Saturday, February 12, 2011

A133251 MUHAMAD RIDZUAN BIN UMAR Tajuk 1 MY FIRST TIME HEURISTIKA

Setiap insan di muka bumi ini pernah mengalami situasi dimana seseorang itu perlu untuk membuat keputusan dalam hidup. Ini tidak kiralah sama ada keputusan yang perlu diambil memberikan impak yang mendalam kepada seseorang itu. Itulah yang dinamakan sebagai Heuristika.

Konsep heuristika ini telah dipelopori oleh Herbert Simon. Beliau adalah seorang ahli politik saintis terkemuka di Amerika Syarikat, ahli ekonomi, sosiologi, psikologi, dan profesor-terutama di Carnegie Mellon University-yang penelitiannya berkisar di bidang psikologi kognitif, ilmu kognitif, ilmu komputer, pentadbiran awam, ekonomi, pengurusan, falsafah ilmu, sosiologi, dan politik ilmu pengetahuan. Konsep heuristika yang telah diperkenalkan oleh Herbert Simon ini adalah kajian mengenai bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan dimana seseorang itu kekurangan maklumat bagi membolehkan untuk membuat keputusan. Kajian ini banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Tversky dan Kahneman telah mencadangkan melalui kajian yang telah dilakukan mereka, biasanya pembuat keputusan menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa itu dengan menggunakan konsep heuristika. Dengan kata lain, heuristika adalah satu teknik atau peraturan yang diguna pakai oleh seseorang itu bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Ianya adalah satu pedoman –pedoman am  atau satu langkah di mana berkemungkinan akan menghasilkan satu penyelesaian masalah yang tepat dan betul. Oleh yang demikian, konsep heuristika ini amat memainkan peranan yang penting di dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Menurut daripada apa yang telah saya pelajari ketika kelas bersama En. Zamri, heuristika dapat dibahagikan kepada empat iaitu heuristika jalan jawapan, heuristika analogi, heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Mari kita mulakan dengan heuristika jalan jawapan. Heuristika jalan jawapan adalah satu kaedah di mana seseorang itu telah memikirkan jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi satu-satu permasalahan itu mengikut apa yang di ingininya dan selepas itu barulah mencari cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Dengan mengunakan kaedah heuristika jalan jawapan ini, seseorang itu mampu untuk menyelesaikan mana-mana permsalahan yang timbul mengikut acuan kita tersendiri. Saya ambil contoh melalui pengalaman saya sendiri di mana  ketika zaman persekolahan, saya amat berminat untuk mendapatkan sebuah motosikal 125Z dimana ianya motor idaman setiap remaja. Bagi membolehkan saya untuk memiliki motosikal idaman saya itu, saya telah mengambil keputusan untuk bekerja sambilan bagi memperoleh wang yang cukup bagi memiliki motosikal tersebut. Hasil usaha gigih saya selama beberapa bulan bekerja sambilan di samping dengan sedikit wang simpanan yang saya miliki, saya mampu untuk memiliki motor idaman saya itu. Ini adalah satu kaedah heuristika jalan jawapan yang telah saya gunakan satu ketika dahulu tanpa saya sedari sebenarnya. Selain itu, saya juga pernah satu ketika dahulu mengidamkan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian  Menengah Rendah (PMR) di mana mendapatkan keputusan 8A. Bagi membolehkan ianya menjadi realiti, saya telah berusaha bersungguh-sungguh disamping dengan bantuan rakan-rakan serta dorongan ibu bapa saya, saya telah berjaya mendapatkan keputusan 8A di dalam peperiksaan tersebut. Ini juga adalah kaedah heuristika jalan jawapan yang saya telah terapkan bagi menyelesaikan satu-satu permasalahan itu.

Seterusnya kita beralih pula kepada kaedah heuristika analogi. Heuristika analogi adalah satu kaedah di mana seseorang itu cuba untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Apa yang saya faham melalui kaedah heuristika analogi ini adalah kita cuba menyelesaikan dengan menggunakan satu permasalahan lain untuk selesaikan masalah baru. Menurut contoh yang di berikan oleh En. Zamri ketika sesi kuliah adalah apabila seseorang itu cuba untuk memandu kereta buatan Eropah berdasarkan pengalamannya memandu kereta buatan Malaysia. Di sini kita dapat lihat penggunaan kaedah heuristika analogi. Namun begitu, berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui, pada masa dahulu saya telah bersekolah di sekolah asrama dan ianya banyak mengajar saya untuk berdikari di samping belajar mengenai erti hidup saya. Dan apabila saya telah terpilih untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan berdasarkan pengalaman saya yang pernah bersekolah di sekolah asrama ianya banyak membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri ketika berada di kem latihan. Saya lebih mudah untuk bergaul dengan rakan-rakan baru saya di kem latihan tersebut. Dan saya yakin bahawa jika saya tidak mempunyai pengalaman bersekolah di sekolah asrama, saya tidak mampu untuk cepat menyesuaikan diri ketika di kem latihan. Ini adalah satu kaedah heuristika analogi yang telah saya gunakan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di dalam kehidupan saya.

Seterusnya mari kita beralih kepada kaedah seterusnya iaitu heuristika representatif. Kaedah heuristika representatif ini adalah di mana seseorang itu menggunakan sesuatu peristiwa itu dengan prototaipnya, dan jika terdapat banyak persamaan antara kedua- duanya, kita akan percaya bahawa ianya lebih munasabah dan lebih mudah untuk diterima pakai. Dengan kata lain, satu melambangkan semua. Saya berpendapat bahawa kaedah ini lebih banyak di gunakan semasa urusan jual beli di mana melibatkan keputusan pembeli terhadap barang yang hendak di beli itu. Sebagai contoh nya berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui adalh di mana ketika hendak membeli pen di kedai, saya akan terlebih dahulu mencuba sebatang pen tersebut bagi memastikan pen tersebut berada dalam keadaan yang baik untuk di gunakan semasa menulis. Apabila saya mendapati pen tersebut berada dalam keadaan baik dan selesa untuk di gunakan ketika menulis, saya akan mengambil beberapa batang pen yang sama dan berpendapat bahawa pen-pen yang lain itu turut berada dalam kualiti yang sama dengan pen yang saya cuba sebelum ini. Melalui permasalahan yang timbul, dapat dilihat bahawa saya telah mengunakan kaedah heuristika representatif bagi menyelesaikan permasalahan saya itu. Ada juga contoh lain yang telah diberikan oleh En. Zamri ketika kuliah sedang dijalankan dimana beliau ada menyatakan apabila ketika hendak membeli buah manggis, bagaimana kita hendak mengetahui satu bakul buah manggis itu berada dalam keadaan yang baik. Jadi buah manggis pertama yang di cuba menjadi penanda aras sama ada buah manggis tersebut berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Dengan ini, kita telah menggunakan kaedah heuristika representatif bagi membolehkan untuk membeli buah manggis tersebut.

Akhir sekali kita beralih pula kepada kaedah heuristika yang terakhir  iaitu heuristika ketercapaian. Heuristika ketercapaian adalah satu kaedah di mana seseorang itu akan menyelesaikan masalah yang timbul berdasarkan peristiwa-peristiwa yang masih segar di dalam ingatan. Ianya selalu di kaitkan dengan ingatan jangka panjang. Dengan kata lain, kita akan selesaikan masalah berdasarkan pengalaman yang masih melekat di ingatan. Berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui, suatu ketika dahulu saya pernah terlibat dengan satu kemalangan motosikal di mana akibat dari kemalangan tersebut saya telah menerima beberapa jahitan di lutut kiri saya serta di bawah dagu. Akibat daripada kemalangan tersebut telah mengajar saya untuk lebih berhati-hati ketika menunggang motosikal agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Ini adalah satu kaedah heuristika ketercapaian yang telah saya gunakan di dalam kehidupan saya.

Namun begitu akibat daripada heuristika yang kita gunakan akan menimbulkan bias. Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan di pengaruhi perspektif tertentu. Akibat daripada kecenderungan ini telah menggaggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak objektif. Dan heuristika yang kelak kali akan menimbulkan bias adalah heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Namun sebenarnya lebih berminat untuk membincangkan mengenai 'groupthink'. Irving Janis mencadangkan bahawa kumpulan-kumpulan kerja kohesif sangat kadang-kadang biasa dalam bahaya dan mengambil pandangan terdistorsi situasi yang menghadapi mereka.

Keputusan satu-satu kumpulan itu mungkin condong ke arah mencari konsensus daripada menjelajah program lain tindakan untuk masalah mereka. Perbezaan pendapat dan analisis yang tidak dilakukan, kerana itu, tentu saja boleh dipilih yang mengandungi bahaya.

Bagaimana kita menghindari hal ini?

Suara kritikan, keraguan, keberatan, mendorong debat terbuka, telah menganjurkan syaitan, pertemuan terakhir-kesempatan, dan mungkin yang paling penting seorang pengurus harus mampu menerima kritikan.

Apa yang dapat saya katakana adalah tiada manusia yang sempurna dan kadang kala kita mungkin tersalah di dalam membuat keputusan. jadi belajarlah daripada kesilapan yang telah kita lalui itu dan cuba untuk tidak mengulangi nya lagi.

Sekian.


A133354 WAN NAZMIR HARIZAM BIN WAN MUHAMAD HILMI - Tajuk 2 Hidup Perlu Diteruskan

                                                                                                                                            HIDUP PERLU DITERUSKAN

        Catatan saya diteruskan lagi dengan minggu kedua saya meredah serta mengembara dengan lebih dalam mengenai kursus ini.Kuliah kami dimulakan dahulu dengan tutor apa yang telah kami pelajari pada minggu sebelumnya iaitu mengenai heuristika dan dan juga bias.Pada waktu tutor tersebut,banyak lagi lagi contoh yang kita dapat hasil daripada kedua-dua topik tersebut.

       Kuliah kami diteruskan dengan topik yang berikutnya iaitu persepsi,perhatian dan ingatan dalam proses membuat sesuat keputusan.Topik ini nampaknya amat umum kerana ia hamper berlaku setiap hari di dalam kehidupan seharian kita.Menurut Encik Zamri,kita perlu mempunyai 'peralatan' khusus bagi menjalani proses membuat keputusan. 'Peralatan' tersebut membolehkan kita melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak.Biasanya.masalah ini perlu diselesaikan menggunakan kesemua deria kita malah ia juga mencabar tahap kemahiran berfikir kita.Encik Zamri telah menunjukkan beberapa gambar dan gambar-gambar ini mempunyai sesuatu yang tidak kena menggunakan tiga alAt kogntif iaitu persepsi,memori dan perhatian.Meraka yang menggunakan kesemua peralatan tersebut mampu untuk menjelaskan kelemahan gambar-gambar tersebut.Ada yang sekadar memerhati mampu untuk menjelaskannya.Namun demikian,biasanya mereka yang mampu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan mudah adalah kerana mereka sudah biasa atau dengan kata mudahnya sudah menjadi pakar dalam proses membuat keputusan seterusnya menyelesaikan masalah mereka.Contohnya,seorang mekanik mampu untuk menilai kerosakan sesuatu kenderaan tersebut dengan hanya mnedengar bunyi enjin sahaja dan seorang doktor mampu untuk membezakan seorang yang sakit dan tidak sakit dengan hanya melihat kepada wajah seseorang itu.Hal ini adalah kerana,mereka sudah lali dengan permasalahan mereka dan proses dalam membuat keputusan menjadi lebih mudah dengan keadaan tersebut.

         

        Saya  akan menjelaskan pula mengenai apa itu persepsi yang merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini.Persepsi didefinisikan sebagai bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan dari sudut pandangan dan kaca matanya.Setiap orang mempunyai sudut pemikiran persepsi masing-masing dabn bergantung kepada mereka sejauh mana mereka mahu menilai perkara tersebut.Sebagai contoh,dunia kita luas dan manusia mengamalkan pelbagai jenis fahaman bergantung kepada bagaimana fahaman tersebut disemai dalam kehidupan mereka dan bersesuaian dengan cara hidup kita.Kita tidak boleh mengatakan sesuatu fahaman tersebut itu salah dengan hanya kita merasakan hanya fahaman kita sahaja yang betul kerana bergantung kepada tahap pemikiran seseorang itu.Salah satu contoh lagi ingin saya ketengahkan ialahpersepsi terhadap cara pemakaian seseorang itu.Apabila seseorang itu memakai pakaian yang segak dan sejuk dipandang mata,persepsi orang biasanya akan beralih ke arah positif tetapi belum tentu si dia merupakan orang yang boleh dipercayai dengan hanya kita lihat cara pakaiannya.Penampilan boleh mengaburi mata kita.Pepatah inggeris ;do not judge a book by its cover' amat untuk menjelaskan mengenai seseorang itu perlu memandang lebih sebelum berkata apa-apa atau membuat sesuatu keputusan.     

          Masalah persepsi amat ketara terdapat di negara kita iaitu Malaysia apabila melibatkan mengenai soal bangsa.Ditambah jugadengan masalah politik negara kita yang kian meruncing,jarak antara satu bangsa dengan bangsa yang yang lain kian jauh disebabkan oleh masalah persepsi.Oleh sebab itulah kita perlu melihat dengan kedua-dua belah mata kita terlebih dahulu sebelum kita mahu membuat persepsi kerana ia melibatkan perasaan orang tersebut.Berdasarkan nota Encik Zamri,persepsi juga mempunyai batasannya.Pandangan boleh mengalami illusion kerana ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir.Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada.Persepsi diguna dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual.Ianya dilakukan dengan ada tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif . Dalam proses mebuat keputusan, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul, dan ini akan membantu pembuatan keputusan yang tepat.Saya amat tertari dengan kisah orang buta dan juga gajah.Enam orang buta bergilir-gilir memegang gajah tersebut dan masing-masing memberikan pendapat berdasarkan kepada apa yang dirasakan oleh mereka.Ini jelas memunjukkan persepsi amat luas konteksnya.

         Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah mengenai ingatan.Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka panjang dan juga ingatan jangka pendek. Schemata yang merupakan satu model konsep di dalam memori mengenai apa kita hasilkan hasil daripada apa yang kita terima. Peranan schemata dalam peralatan kognitif  membantu dalam mengenal pasti masalah yang hampir sama dan justeru itu, masalah itu akan lebih mudah  untuk diselesaikan.Namun ingatan kita juga terbatas,Kita tidak mampu untuk ingat pakaian apa yang kita pakai 10 tahun lepas malah ada sesetengah orang juga tidak ingat pakaian yang dipakainya pada minggu sebelumnya bergantung kepada daya ingatan masing-masing.Terdapat beberapa fungsi ingatan di dalam proses kognitif.Pertamanya ia mampu untuk mengembalikan ingatan seseorang itu.Keduanya,ingatan dapat mengaitkan keadaan pada masa lepas dengan keadaan yang kita hadapi pada hari ini.Akhir sekali,ingatan membantu di dalam proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan.Biasanya,ingatan membantu seseorang itu untuk menjadi lebih berjaya tidak kira sama ada ia pahit atau manis.

 

        Peralatan kognitif terakhir yang ingin saya tekankan ialah mengenai perhatian yang membawa maksud sejauh mana kita fokus terhadap sesuatu perkara itu dan peranan perhatian amat penting di dalam proses membuat keputusan.Kita lebih tertumpu kepada aktiviti yang lebih utama dalam ruang lingkup persepsi kita.Sebagai contoh,di dalam pemilihan pemain bola sepak untuk mewakili sekolah,sudah tentu perhatian jurulatih akan lebih tertumpu kepada pemain yang mempunyai bakat dan juga mempunyai potensi yang besar untuk melangkah jauh untuk mewakili sekolah dan pemain yang tidak berbakat kurang diberi perhatian.Biasanya,perhatian seseorang itu tertumpu kepada perkara yang disukainya dan mempunyai faktor tarikan.Contohnya,seorang suri rumah yang gemar menonton televisyen sudah semestinya akan lebih menumpukan perhatian kepada rancangan yang bercirikan kekeluargaan seperti masakan,seni reka dan nyanyian bukan rancangan berbentuk sukan.

          Secara faktanya,persepsi, ingatan dan perhatian saling berhubung antara satu sama lain. Persepsi menyebabkan ingatan dirangsang.Ingatan yang dirangsang akan menumpukan perhatian kepada masalah.Ini akan memulakan proses analisis membuat keputusan.Persepsi, ingatan dan perhatian saling berhubungan tetapi terbatas..Sebagai contoh.seorang di sekolah.Apabila guru sedang mengajar di hadapan perlu mendapatkan satu persepsi yang baik daripada pelajar tersebut supaya menarik perhatiannya terhadap apa yang diajar oleh guru tersebut.Apabila pelajar tersebut menumpukan perhatian dalam pengajaran tersebut,sudah tentu dia akan ingat akan semua perkara-perkara yang diajardan menjadikan pelajar tersebut faham kepada topik tersebut. Namun begitu,jika perhatian, persepsi dan ingatan manusia terbatas & dipengaruhi oleh prioriti, maka usaha untuk menyelesaikan masalah & membuat keputusan perlu dilakukan mengikut prioriti.

 

         Catatan saya pada minngu kedua saya berakhir di sini dan setakat dua minggu ini.perkara-perkara yang saya belajar sudah menjadi lebih menarik membuat saya ternanti apa yang akan diajar oleh Encik Zamri pada sesi pembelajaran akan datang.

A133354 WAN NAZMIR HARIZAM BIN WAN MUHAMAD HILMI - Tajuk 1 Pengalaman Pertamaku

                                                                                                                                       PENGALAMAN PERTAMAKU

           Setiap manusia diberikan akal fikiran dan mempunyai perasaan supaya dapat membantu mereka ke arah jalan yang betul .Setiap tingkah laku yang mereka lakukan akan difikir terlebih dahulu sama ada tindakan mereka itu betul atau salah.Namun, ada sesetengah manusia yang mensia-siakan nikmat yang diberikan dengan mengambil langkah yang salah dan seterusnya membawa mereka ke lembah durjana.Bak kata pepatah Melayu yang sering diungkapkan oleh generasi terdahulu iaitu 'berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara' dan juga 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.Perkara yang menarik mengenai pepatah orang zaman dahulu ialah mereka tidak membuat secara sesuka hati kerana ada kegunaan di kemudian hari.

       Mengambil iktibar daripada perkara-perkara lepas yang berlaku sama ada pahit atau manis telah mendorong saya untuk mengambil kursus ini kerana saya merasakan manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan saya yakin kursus ini dapat membantu saya dalam membuat keputusan yang akan menentukan masa depan kita.

       Terlupa dahulu saya ingin katakan bahawa saya merupakan seorang pelajar undang-undang di UKM dan orang melihat pelajar undang-undang hanya membaca buku dan yang mereka tidah tahu ialah hampir setiap hari terpaksa melalui situasi dalam membuat keputusan kerana kerjaya seorang peguam akan seribu lebih susah daripada tugas hanya sebagai pelajar Undang-Undang.Jika sekarang pun saya tidak pandai membuat keputusan dan memikirkan implikasinya,apa akan jadi kepada klien saya atau lebih teruk jika saya menjadi seorang hakim yang hanya bersandarkan kepada bukti tetapi tidak memikirkan soal hati dan perasaan saya juga sebagai seorang manusia biasa.

       Pada saat saya masuk ke dalam dewan,terpancar satu cahaya yang dapat dilihat di wajah pensyarah saya iaitu Encik Zamri bahawa lelaki inilah yang akan menjadi salah seorang daripada sumber inspirasi saya.Pada mulanya.saya hanya mengetahui kursus ini menerusi rakan saya dan saya mengambil keputusan untuk mengambil risiko walaupun bilangan pelajar yang ada tidak ramai.Saya disertai juga oleh rakan-rakan saya dari fakulti undang-undang seramai 4 orang termasuk 8 lagi pelajar dari fakulti lain.

        Minggu pertama kami didedahkan dengan apa yang sebenarnya heuristika dan juga bias.Selama 20 tahun saya berada did dunia ini.baru inilah kali pertama saya merasakan ada banyak proses dalam membuat keputusan dan tidak mengambil tindakan secara semborono. teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti.Mengambil salah satu petikan nota yang terpampang di layar dibiuat oleh Encik Zamri,heuristika boleh didefinisikan kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku dan juga pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul.Proses ini talah diperkenalkan oleh Tversky dan Kahneman berpandukan kepada beberapa jenis heuristika.Heuristika hanyalah perkara pokok dan banyak cabang-cabang yang boleh diperkatakan malah diaplikasikan di dalam proses untuk membuat keputusan.

       Heuristika boleh dibahagikan kepada empat iaitu heuristika jalan jawapan, heuristika analogy, heuristika representative dan juga heuristika ketercapaian dan keempat-keempat heuristika ini mempunyai teknik masing-masing dan saya merasakan setiap satu daripada heuristika ini amat menarik untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.Biasanya mereka akan mengambil jalan heuristika ini ialah semasa mereka kekurangan maklumat dan jalan-jalan ini menjadi pencetus di dalam kaedah penyelesaian masalah seseorang itu.

        Pertamanya.heuristika jalan jawapan  ialah salah satu kaedah berfikir ke arah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.Kita boleh menggunakan kaedah ini di mana-mana bahagian yang kita mahu bergantung kepada tahap masalah kita.Menurut Encik Zamri,kaedah ini merupakan kaedah yang paling senang kerana kita sudah mempunyai tujuan apa yang kita nak tetapi yang paling penting ialah bagaimana dan kaedah yang paling tepat dalam mencapai tujuan kita itu.Contoh yang paling senang ialah  mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.Setiap orang mempunyai teknik belajar yang berbeza dan tidak semestinya kita boleh mengikut segala teknik orang yang berjaya sebelum ini .Oleh sebab itulah saya tidak begitu mengikut apa yang dikatakan oleh pelajar-pelajar cemerlang di dalam UPSR,PMR dan SPM bahawa dia membuat begini dan begini barulah dia boleh berjaya dan kita mepunyai cara belajar kita sendiri untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.Salah satu contoh lagi ialah pilih dulu siapa akan jadi pasangan hidup, kemudian fikirkan bagaimana nak dapatkan.Kita mesti memilih terlebih dahulu pasangan yang ideal dengan kita dan apabila kita merasakan ada banyak persamaan,barulah kita mengambil langkah kedua dengan berhadapan dengannya supaya hati tidak dilukai.

     Heuristika kedua yang saya pelajari ialah heuristika analogy.Ia boleh didefinisikan sebagai penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur dan guna penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru.Baru-baru ini,saya ingin membayar bil astro bapa saya dan pada mulanya saya ingin membayarnya di bank tetapi bank pada masa tersebut sesak dan saya sukar untuk membayarnya.Sambil saya menantikan bank tidak sesak,saya telah melayari internet dan bank telah menyediakan perkhidmatan perbankan internet dan bil astro boleh dibayar menerusi laman tersebut dan saya seterusnya mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut dan dalam masa tidak sampai 3 minit,segala urusan selesai dengan hanya duduk di rumah berhadapan dengan komputer.Pada masa yang sama saya perlu membeli tiket kappal terbang Airasia dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan tiket hanya boleh dapat di pejabat Airasia di lapangan terbang dan jarak dari rumah ke sana amat jauh.Saya amat bertuah apabilamelihat tiket kapal terbang juga boleh dibeli melalui perbankan internet dan dalam tempoh yang sama,saya dapat membeli tiket kapal terbang saya.Dengan hanya menggunakan perbankan internet,dua masalah saya dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat sahaja.

     

       Seterusnya ialah heuristika representative.Saya dapat mengaitkan heuristika ini dengan pepatah melayu iaitu 'kerana nila setitik, rosak sesusu belanga'yang membawa dalam bahasa inggeris'first impression is the most important of all'.Jangan kita menilai sesuatu yang dilihat pada awalnya akan sama dengan apa yang akan dilihat seterusnya tetapi kita perlu melihat persamaan di antara kedua-dua perkara tersebut.Contohnya,tidak semua orang di dalam penjara itu semuanya merupakan penjenayah kerana ada sesetengah mereka yang berada di dalam penjara tidak bersalah dan mereka tidak layak digelar sebelah sebagai penjenayah walaupun mereka berada di dalam penjara.

      Heuristika terakhir ialah heuristika ketercapaian iaitu berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang melekat di dalam ingatan kita.Kelemahan di dalam heuristika ini ialah bukan semua orang mempunyai ingatan yang panjang tetapi jika ada,banyak faedah yang boleh didapati.Sebagai contoh ialah seorang tukang masak.Saban hari.tukang masak akan menaik taraf masakannya supaya menjadi lebih sedap dan mereka akan lebih tahu  bahan mana yang tidak boleh mereka letak dan akhirnya satu masakan yang sedap akn tercipta hasil ujikaji bebepa tahun.

        Saya akan mencuit sedikit sahaja mengenai tajuk berikutnya iaitu bias kerana masa tidak mengizinkan untuk mengatakan dengan lebih terperinci mengenai topik ini.Bias dimaksudkan dengan  kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu..Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis.Biasanya bias akan mengemberikan di sebelah satu pihak dan juga mengecewakan di sebelah lagi pihak..Contoh yang paling menarik ialah masalah bias dalam masyarakat kaya dan miskin.Di dalam satu situasi,seorang lelaki kaya dan seorang lagi lelaki misin telah ditugaskan untuk melaksanakan satu projek dan projek ini melibatkan sumber modal yang banyak.walaupun si lelaki miskin mempunyai banyak idea kreatif dan projeknya boleh pergi jauh tetapi disebabkan di sebelah lagi lelaki merupakan anak orang kaya dan kemungkinan untuk projek itu berjaya lebih tinggi hanya kerana wang walaupun tahap projek tesebut tidak mencapai tahap yang dikehendaki.Oleh sebab itulah bias dari awal lagi memihak kepada satu pihak sahaja.

       Saya merasakan sampai di situ sahajalah catatan saya pada minggu ini dan impresi pertama saya terhadap kursus ini amat mengkagumkan malah membuatkan saya ingin lebih tahu lagi pada minggu berikutnya.

A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ TAJUK 2 BINGKISAN KEDUA : ALAT KOGNITIF

Hari ini kami telah didedahkan dengan sebuah lagi konsep yang mendasari proses membuat keputusan. Dalam sebuah projek pertukangan, kita memerlukan alat-alat seperti gergaji, tukul, sepana, pemutar skru dan alat-alat lain bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang sepatutnya di samping membuahkan hasil yang sempurna sebagaimana yang diinginkan. Namun begitu, seandainya kita tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan alat-alat ini dengan baik, mungkin kita akan menghadapi masalah untuk menyiapkan projek tersebut. Konsep yang sama terpakai dalam proses membuat keputusan. Proses ini didasari oleh tiga alat kognitif yang membolehkan kita melihat, memikirkan, mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah

dengan membuat keputusan yang paling bijak. Alat-alat kognitif yang dimaksudkan adalah persepsi, ingatan dan memori.

 

Memulakan pengkuliahan untuk tajuk alat kognitif, Encik Zamri menayangkan beberapa gambar untuk menguji kepekaan kami terhadap keganjilan di sebalik gambar-gambar tersebut. Menurut beliau, dalam proses membuat keputusan, seseorang perlu mampu menilai keserupaan dan kelainan yang terdapat pada masalah yang dihadapi berbanding masalah-masalah yang pernah dilalui sebelum ini. Kemampuan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita bertindak dalam keadaan lebih tenang apabila keadaan mendesak. Dalam Islam, kita diseru untuk berusaha memastikan perjalanan kita hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam. Seruan ini secara tidak langsung mencadangkan supaya kita belajar menganalisis konflik-konflik yang pernah dilalui agar kita akan lebih bersedia menghadapi cabaran yang serupa atau hampir serupa pada hari-hari muka. Bertitik tolak dari situ, apabila berdepan dengan sebarang krisis, kita hendaklah mampu memecahkan krisis terbabit kepada komponen-komponen kecil supaya proses membuat keputusan akan menjadi lebih teratur dan menyeluruh.

 

Berbalik kepada alat kognitif yang diceritakan tadi, pertamanya kita meninjau konsep persepsi. Dalam notanya, Encik Zamri memetik definisi persepsi oleh Stephen Pepper. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas mengenai konsep ini, saya dan rakan-rakan telah menggunakan enjin pencarian google untuk meninjau pendapat para cendekiawan lain mengenai pengertian persepsi. Persepsi,  menurut  Rakhmat  Jalaludin, adalah pengalaman  tentang objek,  peristiwa,  atau hubungan-hubungan  yang  diperoleh dengan  menyimpulkan informasi dan mentafsirkan sesuatu pesanan yang diterima. Menurut  Ruch,  persepsi  adalah  suatu proses menyusun atur  petunjuk-petunjuk  pancaindera  (sensory)  dan pengalaman  masa  lampau  yang  relevan untuk memberikan kepada kita gambaran yang jelas dan bermakna pada suatu situasi  tertentu.  Senada dengan buah fikiran  tersebut, Atkinson dan Hilgard mengemukakan idea bahawa persepsi  adalah proses  metafsirkan  dan  mengorganisasikan pola  stimulus yang diterima daripada persekitaran kita. Gibson dan  Donely menjelaskan dengan lebih ringkas bahawa persepsi adalah proses pemberian erti  terhadap  persekitara oleh seorang individu. Merujuk kepada aneka definisi yang dicadangkan itu, kami membuat kesimpulan bahawa persepsi merupakan cara kita melihat dunia di luar diri kita dari kaca mata sendiri. Uniknya, persepsi yang dimiliki oleh setiap individu adalah berlainan anatara satu sama lain berikutan pengamalan kepercayaan dan agama mahupun sistem pemikiran yang berbeza. Selain itu, gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada perbezaan persepsi antara individu. Sebagai contoh, persepsi Karim yang tinggal di Kelantan dan Oozil yang tinggal di Jerman terhadap seorang wanita yang berbikini mungkin berbeza kerana berbikini merupakan amalan biasa masyarakat barat tetapi cukup asing bagi budaya timur. Perbezaan ini berkait rapat dengan teori batasan persepsi yang menyatakan bahawa ruang lingkup persepsi terhad terhadap ruangan fizikal dan keupayaan berfikir. Tambahan pula, pentafsiran mengenai subjek yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan sedia ada. Mengambil contoh yang lebih global dan dekat di hati kita semua, setelah tragedi berdarah 11 September merakamkan puluhan ribu jiwa yang terkorban, masyarakat barat secara umumnya mempunyai persepsi negative terhadap umat Islam dan mengaitkan mereka dengan keganasan dan pemberontakan. Persepsi ini timbul akibat kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai ajaran Islam yang sebenar yang pada dasarnya memupuk kasih sayang dan mendaulatkan keamanan. Persepsi sebegini sebaliknya hanya disandsarkan kepada peristiwa pahit yang mengaitkan pejuang kebebasan dalam kejadian rampasan pesawat itu.

 

Satu lagi contoh yang menarik minat saya ialah sebuah kisah jenaka yang diselitkan oleh Encik Zamri dalam nota beliau yang menceritakan perihal lima orang buta cuba mengenal sifat-sifat seekor gajah. Kelima-lima orang buta itu memberi gambaran yang berbeza tentang seekor gajah. Kata yang pertama, gajah itu keras, panjang dan melengkung. Si buta yang kedua pula menyatakan bahawa gajah itu lebar dan nipis. Dan begitulah juga dengan tiga lagi orang buta, semuanya melahirkan deskripsi yang berbeza bagi menggambarkan ciri-ciri seekor gajah. Hal ini demikian kerana dek tidak mampu melihat, mereka bertindak untuk menggunakan deria sentuhan bagi mengesan ciri-ciri gajah tersebut. Kelima-lima mereka menyentuh gajah terbabit pada bahagian yang berlainan. Si buta yang pertama menyentuh gading gajah, yang kedua pula menyentuh telinganya, dan begitulah juga tiga yang lain turut menyentuh bahagian yang berbeza. Dari situ, timbullah pelbagai gambaran yang bercanggah antara satu sama lain. Begitulah juga ceritanya dalam dunia realiti. Seperti si buta tadi, kita juga mungkin tidak mampu melahirkan persepsi yang tepat terhadap suatu situasi yang menjangkaui skop pemikiran dan pengetahuan kita.

Seterusnya, kita bergerak kepada satu lagi alat kognitif iaitu memori @ ingatan. Memori terbahagi kepada dua bentuk dominan iaitu memori jangka masa panjang dan memori jangka masa pendek. Memori jangka masa panjang lazimnya dikaitkan dengan kepentingan memori terbabit dalam kehidupan seharian. Kebiasaannya, perkara yang penting bagi kita lebih mudah untuk melekat dalam memori jangka masa panjang. Mungkin kerana merujuk kepada pemahaman inilah, ramai wanita di luar sana yang naik minyak apabila teruna pujaan gagal mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir dan ulangtahun perhubungan mereka. Bagi mereka, tarikh-tarikh tersebut seolah-olah tidak tercatat dalam diari kehidupan pasangan mereka sebagai suatu perkara penting yang perlu diberikan prioriti.

 

Turut menunjangi proses membuat keputusan, alat kognitif ketiga ialah perhatian. Dalam ruang lingkup kehidupan sebagai seorang pelajar, perhatian menjadi kunci terpenting bagi menyelongkar hikmah pembelajaran. Jawapan klise seseorang pelajar apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya dalam pelajaran ialah memberi sepenuh tumpuan dan perhatian semasa sesi pengajaran oleh guru, tutor atau pensyarah. Jelas, kita semua sedar akan betapa perhatian merupakan jawapan paling tepat kepada seluruh usaha kita untuk menggapai keputusan terbaik dalam pengajian, namun mengapa seringkali kita memilih untuk tidak memberi perhatian apabila disarankan berbuat demikian pada masa-masa tertentu? Tidak perlu pergi jauh untuk mengilham gambaran situasi ini, sekadar melihat gelagat rakan-rakan di sekeliling semasa sesi pengkuliahan sudah mencukupi. Kalau semasa di sekolah menengah dahulu, tabiat tidur sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi kebiasaan para pelajar hampir setiap hari. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa mereka gagal memberi tumpuan seperti yang diharapkan. Apabila melangkahkan kaki ke alma mater tertiari ini, tampaknya budayanya telah berubah. Masih ada pelajar yang acuh tak acuh dalam menimba isi pengkuliahan, namun nyata globalisasi telah mentransformasikan budaya ini. Kalau dahulu, melelapkan mata menjadi pilihan, kini Facebook, Twitter dan Blackberry pula mengambil giliran. Perhatian terhadap pembelajaran tetap dipinggirkan, walau cara 'diskriminasi' ini dilakukan telah berlainan. Saya akui, kadangkala saya juga gagal menumpukan sepenuh perhatian. Seperti kata orang, hanya jasad di sana, mindanya melayang entah ke mana. Berbicara mengenai soal perhatian, minat merupakan salah satu elemen yang mempengaruhi penjanaan alat kognitif ini. Sebagai contoh, seorang peminat pasukan bola sepak Liverpool FC tidak tertarik untuk menonton perlawanan antara Manchester United menentang pasukan setempat, Manchester City. Namun apabila saluran ESPN menayangkan perlawanan antara Liverpool FC dengan Everton, hanya kerdipan mata yang sesekali menghalang tumpuannya pada kaca televisyen. Kedua, faktor keadaan sekeliling turut memainkan peranan penting dalam merangsang daya perhatian. Masih saya ingat perbualan saya dengan seorang rakan selepas bermain futsal malam kelmarin. Saya memuji pergerakan dan kemahiran kawalan bola seorang pemain di gelanggang sebelah. Namun menurut rakan saya itu, pemain terbabit tidaklah terlalu lincah dan pantas. Apa yang membuatkan beliau kelihatan menonjol dalam gelanggang adalah kualiti permainan pemain-pemain lain tidaklah begitu baik, lantas dia bergerak bebas tanpa sebarang kawalan atau cabaran. Mungkin benar komentar oleh rakan saya itu kerana keadaan sekeliling kadangkala membantu seseorang/sesuatu untuk menyerlah di mata para pemerhati seterusnya mendapat perhatian mereka.

 

Menyimpulkan penceritaan mengenai tiga alat kognitif ini, saya nyatakan sekali lagi bahawa ketiga-tiga material psikologi ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan proses membuat keputusan. Persepsi yang baik mengenai seorang rakan akan membuatkan anda lebih selesa untuk mendekatinya, sebaliknya anda mungkin memilih untuk menjauhi rakan terbabit seandainya persepsi anda terhadap dirinya adalah negatif. Manakala memori anda tentang suatu kesilapan lampau akan menghalang anda untuk mengelak kesalahan sama berulang. Berbeza keadaannya jika memori mengenai kesalahan itu tidak melekat dalam ingatan anda, anda mungkin cenderung untuk mengulanginya. Aspek perhatian pula memperlihatkan kita bahawa minat dan keadaan sekeliling merupakan faktor besar dalam mempengaruhi perhatian itu sendiri. Suatu langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan pengaruh-pengaruh itu menjadikan kita terumbang-ambing dalam melaksanakan sesuatu tugasan ialah menetapkan minda dan berusaha untuk fokus kepada matlamat akhir yang ingin dicapai.


Friday, February 11, 2011

A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ BIN MOHAMAD LOKMAN TAJUK 1 BINGKISAN PERTAMA : HEURISTIKA & BIAS

Setelah hampir dua minggu mendaftar untuk subjek  Kemahiran Membuat Keputusan, ini adalah hari pertama saya dan rakan-rakan berkesempatan untuk mengahadiri sesi kuliah (sebelum ini berlaku pertindihan jadual kuliah). Walaupun tidak seperti kuliah-kuliah lain yang diadakan di bangunan fakulti undang-undang, kami tidak berasa janggal mengahadiri kuliah tersebut kerana dewan kuliah yang digunakan adalah dewan yang sama digunakan untuk kuliah Hubungan Etnik pada semester lepas. Sebaliknya, kami teruja untuk menimba ilmu baharu di samping berkenalan dengan pensyarah dan teman-teman baharu. Mana tidaknya, setelah hampir 20 tahun kami berpijak di bumi Tuhan ini, setiap hari menggalang beban masalah dan situasi yang mendesak kami untuk bertindak, baru hari ini kami berkesempatan untuk mempelajari resipi yang dihasilkan oleh para cendekiawan berkenaan perihal membuat keputusan. Hasil adunan teori, konsep dan teknik membuat keputusan ini telah membuat kami berfikir sejenak dan menginsafi kekerdilan diri masing-masing di sisi Ilahi, betapa luas ilmu Yang Maha Esa sehingga merangkumi setiap detik kehidupan.

"Dalam hidup, tiada orang yang dapat membuat keputusan secara rasional kerana kita kerurangan maklumat dan masa."

Demikian kata-kata pensyarah kami, Encik Zamri, sebelum memulakan sesi pengkuliahan hari itu. Bayangkanlah, dek kerana kekurangan maklumat dan masa, setiap fasa pembuatan keputusan yang kita rencanakan barangkali membawa kita kepada penyelesaian yang kurang tepat dan juga berkemungkinan salah secara total. Benar, seseorang tidak mempunyai banyak maklumat dan masa untuk merangka keputusan yang bakal diambil, kerana masalah bukanlah seperti undangan untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan, tiada kad jemputan dihantar seminggu atau dua minggu sebelum hari kejadian. Kalaupun  dalam situasi kita menerima jemputan ke majlis perkahwinan, kadang-kadang timbul juga kesulitan dalam perancangan kita untuk menghadiri majlis tersebut. Sebahagian daripada kesulitan tersebut mungkin berpunca daripada ketidaktepatan dalam membuat keputusan berkaitan perancangan kita sendiri. Tuntasnya, membuat keputusan sebenarnya merupakan sebuah proses yang kompleks, namun membuat keputusan yang tepat adalah tidak mustahil.

Hari ini, tajuk kuliah adalah 'Heuristika dan Bias'. Frasa "bias" sudah tidak asing lagi bagi saya dan rakan-rakan fakulti undang-undang kerana konsep 'bias' telah kami pelajari dalam pengajian psikologi sosial. Tetapi inilah kali pertama kami didedahkan dengan konsep heuristika. Menurut Encik Zamri, heuristika merujuk kepada situasi bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Menurut beliau lagi, heuristika terbahagi kepada empat jenis iaitu heuristika jalan-jawapan, heuristika analogi, heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Heuristika jalan-jawapan merupakan satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita memikirkan jalan atau cara-cara untuk menyelesaikanya. Sebagai contoh, setelah memilih untuk mendaftarkan diri untuk set 6 pengkuliahan subjek Kemahiran Membuat Keputusan, barulah kami memikirkan kaedah pengangkutan untuk ke dewan kuliah di kompleks. Menggunakan kaedah ini, proses membuat keputusan adalah lebih bebas dan tidak tertakluk kepada struktur tertentu kerana kita boleh memilih untuk menyelesaikan masalah dari mana-mana bahagian yang kita mahu.

 

Seterusnya, heuristika analogi merujuk kepada kaedah penyelesaian masalah berdasarkan keserupaan masalah dari segi struktur. Mengambil contoh paling mudah, saya cuba berkongsi pemahaman dengan seorang rakan ;

 

"Hang ada marka. Tiba-tiba, marka hang ni merajuk. Hang buntu ni, macam mana la nak pujuk, marka sikit punya lawa, takut terlepas. Pikir punya la pikir, hang decide nak guna cara yang sama hang pujuk ex-marka hang yang dulu. Tu la kita panggil heuristika analogi. Nampak secara umumnya macam sama, yang tu marka, yang ni pun marka jugak. Tapi hang mungkin juga tersilap sebab marka dulu perangai dia macam tu, marka sekarang perangai macam ni pulak."

 

Ketiga, heuristika representatif atau perwakilan. Bagi menggambarkan secara jelas kepada kami, Encik Zamri menggunakan contoh seseorang yang ingin membeli sekilogram buah rambutan. Kelazimannya, untuk mendapat kepastian mengenai rasa buah rambutan yang ingin dibeli, kita hanya mencuba rasa beberapa biji sahaja. Kemudian, kita akan membuat generalisasi bahawa kalau beberapa biji yang kita cuba itu enak rasanya, maka kemungkinan besar kesemua buah-buah itu enak juga. Benarlah kata Encik Zamri, kita memang selalunya begitu. Mungkin cara itu bukan ujian yang paling tepat, tetapi kalau kita cuba kesemuanya, apa pula yang akan kita beli nanti? Si penjual pun sudah pastinya tidaklah terlalu pemurah sehingga sanggup memberi semua buah rambutan yang ada kepada kita untuk dieksperimen.

 

Akhir sekali, heuristika ketercapaian. Heuristika jenis ini berkait rapat dengan kapasiti ingatan manusia yang terhad. Penyelesaian masalah atau membuat keputusan adalah berdasarkan kepada perkara atau peristiwa yang mudah diingat semula dalam ingatan kita. Kita ambil tragedi 13 Mei sebagai contoh. Peristiwa berdarah itu masih lagi hijau dalam ingatan rakyat Malaysia yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung. Pastinya, tiada siapa yang mahu konflik itu berulang. Oleh sebab itu, kita sebagai ahli masyarakat yang majmuk telah sepakat untuk berpegang kepada kontrak social bagi mengekalkan keharmonian yang telah dipupuk sejak sekian lama.

 

Selesai dengan tajuk heuristika, kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan diarahkan oleh Encik Zamri Untuk membincangkan contoh bagi setiap jenis heuristika. Selepas 15 minit, setiap kumpulan menghantar wakil untuk melakukan pembentangan. Berpasangan dengan saudara Wan Nazmir Harizam, kami diminta untuk membentangkan contoh bagi heuristika analogi. Pembentangan yang dilakukan oleh keempat-empat kumpulan berjalan dengan lancar, setiap kumpulan mampu menghuraikan tajuk tersebut dengan tepat.

 

Selepas berehat selama 5 minit, sesi pengkuliahan disambung dengan tajuk "Bias". Bias merupakan kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Bias biasanya dikaitkan rapat dengan keputusan yang berat sebelah. Mengambil contoh yang paling dekat di hati saya, Ryan Babel, penyerang Liverpool mendakwa pengadil perlawanan sewaktu pertembungan antara Liverpool dengan musuh tradisi, Manchester United, baru-baru ini telah bertindak bias dengan memberikan sepakan penalti kepada pasukan di tangga teratas Liga Premier Barclays itu pada minit-minit awal perlawanan. Hal ini demikian kerana, menurut Babel, penyerang United, Dimitar Berbatov langsung tidak dikasari oleh pertahanan muda Liverpool berbangsa Denmark, Daniel Agger. Tambah beliau, pengadil tersebut mungkin cenderung untuk membuat  keputusan yang sememangnya memihak kepada United.

 

Berdasarkan contoh yang telah diberikan, dapatlah kita simpulkan bahawa bias secara dasarnya mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias mungkin berpunca daripada sesetengah heuristika iaitu heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

 

Terdapat variasi jenis bias. Namun saya tertarik untuk membincangkan sejenis bias yang dinamakan 'groupthink' dan kaedah-kaedah yang boleh kita laksanakan untuk menghindari bias jenis ini. Menurut Irving Janis, dalam sesebuah kumpulan perbincangan atau kumpulan yang menjalankan mesyuarat, kecenderungan untuk mencapai kata putus bersama kadangkala menyebabkan ahli kumpulan tersebut gagal mencambahkan lebih banyak idea. Kecenderungan ini seolah-olah meletakkan batu penghalang dalam minda ahli kumpulan yang menghalang mereka daripada terus bereksplorasi dan berdebat dengan minda mereka sendiri. Keadaan ini dikatakan mampu membunuh kreativiti dan menyebabkan kita menyempitkan skop pemikiran kepada satu hala sahaja.

 

Terdapat beberapa isisiatif yang boleh diambil bagi mengelakkan masalah 'groupthink' ini. Salah satu daripada langkah-langkah tersebut ialah mengharumsuburkan budaya mengkritik. Ahli kumpulan seharusnya aktif memberi kritikan terhadap sessebuah idea agar idea sedia ada dapat diolah dengan lebih meluas. Namun harus diingat, kritikan yang dilemparkan mestilah kritikan yang membina, bukanlah kritikan bertujuan memperlekeh si pemberi idea. Cara kritikan disampaikan juga hendaklah dengan penuh berhikmah supaya perbincangan dapat diteruskan dalam suasana yang sihat tanpa sebarang ketidakpuashatian dan ketegangan. Paling penting, seorang ketua haruslah sentiasa terbuka dalam menelan kritikan yang disampaikan oleh anak-anak buahnya dan menghadam kritikan tersebut sebagai satu bentuk penghargaan terhadap objektif perbincangan diadakan. Teringat saya pada sebuah kata-kata pujangga;

 

"Seorang bos mengatakan 'aku', tetapi seorang pemimpin mengatakan 'kita'.

 Seorang bos menagih rasa takut, tetapi seorang pemimpin memancarkan rasa hormat.

 Seorang bos tahu bagaimana sesuatu itu dikerjakan, tetapi seorang pemimpin itu tahu bagaimana   mngerjakannya.

Seorang bos berkata 'pergi!' tetapi seorang pemimpin berkata 'mari kita pergi'."

 

Tuntasnya, seorang pemimpin sesebuah kumpulan tidak memerlukan ego yang besar untuk berjaya memimpin dengan baik, sebaliknya beliau memerlukan akal yang berhikmah dan bijaksana bagi mengetuai kumpulan terbabit dengan jayanya.                                       

 

Sebagai kesimpulan bingkisan saya kali ini, sekali lagi ingin saya rakamkan rasa teruja dan bersemangat untuk menganalisis ilmu yang akan diberi oleh pensyarah sepanjang semester ini bagi subjek Kemahiran Membuat Keputusan. Walaupun saya dan rakan-rakan terlepas pembelajaran awal, sesikit kekurangan itu tidak pernah kami letakkan sebagai belenggu yang besar, sebaliknya kami melihat kekurangan tersebut sebagai satu bentuk cabaran yang perlu kami galas dengan penuh dedikasi. Kekurangan bukanlah kelemahan, tetapi kekurangan ialah petanda untuk kita berusaha dengan lebuh gigih bagi mencapai visi yang telah ditetapkan. Kuliah pertama kami berjalan dengan lancar. Semoga ilmu mengenai konsep heuristika dan bias ini dapat kami jadikan pedoman dalam mengahrungi hari-hari mendatang.


Wednesday, February 9, 2011

A123091, NUR AZARITA BT AHMAD AZAM TAJUK 4 PERSEPSI, INGATAN, PERHATIAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Hari ini adalah sudah menjangkau minggu keempat. Hari ini adalah berkisarkan tentang tajuk Persepsi, Ingatan Dan Perhatian Dalam Membuat Keputusan. Dalam objektif pembelajran kita perlu memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan. Pensyarah ada menerangkan secara awal tentang ketiga-tiga elemen ini. Ketiga-tiga elemen ini ialah satu "peralatan" yang digunakan dalam proses membuat keputusan. Peralatan ini bermaksud sesuatu benda yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar tetapi ianya wujud dalam minda kita.  Perkara pertama yang kita perlu lakukan dalam membuat keputusan ialah mengenalpasti masalah yang wujud iaitu masalah-masalah yang datang kepada kita adalah dalam bentuk perkataan. Oleh itu, dalam proses membuat keputusan kita sewajarnya mampu mengenalpasti persamaan atau perbezaan dengan masalah-masalah kita sebelum ini.  Selain itu, kita juga perlulah dapat membezakan sebab-sebab berlakunya sesuatu masalah itu dan simptom-simptomnya. Ini bertujuan untuk memudahkan  kita melihat masalah tersebut dari pelbagai aspek dan perkara yang paling penting sekali dalam proses membuat keputusan ini ialah kita berupaya untuk mengenalpasti masalah mengikut prioriti.

Pensyarah menyoal para pelajar apa yang difahami mengenai persepsi. Menurut Stephen Pepper (1967), persepsi ialah satu aktiviti yang dilakukan dalam keadaan sedar yang menghubungkan seseorang dengan keadaan di sekelilingnya.  Persepsi ini dapat dikatakan juga sebagai bagaimana kita menggunakan minda kita untuk melihat dunia iaitu pandangan kita mengenai dunia dengan menggunakan minda kita. Dalam kuliah ini kami telah menonton satu video yang bertajuk "The Window", video ini menceritakan mengenai sepasang suami isteri yang baru berpindah rumah. Maka keesokan hari, semasa mereka sedang bersarapan, si isteri ternampak jirannya sedang menjemur pakaian. Dia memberitahu suaminya bahawa jirannya tidak tahu mencuci pakaian dengan menggunakan cara yang betul kerana semua pakaian yang dijemur tidak bersih. Suaminya hanya mendiamkan diri. Setiap hari dia akan memberikan komen yang sama kepada jirannya itu. Setelah sebulan berlalu, pada suatu hari, si isteri memberitahu suaminya bahawa jirannya telah belajar mencuci pakaian dengan betul dan dia ingin mengetahui siapa yang telah mengajar jirannya itu mencuci pakaian dengan cara yang betul. Si suami menjawab, "saya bangun awal pagi ini dan mencuci tingkap rumah kita".  Apa yang dapat kita perolehi daripada cerita ini? Pertama, kita tidak boleh melihat sesuatu itu berdasarkan pandangan kasar sahaja. Keduanya, jangan kita membuat pandangan negatif mengenai seseorang mengikut apa yang kita nampak sahaja.. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi iaitu pertama orang yang membuat tanggapan dimana kita membuat persepsi berdasarkan pengalaman, motivasi, tarikan dan pandangan mengenai sesuatu perkara. Kedua, situasi dimana kita akan membuat persepsi berdasarkan masa, situasi di tempat kerja dan keadaan sosial dan yang terakhir ialah sasaran.

Namun, terdapat juga batasan dalam membuat persepsi. Ini kerana pandangan kita boleh mengalami ilusi. Selain itu, ruang lingkup yang terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir juga mempengaruhi persepsi kita mengenai sesuatu perkara. Kita membuat penafsiran tentang apa yang dipersepsi hanya sekiranya ia berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada pada kita. Dalam membuat keputusan juga terdapat "blind spot". Persepsi digunakan dalam melihat sesuatu masalah secara fizikal. Selain itu, persepsi ini juga dilakukan dengan tujuan tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam membuat keputusan, sekiranya persepsi kita betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah juga menjadi betul. Ini membantu kita dalam membuat keputusan yang tepat. Seterusnya, elemen  kedua iaitu ingatan. Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Peranannya dalam proses membuat keputusan ialah membantu dalam mengenalpasti masalah yang hampir sama dengan masalah yang dihadapi sebelum ini. Oleh itu, masalah yang dihadapi mudah diselesaikan. Fungsi ingatan dalam proses membuat keputusan adalah membantu dalam mengingati maklumat, mengaitkan keadaan dahulu dengan sekarang dan membantu dalam proses pengecaman.

Komponen terakhir ialah perhatian ini berdasarkan Kahneman (1973), perhatian dapat didefinisikan sebagai penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk memproses makluma. Kita perlu memberi perhatian dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Seperti contoh yang diberikan oleh pensyarah dimana seorang pensyarah dalam bidang kedoktoran memberitahu pelajarnya bahawa terdapat dua perkara penting dalam bidang tersebut iaitu pertama, tidak boleh jijik kepada mayat, lalu dia memasukkan jarinya ke dalam mulut mayat itu dan menjilat jari tersebut. Setelah itu, dia meminta pelajarnya mengikuti tindakannya tadi. Setelah semua pelajarnya mengikut tindakannya, dia memberitahu kepada pelajarnya bahawa perkara kedua yang penting ialah PERHATIAN. Dia memberitahu pelajarnya bahawa dia menggunakan jari hantu semasa masukkan ke dalam mulut mayat tetapi dia menjilat jari telunjuknya. Jadi, ini menunjukkan pentingnya kita memberi perhatian dalam melaksanakan sesuatu perkara agar kita tidak tersilap membuat keputusan. Antara ketiga-tiga elemen ini mengambarkan perkaitan antara satu sama lain dalam melengkapkan setiap tingkah laku dalam bekerja atau aktiviti.

 

 

 



NUR AZARITA BT AHMAD AZAM
A123091(850509035080)<017-9672134>

IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SUKAN DAN REKREASI)
http://groups.yahoo.com/group/A123091/