Friday, January 14, 2011

jurnal 4

NAMA : MOHD ROHASLAM BIN ABDUL HAMID

NO.MATRIK : A134046

TAJUK : LEARNING JOURNAL 4

            Hari demi hari, pelbagai ilmu tentang kemahiran membuar keputusan telah dapat ku semat dalam diriku ini. Pengajaran yang diberikan oleh Dr.Ahmad telah dapat aku kuasai dalam beberapa tajuk seperti pengenalan, bias, rasionalisasi dan heuristika. Contoh-contoh yang dipaparkan melalui teknik gambarajah dan video lebih difahami. Sebenarnya dalam hidup ini teknik membuat keputusan banyak dipengaruhi oleh pengalaman yang kita alami dari kecil hingga sekarang. Oleh itu, apa yang ingin aku sampaikan hari ini ialah ilmu tentang Persepsi, Ingatan dan Perhatian Dalam Proses Membuat Keputusan yang telah diberikan oleh Dr.Ahmad kepada diriku dan rakan-rakan kuliah. Tajuk ini sangat penting dalam kehidupan kita agar kita tahu apa persepsi kita tentang sesuatu perkara yang kita ingin dinilai, ingatan yang kuat tentang apa kita alami dahulu serta member perhatian kepada sesuatu perkara. Tajuk ini juga member kefahaman proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan. Ia juga perlu memahami interaksi ketiga-tiga aktivti kognitif tersevut dalam proses membuat keputusan. Ketiga-tiga peralatan iaitu persepsi, ingatan dan perhatian membolehkan kita melihat, memikirkan dan mentafsir dan akgirnya selesaikan masalah dengan pilih keputusan dengan baik dan bijak. Banyak contoh yang diberikan oleh Dr.Ahmad seperti satu gambarajah papan kenyataan yang tidak cukup huruf dan seekor gajah yang banyak kaki. Apabila kita melihat, pasti ada benda yang tidak kena dan pasti mempunyai masalah kepada papan kenyataan itu. Dengan ini kita dapat membezakan sesuatu yang logik dengan tidak logik, kenalpasti keganjilan, kenalpasti keserupaan dan kelainan iaitu berkait dengan Heuristika. Kita juga akan dapat membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom-simptom  masalah. Jika mahu mudah untuk membuat keputusan, satu masalah yang besar atau kompleks kepada komponen-komponen. Contoh masalah yang berlaku di Malaysia seperti masalah politik dan ekonomi. Apabila hendak mahu buat keputusan, perlu berupaya cari alternatif dan pilih yang mana lebih baik.

            Persepsi atau lebih dikenali sebagai tanggapan ialah satu aktiviti yang sedar dilakukan dalam keadaan sedar dan menghubungkan seseorang dengan sekelilingnya menggunakan maklumat-maklumat yang diterima. Ia juga bermaksud bagaimana kita melihat dunia menggunakan minda yang mempunyai persepsi yang berlainan kerana disebabkan gaya hidup, pengalaman yang telah dilalui, dan sistem pemikiran kita. Apa yang telah dipaparkan oleh Dr.Ahmad tentang video 'The Window' member satu pembelajaran tentang membuat keputusan. Apa yang aku nampak untuk kita dapat persepsi yang baik, kita perlu sucikan pemikiran kita sebarang perkara negatif, barulah kita boleh membuat persepsi. Kita juga perlu bersih hati dan akan lebih jelas lagi kita untuk membuat sebarang keputusan daripada pengalaman, pegangan dan pemikiran. Persepsi dipengaruhi oleh pemikiran kita. Oleh itu apakah persepsi kita terharadap sesuatu benda atau perkara yang kita lihat dan nampak? Melihat pelbagai sudut disebabkan perspektif yang kita ambil. Misalnya sebuah iklan rokok. Jika jabatan kesihatan akan mengiklankan rokok membahayakan kesihatan dan pakar ekonomi pula iklan sebagai rokok itu menjadi inflasi negara. Selain itu, pandangan doktof dan bomoh tidak sama dari sudut pandangannya tentang sesuatu penyakit seseorang. Mungkin doctor berkata pesakit mengalamai tekanan emosi manakala dari sudut pandangan bomoh berkata bahawa ada makhluk halus didalam badan pesakit. Apa yang aku dapat juga dalam kuliah, persepsi ini mempunyai batasan. Ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal atau keupayaan berfikir. Jika ada pengetahuan dan pengalaman akan boleh membuat tafsiran dengan tepat. Latar belakang juga boleh mempengaruhi persepsi kita. Jika seseorang manusia tinggi di Malaysia ramai orang akan pelik dan kagum melihatnya tetapi jika orang tinggi itu pergi ke eropah, orang di eropah tidak berara pelik kerana di eropah ramai yang lebih tinggi daripada orang Malaysia. Oleh itu, sudut pandangan berbeza daripada latar belakang. Terdapat 3 faktor persepsi iaitu berdasarkan factora in the situation, factors in the perceiver, dan factor in the target. Factor in the target ialah sesuatu yang baru ditemui, misalnya orang ada laptop baru orang tidak akan pelik tetapi jika ada orang pakai ipod mesti orang terpegun. Sesuatu yang bergerak lebih kita bagi tumpuan berbanding dengan objek yang statik. Selain itu, sounds iaitu apabila dalam dewan kuliah semua diam, tetapi ada salah seorang yang bising pasti orang akan bertumpu pada orang bising itu. Sesuatu yang kontras juga lebih menarik dan sesuatu yang dekat lebih kita bagi tumpuan daripada sesuatu yang jauh.

            Persepsi dalam proses membuat keputusan ialah dalam melihat masalah secara fizikal ia dilakukan untuk tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam proses membuat keputusan juga, jika persepsi betul, memahami masalah, ini akan memberikan buat keputusan yang tepat. Dr.Ahmad telah memberi banyak contoh cerita mengenai persepsi seseorang iaitu budak bermain bola dipadang. Tetapi salah seorang tidak bermain. Hanya duduk berseorangan. Cikgunya telah pergi ke budak itu bertanya adakah budak itu mempunyai masalah. tetapi budak itu kata tidak ada. Cikgunya melihat lagi dari jauh, malah budak itu hanya berdiri sahaja dan tidak bermain dengan kawan-kawannya. Cikgu itu pergi lagi kepada budak itu, kenapa tidak bermain? Budak itu menjawab bahawa dia penjaga gol. Oleh itu, apabila membuat persepsi pada seseorang perlulah ada pengetahuan yang cukup. Satu lagi kisah dimana tujuh orang buta bersama dengan seekor gajah. Oleh itu, tujuh orang buta memegang gajah dan mempunyai persepsi yang berbeza. Hubunagn antara persepsi dengan membuat keputusan iaitu ada masalah seperti data tidak relevan dan relevan serta mencari alternatif untuk membuat keputusan.

            Seterusnya aku didedahkan lagi tentang ingatan (memory). Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Misalnya orang tua mempunyai ingatan kisah lama-lama yang bagus (longterm) tetapi kisah yang baru hadapi (short term) mudah lupa dan tidak bagus. Namun bagitu, ingatan juga terbatas. Contohnya cuba ingat baju yang anda pakai semalam dan hari yang lepas, 19 mac 2007, jumaat, 7 Julai 1998 dan 10 disember 1995. Cuba ingatkan apa yang anda pakai dan warna apa. Oleh itu, kita tidak akan dapat mengingati dan fikiran kita terbatas. Contoh lagi satu iaitu cuba anda ingatkan abjad ini ASDFGHJKLMNBVCXZWERTYUIOP. Selepas 5 minit melihat, anda tidak melihat dan menyebut abjad ini. Pasti terbatas dengan ingatan kita. Ingatan juga ada fungsinya iaitu membantu untuk ingat maklumat yang telah deperolehi, untuk mencari keserupaan berdasarkan pengalaman yang lepas, membantu proses pencarian maklumat dan perbandingan dahulu.

            Seterusnya, aku ingin membincangkan tentang perhatian (attention). Perhatian amat diperlukan dalam diri seseorang. Tanpa perhatian kita tidak dapat menumpukan sesuatu perkara atau masalah yang kita hadapi. Memberi tumpuan akan lebih memahami dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Perhatian ialah penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk pemprosesan sesuatu maklumat. Dengan mental kita dapat mengenalpasti sesuatu maklumat yang hendak dituju dan dapat membuat keputusan dengan baik. Terdapat satu contoh yang boleh menerangkan tentang perhatian. Kisah ini mempunyai pensyarah bidang perubatan dengan pelajar-pelajar. Doktor ini telah menerangkan tentang seseorang hendak menjadi doktor perlu buang rasa kejijikan terhadap mayat. Doktor telah ambil mayat dan membawa ke makmal. Doktor itu telah memasukkan jari dalam mulut mayat dan menjilatnya. Doktor berkata bahawa seorang yang hendak mahu jadi doktor kena buang rasa jijik terhadap mayat. Oleh itu, pelajar-pelajar telah melakukan perkara yang sama yang telah dibuat oleh doktor itu. Selepas itu, doktor menerangkan pemerhatian yang tajam diperlukan oleh seorang doktor. Doktor itu berkata bahawa jari yang masuk dalam mulut mayat itu adalah jari telunjuk dan menjilatnya jari hantu. Oleh itu, pelajar-pelajar tidak member perhatian kerana menjilat jari yang dimasukkan dalam mulut mayat itu. Inilah kisah tentang perhatian. Perhatian adalah sangat penting. Selain itu, dalam kehidupan manusia pasti akan member perhatian benda yan unik atau pelik seperti perempuan yang sangat jelita, manusia paling pendek dan tinggi, katak kepala dua dan banyak lagi benda unik mendapat perhatian daripada orang ramai. Fungsi perhatian ini ialah untuk memilih mana-mana maklumat yang perlu diambil kira. Misalnya wanita selalu berfikiran terperinci seperti wanita akan ingat tarikh-taikh yang penting dalam hidup seperti hari perkahwina dan melahirkan anak. Berbanding dengan lelaki yang mempunyai pemikiran yang global seperti ajen pengurus. Ada beberapa perkara yang lain juga kita akan memberi perhatian yang lebih seperti warna yang paling ceria, sesuatu yang buruk dan pelik daripada yang lain. Perhatian mempunyai hubunagn dengan persepsi menyebabkan ingatan dapat dirangsang dengan cepat. Ingatan dirangsang akan menumpukan perhatian kepada masalah. seterusnya dapat memulakan proses analisis membuat keputusan.

            Oleh yang demikian, aku telah menguasai tentang apa itu persepsi, ingatan dan perhatian. Apabila difikirkan secara logik dalam kehidupan kita ini, banyak yang telah kita hadapi tentang persepsi, ingatan dan perhatian malah setiap hari kita akan berhadapan dengan perkara seperti ini. Dengan cara mengambil kursus U2 Kemahiran Membuat Keputusan dapatlah disimpulkan dapat member impak kepada diriku agar lebih mahir dalam membuat sebarang keputusan dan dapat memilih keputusan yang paling baik.