

  • Perwarisan.
  • Pengalaman.
  • Budaya.

 

Pertamanya saya ingin menjelaskan bagaimana personaliti berkembang melalui perwarisan. Kajian untuk membuktikan kesan perwarisan ke atas personaliti ialah melalui kajian kembar seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.Sebagai contoh ialah pasangan kembar Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha kedua-duanya merupakan pemain bola sepak sensasi negara.Walaupun mereka berdua dibesarkan dalam suasana berbeza termasuk belajar di sekolah yang berbeza, mereka masih mempunyai cirri yang sama iaitu bakat bermain bola sepak.Ini juga dilihat dalam pasangan-pasangan kembar yang lain seperti pelakon Mary Kate Olsen dan juga Asyley Olsen,pasangan tenis nombor satu dunia,Bob Bryan dan Michael Bryan.Kesemua mereka telah membuktikan genetic memainkan peranan yang penting dalam membentuk personality diri mereka walaupun dibesarkan dalam situasi yang amat ketara.

 

           Seterusnya ialah pengalaman. Personaliti juga dipengaruhi  oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian, pengalaman awal kanak – kanak adalah penting dalam mempengaruhi personaliti mereka seterusnya, antaranya ialah :

Perhubungan emosi awal –Saya merasakan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti anak mereka kerana merekalah yang membesarkan kanak-kanak ini dan mereka menjadi role modal bagi anak-anak ini sehingga besar sehingga ada pepatah yang mengatakan bapak borek anak rintik.Ini juga dapat dilihat di dalam filem Anakku Sazali di mana Sazali dibesarkan oleh ayahnya dan apabila besar,dia menyalahkan ayahnya pula atas kejahilan Sazali selama ini.

 

Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin juga mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak – anak mereka akan mampu membentuk sikap dan konfiden yang positif, yang membawa kepada pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.

Ibu bapa kucar – kacir dan anak – anak mereka : Sekiranya ibu bapa mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak – anak akan membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar – kacir lebih cenderung menghasilkan anak – anak yang tidak gembira.

 

       Akhir sekali ialah budaya. Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada ahli – ahlinya yang baru. Anak – anak adalah cenderung meniru tingkah laku mereka yang terdekat dengan mereka. Faktor – faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahu pun sosial boleh membentuk personaliti ahli – ahlinya. Kelompok agama, kelompok etnik, komuniti dan malahan kelompok sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara contoh faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan personality.Sudah jelas dalam ayat di atas bahawa keadaan persekitaran yang mengawal tingkah laku seseorang itu.Sebagai contoh.jika seseorang itu beragama Islam,sudah pasti suasana persekitaran berlandaskan kepada Islam dan akhirnya membentuk personalti sebagai seorang umat Islam.Tetapi masalah yang saya tekankan di dalam soal budaya ini ialah bukan semua pengaruh budaya memberikan impak yang positif kepada seseorang itu.Dalam satu kes jenayah yang saya terbaca di dalam kelas,seorang perogol bersiri megaku bahawa dia melakukan jenayah tersebut bukan atas dasar suka-suka tetapi kerana terpengaruh dengan  budaya persekitaran beliau yang bercelaru sehingga membuatkan dia melakukan jenayah yang terkutuk tersebut.

     Saya tidak akan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai soal emosi kerana pembelajaran berkaiatan dengan emosi ini masih belum tamat dan akan disambung pada minggu seterusnya.Oleh itu,boleh dikira catatan saya pada minggu ini dan juga minggu akan datang akan saling berkait rapat tetapi apa yang ingin saya simpulkan mengenai persoanaliti hasil pembelaran dan juga kajian saya,persoanalit merupakn suatu perkara subjektif banyak factor yang mempengaruhi seseorang.#End.