Saturday, February 12, 2011

Fw: A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ TAJUK 2 BINGKISAN KEDUA : ALAT KOGNITIF



----- Forwarded Message ----
From: Amirull Afiqq <aafiqq_kp19@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.jurnal-keputusan@blogger.com
Cc: tugasan2263@gmail.com
Sent: Sat, February 12, 2011 9:04:02 AM
Subject: A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ TAJUK 2 BINGKISAN KEDUA : ALAT KOGNITIF

Hari ini kami telah didedahkan dengan sebuah lagi konsep yang mendasari proses membuat keputusan. Dalam sebuah projek pertukangan, kita memerlukan alat-alat seperti gergaji, tukul, sepana, pemutar skru dan alat-alat lain bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang sepatutnya di samping membuahkan hasil yang sempurna sebagaimana yang diinginkan. Namun begitu, seandainya kita tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan alat-alat ini dengan baik, mungkin kita akan menghadapi masalah untuk menyiapkan projek tersebut. Konsep yang sama terpakai dalam proses membuat keputusan. Proses ini didasari oleh tiga alat kognitif yang membolehkan kita melihat, memikirkan, mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah

dengan membuat keputusan yang paling bijak. Alat-alat kognitif yang dimaksudkan adalah persepsi, ingatan dan memori.

 

Memulakan pengkuliahan untuk tajuk alat kognitif, Encik Zamri menayangkan beberapa gambar untuk menguji kepekaan kami terhadap keganjilan di sebalik gambar-gambar tersebut. Menurut beliau, dalam proses membuat keputusan, seseorang perlu mampu menilai keserupaan dan kelainan yang terdapat pada masalah yang dihadapi berbanding masalah-masalah yang pernah dilalui sebelum ini. Kemampuan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita bertindak dalam keadaan lebih tenang apabila keadaan mendesak. Dalam Islam, kita diseru untuk berusaha memastikan perjalanan kita hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam. Seruan ini secara tidak langsung mencadangkan supaya kita belajar menganalisis konflik-konflik yang pernah dilalui agar kita akan lebih bersedia menghadapi cabaran yang serupa atau hampir serupa pada hari-hari muka. Bertitik tolak dari situ, apabila berdepan dengan sebarang krisis, kita hendaklah mampu memecahkan krisis terbabit kepada komponen-komponen kecil supaya proses membuat keputusan akan menjadi lebih teratur dan menyeluruh.

 

Berbalik kepada alat kognitif yang diceritakan tadi, pertamanya kita meninjau konsep persepsi. Dalam notanya, Encik Zamri memetik definisi persepsi oleh Stephen Pepper. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas mengenai konsep ini, saya dan rakan-rakan telah menggunakan enjin pencarian google untuk meninjau pendapat para cendekiawan lain mengenai pengertian persepsi. Persepsi,  menurut  Rakhmat  Jalaludin, adalah pengalaman  tentang objek,  peristiwa,  atau hubungan-hubungan  yang  diperoleh dengan  menyimpulkan informasi dan mentafsirkan sesuatu pesanan yang diterima. Menurut  Ruch,  persepsi  adalah  suatu proses menyusun atur  petunjuk-petunjuk  pancaindera  (sensory)  dan pengalaman  masa  lampau  yang  relevan untuk memberikan kepada kita gambaran yang jelas dan bermakna pada suatu situasi  tertentu.  Senada dengan buah fikiran  tersebut, Atkinson dan Hilgard mengemukakan idea bahawa persepsi  adalah proses  metafsirkan  dan  mengorganisasikan pola  stimulus yang diterima daripada persekitaran kita. Gibson dan  Donely menjelaskan dengan lebih ringkas bahawa persepsi adalah proses pemberian erti  terhadap  persekitara oleh seorang individu. Merujuk kepada aneka definisi yang dicadangkan itu, kami membuat kesimpulan bahawa persepsi merupakan cara kita melihat dunia di luar diri kita dari kaca mata sendiri. Uniknya, persepsi yang dimiliki oleh setiap individu adalah berlainan anatara satu sama lain berikutan pengamalan kepercayaan dan agama mahupun sistem pemikiran yang berbeza. Selain itu, gaya hidup yang berbeza juga menyumbang kepada perbezaan persepsi antara individu. Sebagai contoh, persepsi Karim yang tinggal di Kelantan dan Oozil yang tinggal di Jerman terhadap seorang wanita yang berbikini mungkin berbeza kerana berbikini merupakan amalan biasa masyarakat barat tetapi cukup asing bagi budaya timur. Perbezaan ini berkait rapat dengan teori batasan persepsi yang menyatakan bahawa ruang lingkup persepsi terhad terhadap ruangan fizikal dan keupayaan berfikir. Tambahan pula, pentafsiran mengenai subjek yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan sedia ada. Mengambil contoh yang lebih global dan dekat di hati kita semua, setelah tragedi berdarah 11 September merakamkan puluhan ribu jiwa yang terkorban, masyarakat barat secara umumnya mempunyai persepsi negative terhadap umat Islam dan mengaitkan mereka dengan keganasan dan pemberontakan. Persepsi ini timbul akibat kekurangan maklumat dan pengetahuan mengenai ajaran Islam yang sebenar yang pada dasarnya memupuk kasih sayang dan mendaulatkan keamanan. Persepsi sebegini sebaliknya hanya disandsarkan kepada peristiwa pahit yang mengaitkan pejuang kebebasan dalam kejadian rampasan pesawat itu.

 

Satu lagi contoh yang menarik minat saya ialah sebuah kisah jenaka yang diselitkan oleh Encik Zamri dalam nota beliau yang menceritakan perihal lima orang buta cuba mengenal sifat-sifat seekor gajah. Kelima-lima orang buta itu memberi gambaran yang berbeza tentang seekor gajah. Kata yang pertama, gajah itu keras, panjang dan melengkung. Si buta yang kedua pula menyatakan bahawa gajah itu lebar dan nipis. Dan begitulah juga dengan tiga lagi orang buta, semuanya melahirkan deskripsi yang berbeza bagi menggambarkan ciri-ciri seekor gajah. Hal ini demikian kerana dek tidak mampu melihat, mereka bertindak untuk menggunakan deria sentuhan bagi mengesan ciri-ciri gajah tersebut. Kelima-lima mereka menyentuh gajah terbabit pada bahagian yang berlainan. Si buta yang pertama menyentuh gading gajah, yang kedua pula menyentuh telinganya, dan begitulah juga tiga yang lain turut menyentuh bahagian yang berbeza. Dari situ, timbullah pelbagai gambaran yang bercanggah antara satu sama lain. Begitulah juga ceritanya dalam dunia realiti. Seperti si buta tadi, kita juga mungkin tidak mampu melahirkan persepsi yang tepat terhadap suatu situasi yang menjangkaui skop pemikiran dan pengetahuan kita.

Seterusnya, kita bergerak kepada satu lagi alat kognitif iaitu memori @ ingatan. Memori terbahagi kepada dua bentuk dominan iaitu memori jangka masa panjang dan memori jangka masa pendek. Memori jangka masa panjang lazimnya dikaitkan dengan kepentingan memori terbabit dalam kehidupan seharian. Kebiasaannya, perkara yang penting bagi kita lebih mudah untuk melekat dalam memori jangka masa panjang. Mungkin kerana merujuk kepada pemahaman inilah, ramai wanita di luar sana yang naik minyak apabila teruna pujaan gagal mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir dan ulangtahun perhubungan mereka. Bagi mereka, tarikh-tarikh tersebut seolah-olah tidak tercatat dalam diari kehidupan pasangan mereka sebagai suatu perkara penting yang perlu diberikan prioriti.

 

Turut menunjangi proses membuat keputusan, alat kognitif ketiga ialah perhatian. Dalam ruang lingkup kehidupan sebagai seorang pelajar, perhatian menjadi kunci terpenting bagi menyelongkar hikmah pembelajaran. Jawapan klise seseorang pelajar apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya dalam pelajaran ialah memberi sepenuh tumpuan dan perhatian semasa sesi pengajaran oleh guru, tutor atau pensyarah. Jelas, kita semua sedar akan betapa perhatian merupakan jawapan paling tepat kepada seluruh usaha kita untuk menggapai keputusan terbaik dalam pengajian, namun mengapa seringkali kita memilih untuk tidak memberi perhatian apabila disarankan berbuat demikian pada masa-masa tertentu? Tidak perlu pergi jauh untuk mengilham gambaran situasi ini, sekadar melihat gelagat rakan-rakan di sekeliling semasa sesi pengkuliahan sudah mencukupi. Kalau semasa di sekolah menengah dahulu, tabiat tidur sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi kebiasaan para pelajar hampir setiap hari. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa mereka gagal memberi tumpuan seperti yang diharapkan. Apabila melangkahkan kaki ke alma mater tertiari ini, tampaknya budayanya telah berubah. Masih ada pelajar yang acuh tak acuh dalam menimba isi pengkuliahan, namun nyata globalisasi telah mentransformasikan budaya ini. Kalau dahulu, melelapkan mata menjadi pilihan, kini Facebook, Twitter dan Blackberry pula mengambil giliran. Perhatian terhadap pembelajaran tetap dipinggirkan, walau cara 'diskriminasi' ini dilakukan telah berlainan. Saya akui, kadangkala saya juga gagal menumpukan sepenuh perhatian. Seperti kata orang, hanya jasad di sana, mindanya melayang entah ke mana. Berbicara mengenai soal perhatian, minat merupakan salah satu elemen yang mempengaruhi penjanaan alat kognitif ini. Sebagai contoh, seorang peminat pasukan bola sepak Liverpool FC tidak tertarik untuk menonton perlawanan antara Manchester United menentang pasukan setempat, Manchester City. Namun apabila saluran ESPN menayangkan perlawanan antara Liverpool FC dengan Everton, hanya kerdipan mata yang sesekali menghalang tumpuannya pada kaca televisyen. Kedua, faktor keadaan sekeliling turut memainkan peranan penting dalam merangsang daya perhatian. Masih saya ingat perbualan saya dengan seorang rakan selepas bermain futsal malam kelmarin. Saya memuji pergerakan dan kemahiran kawalan bola seorang pemain di gelanggang sebelah. Namun menurut rakan saya itu, pemain terbabit tidaklah terlalu lincah dan pantas. Apa yang membuatkan beliau kelihatan menonjol dalam gelanggang adalah kualiti permainan pemain-pemain lain tidaklah begitu baik, lantas dia bergerak bebas tanpa sebarang kawalan atau cabaran. Mungkin benar komentar oleh rakan saya itu kerana keadaan sekeliling kadangkala membantu seseorang/sesuatu untuk menyerlah di mata para pemerhati seterusnya mendapat perhatian mereka.

 

Menyimpulkan penceritaan mengenai tiga alat kognitif ini, saya nyatakan sekali lagi bahawa ketiga-tiga material psikologi ini mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan proses membuat keputusan. Persepsi yang baik mengenai seorang rakan akan membuatkan anda lebih selesa untuk mendekatinya, sebaliknya anda mungkin memilih untuk menjauhi rakan terbabit seandainya persepsi anda terhadap dirinya adalah negatif. Manakala memori anda tentang suatu kesilapan lampau akan menghalang anda untuk mengelak kesalahan sama berulang. Berbeza keadaannya jika memori mengenai kesalahan itu tidak melekat dalam ingatan anda, anda mungkin cenderung untuk mengulanginya. Aspek perhatian pula memperlihatkan kita bahawa minat dan keadaan sekeliling merupakan faktor besar dalam mempengaruhi perhatian itu sendiri. Suatu langkah yang boleh kita ambil bagi mengelakkan pengaruh-pengaruh itu menjadikan kita terumbang-ambing dalam melaksanakan sesuatu tugasan ialah menetapkan minda dan berusaha untuk fokus kepada matlamat akhir yang ingin dicapai.



Fw: A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ BIN MOHAMAD LOKMAN TAJUK 1 BINGKISAN PERTAMA : HEURISTIKA & BIAS



----- Forwarded Message ----
From: Amirull Afiqq <aafiqq_kp19@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.jurnal-keputusan@blogger.com
Cc: tugasan2263@gmail.com
Sent: Fri, February 11, 2011 11:51:02 AM
Subject: A131944 MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ BIN MOHAMAD LOKMAN TAJUK 1 BINGKISAN PERTAMA : HEURISTIKA & BIAS

Setelah hampir dua minggu mendaftar untuk subjek  Kemahiran Membuat Keputusan, ini adalah hari pertama saya dan rakan-rakan berkesempatan untuk mengahadiri sesi kuliah (sebelum ini berlaku pertindihan jadual kuliah). Walaupun tidak seperti kuliah-kuliah lain yang diadakan di bangunan fakulti undang-undang, kami tidak berasa janggal mengahadiri kuliah tersebut kerana dewan kuliah yang digunakan adalah dewan yang sama digunakan untuk kuliah Hubungan Etnik pada semester lepas. Sebaliknya, kami teruja untuk menimba ilmu baharu di samping berkenalan dengan pensyarah dan teman-teman baharu. Mana tidaknya, setelah hampir 20 tahun kami berpijak di bumi Tuhan ini, setiap hari menggalang beban masalah dan situasi yang mendesak kami untuk bertindak, baru hari ini kami berkesempatan untuk mempelajari resipi yang dihasilkan oleh para cendekiawan berkenaan perihal membuat keputusan. Hasil adunan teori, konsep dan teknik membuat keputusan ini telah membuat kami berfikir sejenak dan menginsafi kekerdilan diri masing-masing di sisi Ilahi, betapa luas ilmu Yang Maha Esa sehingga merangkumi setiap detik kehidupan.

"Dalam hidup, tiada orang yang dapat membuat keputusan secara rasional kerana kita kerurangan maklumat dan masa."

Demikian kata-kata pensyarah kami, Encik Zamri, sebelum memulakan sesi pengkuliahan hari itu. Bayangkanlah, dek kerana kekurangan maklumat dan masa, setiap fasa pembuatan keputusan yang kita rencanakan barangkali membawa kita kepada penyelesaian yang kurang tepat dan juga berkemungkinan salah secara total. Benar, seseorang tidak mempunyai banyak maklumat dan masa untuk merangka keputusan yang bakal diambil, kerana masalah bukanlah seperti undangan untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan, tiada kad jemputan dihantar seminggu atau dua minggu sebelum hari kejadian. Kalaupun  dalam situasi kita menerima jemputan ke majlis perkahwinan, kadang-kadang timbul juga kesulitan dalam perancangan kita untuk menghadiri majlis tersebut. Sebahagian daripada kesulitan tersebut mungkin berpunca daripada ketidaktepatan dalam membuat keputusan berkaitan perancangan kita sendiri. Tuntasnya, membuat keputusan sebenarnya merupakan sebuah proses yang kompleks, namun membuat keputusan yang tepat adalah tidak mustahil.

Hari ini, tajuk kuliah adalah 'Heuristika dan Bias'. Frasa "bias" sudah tidak asing lagi bagi saya dan rakan-rakan fakulti undang-undang kerana konsep 'bias' telah kami pelajari dalam pengajian psikologi sosial. Tetapi inilah kali pertama kami didedahkan dengan konsep heuristika. Menurut Encik Zamri, heuristika merujuk kepada situasi bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Menurut beliau lagi, heuristika terbahagi kepada empat jenis iaitu heuristika jalan-jawapan, heuristika analogi, heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Heuristika jalan-jawapan merupakan satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita memikirkan jalan atau cara-cara untuk menyelesaikanya. Sebagai contoh, setelah memilih untuk mendaftarkan diri untuk set 6 pengkuliahan subjek Kemahiran Membuat Keputusan, barulah kami memikirkan kaedah pengangkutan untuk ke dewan kuliah di kompleks. Menggunakan kaedah ini, proses membuat keputusan adalah lebih bebas dan tidak tertakluk kepada struktur tertentu kerana kita boleh memilih untuk menyelesaikan masalah dari mana-mana bahagian yang kita mahu.

 

Seterusnya, heuristika analogi merujuk kepada kaedah penyelesaian masalah berdasarkan keserupaan masalah dari segi struktur. Mengambil contoh paling mudah, saya cuba berkongsi pemahaman dengan seorang rakan ;

 

"Hang ada marka. Tiba-tiba, marka hang ni merajuk. Hang buntu ni, macam mana la nak pujuk, marka sikit punya lawa, takut terlepas. Pikir punya la pikir, hang decide nak guna cara yang sama hang pujuk ex-marka hang yang dulu. Tu la kita panggil heuristika analogi. Nampak secara umumnya macam sama, yang tu marka, yang ni pun marka jugak. Tapi hang mungkin juga tersilap sebab marka dulu perangai dia macam tu, marka sekarang perangai macam ni pulak."

 

Ketiga, heuristika representatif atau perwakilan. Bagi menggambarkan secara jelas kepada kami, Encik Zamri menggunakan contoh seseorang yang ingin membeli sekilogram buah rambutan. Kelazimannya, untuk mendapat kepastian mengenai rasa buah rambutan yang ingin dibeli, kita hanya mencuba rasa beberapa biji sahaja. Kemudian, kita akan membuat generalisasi bahawa kalau beberapa biji yang kita cuba itu enak rasanya, maka kemungkinan besar kesemua buah-buah itu enak juga. Benarlah kata Encik Zamri, kita memang selalunya begitu. Mungkin cara itu bukan ujian yang paling tepat, tetapi kalau kita cuba kesemuanya, apa pula yang akan kita beli nanti? Si penjual pun sudah pastinya tidaklah terlalu pemurah sehingga sanggup memberi semua buah rambutan yang ada kepada kita untuk dieksperimen.

 

Akhir sekali, heuristika ketercapaian. Heuristika jenis ini berkait rapat dengan kapasiti ingatan manusia yang terhad. Penyelesaian masalah atau membuat keputusan adalah berdasarkan kepada perkara atau peristiwa yang mudah diingat semula dalam ingatan kita. Kita ambil tragedi 13 Mei sebagai contoh. Peristiwa berdarah itu masih lagi hijau dalam ingatan rakyat Malaysia yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung. Pastinya, tiada siapa yang mahu konflik itu berulang. Oleh sebab itu, kita sebagai ahli masyarakat yang majmuk telah sepakat untuk berpegang kepada kontrak social bagi mengekalkan keharmonian yang telah dipupuk sejak sekian lama.

 

Selesai dengan tajuk heuristika, kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan diarahkan oleh Encik Zamri Untuk membincangkan contoh bagi setiap jenis heuristika. Selepas 15 minit, setiap kumpulan menghantar wakil untuk melakukan pembentangan. Berpasangan dengan saudara Wan Nazmir Harizam, kami diminta untuk membentangkan contoh bagi heuristika analogi. Pembentangan yang dilakukan oleh keempat-empat kumpulan berjalan dengan lancar, setiap kumpulan mampu menghuraikan tajuk tersebut dengan tepat.

 

Selepas berehat selama 5 minit, sesi pengkuliahan disambung dengan tajuk "Bias". Bias merupakan kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Bias biasanya dikaitkan rapat dengan keputusan yang berat sebelah. Mengambil contoh yang paling dekat di hati saya, Ryan Babel, penyerang Liverpool mendakwa pengadil perlawanan sewaktu pertembungan antara Liverpool dengan musuh tradisi, Manchester United, baru-baru ini telah bertindak bias dengan memberikan sepakan penalti kepada pasukan di tangga teratas Liga Premier Barclays itu pada minit-minit awal perlawanan. Hal ini demikian kerana, menurut Babel, penyerang United, Dimitar Berbatov langsung tidak dikasari oleh pertahanan muda Liverpool berbangsa Denmark, Daniel Agger. Tambah beliau, pengadil tersebut mungkin cenderung untuk membuat  keputusan yang sememangnya memihak kepada United.

 

Berdasarkan contoh yang telah diberikan, dapatlah kita simpulkan bahawa bias secara dasarnya mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias mungkin berpunca daripada sesetengah heuristika iaitu heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

 

Terdapat variasi jenis bias. Namun saya tertarik untuk membincangkan sejenis bias yang dinamakan 'groupthink' dan kaedah-kaedah yang boleh kita laksanakan untuk menghindari bias jenis ini. Menurut Irving Janis, dalam sesebuah kumpulan perbincangan atau kumpulan yang menjalankan mesyuarat, kecenderungan untuk mencapai kata putus bersama kadangkala menyebabkan ahli kumpulan tersebut gagal mencambahkan lebih banyak idea. Kecenderungan ini seolah-olah meletakkan batu penghalang dalam minda ahli kumpulan yang menghalang mereka daripada terus bereksplorasi dan berdebat dengan minda mereka sendiri. Keadaan ini dikatakan mampu membunuh kreativiti dan menyebabkan kita menyempitkan skop pemikiran kepada satu hala sahaja.

 

Terdapat beberapa isisiatif yang boleh diambil bagi mengelakkan masalah 'groupthink' ini. Salah satu daripada langkah-langkah tersebut ialah mengharumsuburkan budaya mengkritik. Ahli kumpulan seharusnya aktif memberi kritikan terhadap sessebuah idea agar idea sedia ada dapat diolah dengan lebih meluas. Namun harus diingat, kritikan yang dilemparkan mestilah kritikan yang membina, bukanlah kritikan bertujuan memperlekeh si pemberi idea. Cara kritikan disampaikan juga hendaklah dengan penuh berhikmah supaya perbincangan dapat diteruskan dalam suasana yang sihat tanpa sebarang ketidakpuashatian dan ketegangan. Paling penting, seorang ketua haruslah sentiasa terbuka dalam menelan kritikan yang disampaikan oleh anak-anak buahnya dan menghadam kritikan tersebut sebagai satu bentuk penghargaan terhadap objektif perbincangan diadakan. Teringat saya pada sebuah kata-kata pujangga;

 

"Seorang bos mengatakan 'aku', tetapi seorang pemimpin mengatakan 'kita'.

 Seorang bos menagih rasa takut, tetapi seorang pemimpin memancarkan rasa hormat.

 Seorang bos tahu bagaimana sesuatu itu dikerjakan, tetapi seorang pemimpin itu tahu bagaimana   mngerjakannya.

Seorang bos berkata 'pergi!' tetapi seorang pemimpin berkata 'mari kita pergi'."

 

Tuntasnya, seorang pemimpin sesebuah kumpulan tidak memerlukan ego yang besar untuk berjaya memimpin dengan baik, sebaliknya beliau memerlukan akal yang berhikmah dan bijaksana bagi mengetuai kumpulan terbabit dengan jayanya.                                       

 

Sebagai kesimpulan bingkisan saya kali ini, sekali lagi ingin saya rakamkan rasa teruja dan bersemangat untuk menganalisis ilmu yang akan diberi oleh pensyarah sepanjang semester ini bagi subjek Kemahiran Membuat Keputusan. Walaupun saya dan rakan-rakan terlepas pembelajaran awal, sesikit kekurangan itu tidak pernah kami letakkan sebagai belenggu yang besar, sebaliknya kami melihat kekurangan tersebut sebagai satu bentuk cabaran yang perlu kami galas dengan penuh dedikasi. Kekurangan bukanlah kelemahan, tetapi kekurangan ialah petanda untuk kita berusaha dengan lebuh gigih bagi mencapai visi yang telah ditetapkan. Kuliah pertama kami berjalan dengan lancar. Semoga ilmu mengenai konsep heuristika dan bias ini dapat kami jadikan pedoman dalam mengahrungi hari-hari mendatang.



A133251 MUHAMAD RIDZUAN BIN UMAR Tajuk 5 MY FIFTH TIME MATALAMAT, KEPERLUAN DAN NILAI

Alhamdulillah, buat kesekian kali nya kita bertemu buat kali ke-5 yang mana ini adalah nukilan saya yang terakhir untuk penulisan blog ini. Sebelum itu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pensyarah saya iaitu En. Zamri yang mana beliau adalah tunjang dalam penulisan blog ini. Tanpa kuliah yang berkualiti daripada beliau nescaya blog ini gagal untuk di siap kan mengikut tarikh yang telah di tetapkan oleh beliau.

Pada penulisan saya yang terakhir ini, saya akan mengupas serba sedikit mengenai satu lagi tajuk yang baru di pelajari iaitu matlamat, keperluan dan nilai. Saya pasti bahawa setiap manusia di dunia ini mempunayai matlamat hidup masing-masing. Saya sebagai seorang pelajar sarjana muda undang-undang tentu mempunyai matlamat untuk menamatkan pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya menjadi seorang peguam yang berdedikasi. Keperluan pula adalah bagi saya sesuatu yang mana setiap manusia di dunia ini memerlukannya. Tanpa keperluan yang secukupnya pasti menyukarkan seseorang itu untuk meneruskan kehidupan. Sebagai contoh makanan. Setiap manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Tanpa makanan yang secukupnya pasti sukar bagi seseorang itu untuk pergi bekerja sebagai contohnya. Dan nilai bagi saya adalah seseuatu yang di pegang oleh seseorang itu. Sebagai contoh apabila kita melihat wanita yang mengandung di dalam kereta api, dengan ada nya nilai yang di pegang untuk menghormati orang lebih memerlukan, sudah tentu akan memberikan wanita mengandung itu duduk bagi meringankan bebannya.

Pada dasarnya, melalui sesi perkuliahan En. Zamri, matlamat adalah keadaan akhir atau satu keputusan yang dikehendaki dari satu perancangan yang proaktif. Matlamat dan objektif adalah dua konsep yang berbeza yang mana matlamat ialah' ke mana tujuan kita' manakala objektif pula adalah 'bagaimana kita hendak ke sana'. Analogi yang telah di berikan En. Zamri ialah manusia telah mensasarkan matlamat yang mana hendak ke bulan dan objektif bagi menjayakan matlamt tersebut ialah dengan membina sebuah kapal angkasa bagi memboleh kan manusia sampai ke bulan. Sama juga seperti contoh yang telah  di berikan oleh saya sebelum ini yang mana matlamat saya adalah untuk menjadi seorang peguam yang berjaya dan berkaliber. Dengan itu objektif bagi melaksanakan matlamat saya adalah dengan belajar bersungguh-sungguh.

Antara pendekatan yang boleh di ambil bagi memastikan tercapainya matlamat adalah dengan memilih objektif yang bertepatan dengan matlamat. Seperti yang sedia maklum bahawa matlamat di gerakkan oleh objektif. Jadi, tanpa objektif yang tepat sudah tentu matlamat akan sukar untuk di capai. Selain itu, kita juga perlu lah menentukan arah tindakan objektif yang bakal di ambil secara implisit. Cara mengendalikan objektif berbilang pula adalah dengan menentukan secara terperinci sejauhmana pembuat keputusan sanggup mengorbankan sesuatu objektif bagi mendapatkan objektif yang lain. Sekali lagi di tekankan di sini bahawa pemilihan objektif yang tepat adalah amat penting. Ianya adalah lebih penting daripada membuat pilihan terbaik daripada beberapa alternatif. Objektif yang salah bermakna masalah yang salah akan diberi perhatian. Kita kena tahu apa yang ingin dicapai. Mengetahui apa yang boleh dibuat adalah sangat berguna untuk menentukan apa yang sepatutnya dibuat kerana ini akan membantu kita dalam mencapai matlamat dengan lebih cepat dan mudah tanpa sebarang masalah.

Sebagai seorang manusia biasa, tentu kita tidak akan terlepas dari sebarang kesilapan. Oleh dengan itu, kesilapan ketika memilih objektif berkemungkinan di sebabkan oleh beberapa faktor dan ini termasuklah apabila objektif kita itu tidak di nyatakan dengan begitu jelas  sehinggakan timbulnya kekaburan mengenai objektif tersebut. Selain daripada itu, dengan terlalu banyak objektif juga boleh menimbulkan kesukaran di mana kadangkala timbulnya objektif yang bertentangan antara satu sama lain yang pasti akan menyukarkan kita. Mungkin juga objektif di capai dalam tempoh berlainan, objektif yang tidak dapat di ukur secara kuntitatif yang mana akan menyukarkan untuk matlamat di capai.

Menurut En. Zamri lagi, bagi menghasilkan satu objektif yang baik, kita perlulah spesifik, berkadar, boleh di capai, relevan, waktu yang terikat dan berinteraksi berpaksikan aksi.

Sekarang kita akan membincangkan mengenai keperluan pula. Maslow berpendapat melaui teori beliau menyatakan bahawa seseorang itu tidak merasa perlu lebih tinggi sehinggalah keperluan pada masa kini telah di penuhi. Antara keperluan yang telah di utamakan Maslow di dalam teorinya ialah seperti keperluan asas manusia seperti makanan, air, udara, pakaian dan sex. Kedua, keselamatan yang mana setiap manusia mahu dirinya dilindungi. Ketiga, kaih dan sayang yang mana memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah seseorang itu. Keempat, anugerah. Sebagai contoh apabila diri kita dihargai dan di hormati orang lain.

Dari perspektif Islam pula, kaedah fekah (qawa'id fiqhiyyah) dalam menentukan keperluan mengikut Yusuf al-Qaradhawi boleh dibahagikan kepada 3 iaitu yang pertama al-dharuriyyat yang membawa maksud perkara yang sangat diperlukan untuk kehidupan. Yang kedua ialah al-hajiyyat yang bermaksud perkara yang mengurangkan kesukaran kehidupan dan yang terakhir ialah al-tahsinat yang bermaksud perkara yang menambah keselesaan hidup seseorang itu. Aturan umum ialah dengan mendahulukan al-dharuriyyat mengikut susunan di atas.

Al-dharuriyyat dapat di bahagikan kpd enam mengikut keutamaan iaitu agama, jiwa atau nyawa, keturunan, akal fikiran, harta  dan kehormatan. Aturan bagi prinsip-prinsip yang lain adalah seperti mendahulukan yang pasti berbanding yang samar-samar, mendahulukan yang besar berbanding yang kecil, mendahulukan masyarakat berbanding individu, mendahulukan yang banyak berbanding yang sedikit, mendahulukan yang berterusan berbanding yang sementara, mendahulukan yang asas berbanding yang ranting dan mendahulukan masa depan berbanding masa kini.

Nilai pula adalah kepercayaan yang berterusan mengenai kaedah dan status tindakan seseorang itu. Nilai itu ditentukan oleh faktor sosial dan budaya termasuklah agama. Apa yang dihargai akan di anggap sebagai sesuatu yang sangat bernilai. Dalam aspek individual, ianya mesti lah sesuatu yang mana individu tersebut menghargainya. Sebagai contoh, apabila satu-satu individu itu menghargai segala usaha kerajaan yang mana telah membantu pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir pulang ke tanah air. Dalam aspek sosial pula, ianya mestilah sesuatu yang mana masyarakat amat menghargainya. Contoh yang dapat saya berikan di sini ialah apabila masyarakat bersama-sama menghargai parajurit-parajurit kita dahulu dengan bersama-sama menyambut hari pahlawan.

Nilai juga pada masa yang sama boleh diprioritikan. Apa yang di maksudkan dengan priority di sini ialah aspek nilai-nilai perlu di titik beratkan dalam proses untuk membuat keputusan. Setiap kelompok masyarakat mempunyai nilai yang berbeza yang mana sebagai contoh membezakan mengikut kasta masyarakat. 

Setelah mengenali ketiga-tiga kategori ini, sebenarnya antara ketiga-tiga aspek ini mempunyai hubungan antara satu sama lain. Dengan gabungan ketiga-tiga elemen  ini, seseorang mampu untuk mendapatkan hasil yang dikehendakinya dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Manusia pada dasarnya mempunyai keinginan yang tinggi terhadap seseuatu perkara itu namun dek kerana terdapatnya batasan yang menghalang keinginan seseorang itu, maka kemampouan menjadi kognitif. Oleh yang demikian, keinginan atau keputsan tertakhluk kepada prioriti.

Kesimpulan yang dapat saya dapat di sini ialah matlamat, keperluan dan nilai dapat membantu seseorang itu dalam membuat keputusan. Namun hakikatnya, matlamat, keperluan dan nilai jarang akan di penuhi sekaligus.

Sekian.


A133251 MUHAMAD RIDZUAN BIN UMAR Tajuk 4 MY FOURTH TIME EMOSI

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia nya saya telah sekali lagi telah di beri peluang untuk menghasilkan sebuah lagi bingkisan yang berkisarkan mengenai emosi mempengaruhi seseorang untuk membuat satu-satu keputusan itu.  Sesi perkuliahan ini telah di buat oleh tidak lain tidak bukan Encik Zamri, seorang pensyarah yang bagi saya seorang yang sangat berdedikasi di dalam setiap sesi perkuliahan beliau.

Pada dasarnya, tujuan saya memilih subjek kemahiran membuat keputusan adalah untuk lebih mahir di dalam membuat satu-satu keputusan itu. Selain itu, ianya bertujuan bagi meminimakan kesilapan saya dalam membuat keputusan. Sering kali di dalam situasi di mana jika saya terpaksa membuat satu keputusan, perkara utama yang sering mempengaruhi saya sudah semestinya emosi. Emosi yang berkecamuk sudah semestinya akan mempengaruhi keputusan yang lebih ke arah negatif berbanding positif.

Apa itu emosi?

Emosi menurut daripada laman ensiklopedia percuma Wikipedia adalah pengalaman kompleks psikofiziological terhadap pemikiran seseorang individu itu. Fikiran ini akan berinteraksi dengan biokimia iaitu di bahagian dalaman seseoarang itu dan persekitaran iaitu pengaruh dari luaran. Pada manusia, emosi yang fundamental adalah melibatkan "ghairah fisiologi, perilaku ekspresif, dan pengalaman sedar". Emosi sering kali dikaitkan dengan perasaan seseorang, tingkah laku normal seseorang, keperibadian, kedudukan serta motivasi. Perkataan emosi itu sendiri berasal daripada perkataan Perancis iaitu émouvoir.

Manakala menurut kepada Kleinginna & Kleinginna, emosi adalah satu set interaksi kompleks yang dipengaruhi oleh faktor yang subjektif dan faktor objektif. Apa yang di maksudkan dengan faktor subjektif adalah emosi yang di pengaruhi oleh kepercayaan seseorang itu berdasarkan kepada perkara yang memang benar-benar berlaku. Sebagai contoh, suatu masa dahulu, rakan saya amat tidak mempercayai kepada benda-benda halus terutamanya hantu. Bagi rakan saya itu hantu adalah sesuatu yang tidak logik dan tidak boleh di terima dek akal fikiran. Namun begitu, segala nya berubah apabila suatu malam itu ketika pulang dari kedai makan dia terserempak dengan satu lembaga yang mana mempunyai ketinggian bersamaan dengan lampu jalan. Sejak daripada peristiwa itu, dia mula mempercayai kepada perkara-perkara halus. Faktor-faktor sebegini sering kali di pengaruhi oleh mediasi sistem hormon saraf dalam tubuh badan manusia.

Emosi sering kali menimbulka pengalaman afekti ataupun kesan yang mendalam seperti perasaan ghairah, kesenangan atau ketidak senangan. Selain daripada itu, ia turut menghasilkan satu proses kognitif yang mana akan memberikan kesan seperti persepsi kesan emosional yang relevan, penilaian dan pelabelan proses. Ia nya akan turut mengaktifkan penyesuaian fisiologi yang luas dan bersesuain dengan keadaan yang berbangkit. Dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan perilaku yang sering akan berlaku kepada seseorang namun ia nya tetapi tidak semestinya, iaitu ekspresif, tujuan yang diarahkan itu, dan adaptif.

Antara contoh yang telah di berikan oleh En. Zamri ketika sesi perkuliahan ialah pada satu malam yang hening, Junainah terdengar satu bunyi yang pelik dari dalam bilik nya. Junainah cuba untuk mendengar dengan teliti bagi mengenal pasti apakah sebenar nya bunyi tersebut namun gagal. Junainah dapat merasakan yang jantung nya semakin berdegup dengan laju dan laju. 'Objek' yang di dapati membuat bunyi misteri itu tidak di sangka-sangka telah melompat masok ke dalam bilik nya itu lalu Junainah menjerit sekuat-kuat hati dengan persaan yang sangat takut sambil. Namun rupa-rupanya 'objek' tersebut rupa-rupanya seekor kucing. Melalui contoh yang telah di berikan oleh En. Zamri, emosi seseorang itu akan cepat berubah apabila menghadapi situasi yang mana jarang dilalui. Ini secara tidak langsung timbulnya perasaan takut, gelisah, gemuruh dan sebagainya.

Apa yang kita dapat di sini adalah emosi pada dasarnya mempunyai empat komponen utama yang terdiri daripada perasaan seseorang itu, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkah laku yang berkaitan.

Sekarang kita akan beralih kepada emosi dan motivasi. Motivasi adalah perasaan dalaman yang mana mengandungi sama ada keperluan atau keinginan yang akan memberikan seseorang itu satu tonik yang membolehkan dia untuk terus mara ke hadapan dan mencapai apa yang telah di hajati. Menurut Baron & Logan, emosi dan motivasi tidak dapat di pisahkan antara satu sama lain. Di ibaratkan seperti lagu dan irama yang sangat sinonim, saling memerlukan dan tidak boleh di pisahkan. Selain dari itu, emosi juga bertindak sebagai motivasi kepada tingkah laku seseorang itu dan motif boleh menjadikan seseorang bertindak emosional. Sebagai contohnya, apabila satu-satu pembunuhan itu bermotifkan untuk mendapatkan dan di tambah pula dengan perasaan  dendam dan benci di anggap sebagai mengikut emosi. Selain itu, apabila seseorang itu di lamun cinta, cinta tersebut akan memotivasikan seseorang kepada tingkah laku orang tersebut seperti sering kali menelefon cinta nya itu, kerap menghantar kiriman ringkas sms dan sanggup memberikan hadiah sebagai tanda sayang.

Namun begitu, tidak semua situasi akan merubah emosi menjadi sebagai satu pendorong. Sebagaia contoh, apabila kita dapat mengawal emosi marah seseorang itu dari melampaui batas, emosi marah itu tidak akan bertindak sebagai pendorong untuk seseorang bertindak membabi buta. Dan tidak semua pendorong itu bertindak mengikut emosi. Antara contoh yang telah di berikan oleh En. Zamri semasa sesi perkuliahan ialah apabila seseorang itu belajar bersungguh-sunguh untuk berjaya dan contoh lain ialah apabila seseorang itu lapar, dia akan makan bagi menghilangkan rasa lapar tersebut.

Emosi dalam membuat satu-satu keputusan itu boleh di bahagikan kepada empat iaitu fungsi kognitif pelabelan, misatribusi, pemindahan eksitasi dan teori lazarus.

Kognitif pelabelan adalah kognisi atau fikiran mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi. Schachter seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang telah memperkenalkan kognitif pelabelan ini. Interpretasi respon fisiologi adalah berdasarkan isyarat situasi dan pengalaman masa lampau seseorang itu.

Misatribusi atau kesilapan dalam menganggap sesuatu di mana seseorang itu sering menganggap emosi ke sesuatu sebab yang salah. Sekali lagi Schachter beranggapan bahawa emosi tertentu dalam suatu pengalaman individu merupakan fungsi dari proses pelabelan. Oleh kerana itu, ia nya boleh jadi misattribute merangsang dari sumber emosional, seperti ketakutan. Dengan itu, misatribusi berkemungkinan penyebab kepada satu-satu keputusan yang telah di buat. Sebagai contoh, seorang wanita yang datang bulan di mana pada waktu ini wanita berada di dalam ketidak seimbangan emosi yang mana akan mengakibatkan wanita itu berada dalam kemarahan atau tertekan. Dan akibatnya, kita yang sering mengatribusi kelakuan kesemua wanita sebagai datang bulan jika marah ataupun tertekan walaupun pada dasarnya tidak. Akibat terhadap misatribusi akan mendorong seseorang itu untuk salah membuat keputusan yang mana berkemungkinan mendorong kepada keganasan.

Bagi pemindahan eksitasi pula adalah keadaan di mana keadaan emosi seseorang terangsang. Sebagai contoh seprti gembira, takut dan sebagai nya. Melalui hipotesis yang telah di buat Dolf Zillman, keghairahan yang datang dari satu sumber itu boleh mempengaruhi melainkan kognisi yang tidak berkaitan. Dan dengan itu, dua kajian telah di lakukan. Yang pertama adalah melintasi jambatan berbahaya yang mana telah di lakukan uji kaji di Capilano Bridge, British Colombia. Yang kedua pula adalah dengan menaiki basikal latihan.

Yang terakhir sekali adalah teori lazarus. Teori ini adalah mengenai penekanan kuat terhadap satu-satu kognisi itu seperti berfikir, belajar, memori dan persepsi terhadap pengalaman emosional. Lazarus telah mengariskan emosi kepada tiga komponen iaitu penilaian kognitif, aksi impuls dan reaksi tubuh.

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah keputusan yang terlalu ikutkan emosi kadangkala boleh mendatangkan musibah kepada pembuat keputusan itu. Oleh yang demikian, kawal emosi kita di dalm apa jua keadaan yang mana jika emosi menguasai minda seseorang, sesuatu yang tidak di ramal boleh berlaku.

Sekian.



Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.

A133251 MUHAMAD RIDZUAN BIN UMAR Tajuk 3 MY THIRD TIME EMOSI PERASAAN DAN TINGKAH LAKU

Sekali lagi kita bertemu di mana pada kali ini di dalam kuliah En. Zamri untuk kelas Kemahiran Membuat Keputusan, saya telah mempelajari lagi satu teknik bagi membolehkan saya untuk membuat satu keputusan yang tepat. Pembelajaran pada kali ini adalah mengenai personaliti dan emosi seseorang dalam membuat keputusan.

Apa itu pesonaliti?

Personaliti adalah satu gabungan unik di antara emosi, perasaan, tingkah laku serta perangai seseorang itu.  Pun begitu, terdapat pelbagai teori yang berbeza dari keperibadian seseorang itu dan langkah pertama yang perlu di ambil adalah memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah keperibadian itu. Dengan kata lain, personaliti adalah mengenai keperibadian seseorang yang terdiri daripada ciri-ciri pola fikiran, perasaan, dan perilaku yang membuat seseorang itu sangat istimewa dan unik. Selain itu, keperibadian timbul dari dalam individu dan tetap cukup konsisten sepanjang hidup.

Keperibadian yang paling penting, bahagian yang paling utama dalam kehidupan psikologi seseorang individu itu. Keperibadian mementingkan apakah seseorang itu berada di dalam keadaan bahagia atau sedih, energik atau apatis, pintar atau membosankan.

Sebagai contoh, sahabat saya mempunyai personaliti yang sangat sangat istimewa di mana dia sentiasa gembira walau apa pun rintangan yang melanda terhadap diri nya. Sebagai contoh, apabila dia berpisah dengan kekasih nya yang sudah berteman selama hampir 2 tahun. Dia beranggapan bahawa perpisahan dia dengan kekasih hatinya itu sebagai satu lumrah kehidupan dan mungkin tiada jodoh di antara mereka berdua. Menurutnya lagi, kehidupan perlu di teruskan dan pandang kehedapan untuk berjaya. Personalitinya itu menjadikan dia sangat unik dan istimewa seperti apa yang dimaksudkan dengan personaliti.

Menurut Mayer mengenai apa personaliti, personaliti adalah satu pola seorang individu itu di dalam proses psikologi yang timbul dari motif, perasaan, fikiran, dan faktor-faktor lain yang berfungsi  dalam proses psikologi. Kepribadian pula adalah sesuatu yang diungkapkan melalui pengaruh pada tubuh, dalam kehidupan mental sedar, dan melalui perilaku social seseorang individu itu.

Pun begitu, personality dapat dibahagikan kepada empat perkara iaitu psikoanalitik, sifat, kemanusiaan dan kognitif sosial. Psikoanalitik adalah mengenai motivasi secara tidak sedar. Sebagai contoh, apabila saya melihat rancangan Bersamamu yang ditayangkan di TV3. Rancangan ini memaparkan mengenai kesusahan seseorang itu menempuh liku-liku kehidupan yang sangat mencabar. Apabila saya melihat rancangan ini di kaca televisyen, secara tidak langsung telah menyedarkan saya untuk lebih menghargai kehidupan saya yang lebih bernasib baik  berbanding mereka yang berada di dalam kesusahan. Dan selepas menyaksikan rancanagan ini, saya telah secara tidak sedar telah bermotivasi. Sifat pula adalah mengenai dimensi keperibadian yang khusus terhadap seseorang itu. Setiap insan di dunia ini mempunyai sifat-sifat peribadi yang berbeza-beza. Mungkin seseorang itu lebih suka bersendirian berbanding bergaul dengan masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa dengan bersendirian menjadikan mereka untuk lebih selesa menjalani kehidupan. Kemanusiaan pula adalah tentang kapasiti dalaman seseorang itu untuk pertumbuhan. Dan yang terakhir pula adalah sosial kognitif yang banyak di pengaruhi oleh persekitaran seseorang itu. Sebagai contoh, jika sekitar kawasan perumahan kita di jaga dengan bersih dan ini secara tidak langsung telah mempengaruhi kita untuk lebih menitik beratkan mengenai kebersihan di sekitar kawasan perumahan kita. Ini adalah sesuatu yang di pengaruhi oleh kawasan persekitaran kita.

Sebenarnya ketika sesi perkuliahan En. Zamri, yang menarik minat saya adalah mengenai teori 'Myers-Brigg Type Indicator' (MBTI). MBTI adalah soalan-soalan psikometri direka untuk mengukur keutamaan psikologi dalam bagaimana orang melihat dunia dan membuat keputusan dalam satu-satu situasi itu. Teori ini telah diperkenalkan oleh Carl Gustav Jung, adalah seorang ahli psikologi dari Switzerland, seorang pemikir berpengaruh dan pengasas kepada penganalisaan psikologi. Carl Gustav Jung sering dianggap sebagai seorang ahli psikologi moden yang pertama yang menyatakan bahawa jiwa manusia adalah "oleh alam agama" dan untuk menjelajahinya secara mendalam. Beliau turut mencadangkan bahawa perilaku manusia tidak rawak dan realitinya, perilaku manusia boleh diramal dan ianya lebih baik untuk dikumpulkan bersama. Tambah beliau lagi, manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk memberikan keutamaan kepada keperibadian tertentu, sama seperti mereka dilahirkan dengan kecenderungan untuk tangan kanan atau kiri. Sebagai contoh, apabila seseorang itu telah menjadikan merokok itu satu tabiat di dalam kehidupan nya, adalah sukar untuk seseorang itu meninggalkan amalan merokok nya itu kerana telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya. Ini adalah salah satu contoh yang dapat saya berikan menurut kepada apa yang telah di nyatakan oleh Carl Gustav Jung.

Pun begitu, pada masa yang sama, Katherine Briggs telah mencipta satu teori klasifikasi keperibadian nya yang tersendiri. Belaiu telah mencari cara dan kaedah bagaimana untuk mengukur teori klasifikasi keperibadiannya itu.

Teori yang dicipta oleh Katherine Briggs mempunyai satu tahap konsistensi yang mana bersamaan dengan teori yang telah di cipta oleh Carl Gustav Jung. Katherine, yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang latihan formal di dalam bidang psikologi dan dengan ini mendapat kepercayaan yang amat beliau  perlukan sehinggkan beliau menjadi seorang mahasiswi yang lengkap sepanjang karya teori yang di cipta Carl Gustav Jung.

Isabel Briggs Myers, anak perempuan kepada Katherine, telah menyertai ibunya dalam membuat kajian mengenai perbezaandi dalam manusia dan kajian ini telah mengambil masa selama 20 tahun lama nya. Dan pada tahun 1942, Isabel Briggs Myers telah memulakan untuk mencipta dan mengembangkan satu siri soalan di mana dengan soalan-soalan tersebut, kita dapat membezakan personality seseorang itu. Inilah yang di namakan sebagai Myers-Briggs Type Indicator. Dan selepas beberapa tahun menjalani kajian dan penyelidikan, di uji keberkesannya, pada tahun 1975, teori Myers-Briggs Type Indicator boleh di guna pakai oleh semua orang dan ini termasuklah kepada golongan-golongan profesional. Golongan-golongan profesional banyak menggunakan teori MBTI ini semasa temuduga pekerjaan bagi membolehkan mereka melihat sesiapa yang berpotensi untuk berkerja di syarikat nya dengan kredibiliti yang tinggi. Ini lebih menjimatkan masa di samping di lihat kepada kebolehan mereka bagi membolehkan pemilihan pekerja lebih cepat dan tepat.

Di dalam membuat keputusan, kita perlulah mempunyai kemahiran jadi dengan itu kita boleh untuk membuat satu-satu keputusan itu dengan tepat. Bayangkan jika kita tidak mempunyai sebarang kemahiran untuk membuat keputusan, sudah tentu keputusan yang kita akan ambil itu menjadi tidak tepat dan mengganggu kita dalam usaha untuk menyelesaikan satu- satu permasalahan itu. Sebagai contoh, jika kita hendak berjaya di dalam peperiksaan, kita perlu membuat satu keputusan bijak di mana kita perlu untuk mengulang kaji pelajaran pada setiap hari, membuat perbincangan secara berkumpulan dan kerap bertanya jika terdapat sebarang permasalahan  kepada mereka yang lebih mahir dalam satu-satu bidang itu.  Jika kita tidak pandai untuk membuat keputusan dengan betul, kita akan memilih untuk tidak mengulang kaji pelajaran dan hanya membuat persiapan pada saat-saat akhir, malas bertanya jika kita tidak tahu dan hasil nya juga sudah pasti negatif. Itulah perbezaan di antara seseorang yang pandai untuk membuat keputusan dengan seseorang yang tidak pandai membuat keputusan.

Apabila seseorang itu membuat satu-satu keputusan itu dengan berfikir terlebih dahulu, pertama sekali yang akan di lakukan adalah melihat kepada kecekapan terlebih dahulu. Kemudian, dia akan menyokong pengambilan satu-satu keputusan itu dengan menyokong proses untuk membuat keputusan itu. Pun begitu, ianya menjadi sukar apabila diperlukan untuk kekal di atas landasan yang betul.

Manakala bagi yang membuat keputusan mengikut perasaan pula akan mencari kerjasama terlebih dahulu. Pembuat keputusan akan menyokong proses membuat keputusan dengan menyokong pembuat keputusan itu dan manjadi mudah apabila diperlukan untuk kekal di landasan yang betul.

Kesimpulannya yang dapat saya buat adalah personaliti seseorang itu berbeza-beza dan sukar untuk di ramal.

Sekian.

 


A133251 MUHAMAD RIDZUAN BIN UMAR Tajuk 2 MY SECOND TIME PERSEPSI, INGATAN DAN PEMERHATIAN

Satu lagi hari yang indah. Saya amat bersyukur untuk masih di berikan kesempatan Allah SWT untuk meneruskan hidup di dalam dunia yang fana ini. Seperti biasa, hari Rabu adalah hari di man kita akan berjumpa dengan En. Zamri bagi meneruskan kuliah Kemahiran Membuat Keputusan.

Pada sesi perkuliahan kali ini, kami akan belajar mengenai persepsi, ingatan dan perhatian di dalam proses membuat keputusan.

Objektif bagi sesi kuliah kali ini adalah memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan, memahami peranan 'cognitive tool'(persepsi, ingatan & perhatian) dalam proses membuat keputusan serta memahami interaksi ketiga-tiga aktiviti kognitif tersebut dalam proses membuat keputusan.

 

Bagi menjalani proses membuat keputusan, seseorang itu perlu mempunyai peralatan yang khusus bagi membolehkan satu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Dengan adanya peralatan tersebut membolehkan seseorang itu untuk melihat, memikirkan serta mentafsir dan akhirnya dapat menyelesaikan permasalahan tersebutdenagn membuat satu keputusan yang bijak dan tepat. Menurut kepada apa yang telah di katakan En. Zamri ketika sesi kuliah, beliau ada menyatakan bahawa apabila kita menggunakan peralatan yang betul sebagai contohnya jika kita hendak bercucuk tanam, kita perlu menggunakan peralatan yang bersesuaian untuk bercucuk tanam sebagai contoh nya cangkul, penyodok dan sebagai nya. Dengan ini proses bercucuk tanam tersebut dapat di lakukan dengan lebih cepat apabila menngunakan alatan yang betul dan tepat dan sebalinya pula akan berlaku apabila kita tidak menggunakan peralatan yang tepat dan bersesuaian.  

 

Dan sebernarnya alat-alat kognitif ini dapat di bahagikan kepada tiga iaitu persepsi, memori dan perhatian.

 

Kemudian En. Zamri telah menunjukan beberapa gambar bagi menguji kebolehan kami dalam menilai sesuatu gambar dan sama ada terdapat sebarang cacat cela di dalam gambar-gambar tersebut. Menurut En. Zamri, apabila kita dapat mengenalpasti keganjilan yang wujud di setiap gambar tersebut, kami mempunyai otak yang normal.

 

Dalam membuat satu-satu keputusan itu, seseorang itu perlulah mempunyai keupayaan untuk mengenalpasti keserupaan dan kelainan seperti gambar- gambar yang ditunjukkan sebelum ini. Selain daripada itu, seseorang itu juga perlu mempunyai keupayaan untuk membezakan sebab-sebab berlakunya simptom permasalahan tersebut. Dengan kata lain, seseorang itu dapat mengenalpasti kenapa atau punca berlakunya permasalahan tersebut. Selain daripada itu, seseorang itu juga perlu berupaya untuk memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Dengan ini, seseorang itu akan mampu untuk lebih fokus bagi mencari jalan penyelesaian apabila masalah-masalah ini depecahkan kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Dan yang terakhir sekali adalah seseorang itu mampu untuk mengenalpasti masalah mengikut prioriti. Permasalahan yang perlu utama dan penting perlu di dahulukan bagi memudahkan proses untuk membuat keputusan itu.

 

Mari kita sama-sama masuk kepada tiga alat kognitif seperti apa yang telah saya nyatakan sebelum ini. Yang pertama  adalah persepsi. Menurut Stephen Pepper, seorang ahli falsafah terkemuka di Amerika Syarikat menyatakan bahawa persepsi adalah satu kaedah yang  bertindak sebagai aktiviti yang sedar menyambung individu melalui data yang diterima akal terhadap persekitaran. Pun begitu, setiap seorang daripada kita mempunyai persepsi yang masing-masing di mana ianya  kadang-kadang sangat berbeza kerana kita semua mempunyai keyakinan yang unik, pengalaman dan sistem berfikir. Oleh sebab itu kadang-kadang lelaki selalunya mempunyai persepsi mereka yang tersendiri terhadap seoarang wanita itu. Mungkin ada yang berpendapat bahawa wanita itu cantik namun mungkin ada mereka yang berpendapat bahawa wanita tersebut tidaklah secantik mana. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

 

Namun, persepsi selalunya di pengaruhi beberapa faktor dan ini termasuklah faktor situasi, faktor pengesan dan faktor target.  Faktor yang tergolong di bawah pengesan termasuklah tingkah laku seseorang itu, pengalaman, keinginan dan harapan. Bagi faktor situasi pula adalah masa, tatacara kerja dan tatacara social. Dan yang terakhir adalah faktor target iaitu termasuklah latarbelakang, bunyi, saiz dan juga persamaan.

 

Namun begitu, terdapat batasan apabila kita membuat satu-satu persepsi itu. Ini termasuklah apabila pandangan yakni yang menjadi sebahagian daripada persepsi boleh mengalami ilusi. Ini sering berlaku apabila keadaan badan kita berada dalam keadaan di mana tidak sihat yakni sedikit sebanyak mengganggu persepsi kita terhadap sesuatu perkara itu. Sebagai contoh nya, apabila kita memandu kereta di dalam keadaan letih akan mempengaruhi pemanduan kita dan akan mendorong berlakunya kemalangan. Badan yang letih akan mengganggu persepsi kita terhadap sesuatu. Salain daripada itu, ruang lingkup persepsi seseorang itu terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir seseorang itu. Sebagai contohnya, ruang lingkup persepsi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah berbeza dan sudah pasti keupayaan ruang ligkup kanak-kanak tidak standing dengan orang dewasa. Jadi dengan ini kanak-kanak perlukan bimbingan orang dewasa yang mempunyai persepsi lebih besar dari seorang kanak-kanak. Dan yang terakhir sekali adalah pentafsiran apa yang di persepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang sedia ada dalam diri seseorang itu.

 

Dalam membuat satu-satu keputusan itu persepsi digunkan dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Dengan ini kita akan lebih yakin dengan apa yang kita lihat itu. Ianya dilakukan dengan ada tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam proses membuat satu-satu keputusan, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul, dan ini akan membantu pembuatan keputusan yang tepat. Sebagai contohnya apabila kita melihat seseorang itu berpakaian segak dengan kot nya, sudah tentu kita membuat persepsi bahawa orang yang kita lihat seorang yang berkerjaya melalui faktor luaran yang kita lihat. Pun begitu, persepsi kit atidak semestinya tepat di mana tidak semua yang berpakaian segak berkot itu mempunyai kerjaya yang sangat besar. Kadang-kadang  orang tersebut hanya sekadar kerja biasa sahaja namun berpakaian segak seperti itu. Di dalam membuat satu persepsi yang tepat, kita perlulah menilai sesuatu sama ada ianya objek atau manusia tidak kiralah dari faktor apa pun bagi membolehkan persepsi yang kiat buat adalah tepat.

 

Alat kognitif yang seterusnya adalah ingatan. Tedapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Schemata yang membawa  maksud tidak hanya membimbing persepsi dan pemilihan maklumat yang masuk, tetapi juga mempengaruhi organisasi maklumat tersebut di dalam memori, dan secara langsung bagaimana maklumat ini akan akhirnya digunakan. Peranan utama schemata di dalam peralatan kognitif adalah untuk membantu pengenalpastian masalah seseorang itu  yang hampir sama dan justeru itu, mudah diselesaikan.

Pun begitu, ingatan seseorang itu mempunyai batasnya. Sebagai contoh, cuba kita ingat kembali apa yang telah dilakukan semalam pada jam 11.30 pagi, cuba ingat kembali saiz pinggang kita pada zaman persekolahan sdahulu. Tentu sukar untuk kita mengimnbas semula apa yang telah berlaku sebelum ini.

Antara fungsi-fungsi utama ingatan dalam peralatan kognitif adalah untuk membamtu seseorang itu untuk memperoleh ingatan nya semula, mengaitkan keadaan yang pernah berlaku sebelum ini dengan keadaan sekarang. Dengan ini dapat mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama kelak. Dan fugsi yang terakhir adalah membantu proses pengecaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu di dalam penglaman yang berkaitan.

Peralatan kognitif yang terakhir adalah perhatian. Menurut Daniel Kahneman, seorang ahli  psikologi Israel-Amerika dan pemenang Nobel, terkenal kerana karyanya dalam psikologi penghakiman dan membuat keputusan, perilaku ekonomi dan psikologi hedonis menyatakan bahawa perhatian adalah peruntukan kapasiti memproses maklumat untuk aktiviti mental.

Fungsi utama perhatian adalah sebagai agen selektif dan juga sebagai agen pengurusan tugas

Sebagai kesimpulan, dapat dilihat bahawa ketiga-tiga peralatan kognitif ini mempunyai perhubungan antara  satu sama lain. Persepsi menyebabkan ingatan dirangsang. Ingatan yang dirangsang pula akan menumpukan perhatian kepada masalah dan ini akan memulakan proses analisis membuat keputusan. Persepsi, ingatan dan perhatian saling berhubungan tetapi terbatas. Jika perhatian, persepsi dan ingatan terbatas dan dipengaruhi oleh prioriti, maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan pun perlu dilakukan mengikut prioriti.

Sekian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


A133251 MUHAMAD RIDZUAN BIN UMAR Tajuk 1 MY FIRST TIME HEURISTIKA

Setiap insan di muka bumi ini pernah mengalami situasi dimana seseorang itu perlu untuk membuat keputusan dalam hidup. Ini tidak kiralah sama ada keputusan yang perlu diambil memberikan impak yang mendalam kepada seseorang itu. Itulah yang dinamakan sebagai Heuristika.

Konsep heuristika ini telah dipelopori oleh Herbert Simon. Beliau adalah seorang ahli politik saintis terkemuka di Amerika Syarikat, ahli ekonomi, sosiologi, psikologi, dan profesor-terutama di Carnegie Mellon University-yang penelitiannya berkisar di bidang psikologi kognitif, ilmu kognitif, ilmu komputer, pentadbiran awam, ekonomi, pengurusan, falsafah ilmu, sosiologi, dan politik ilmu pengetahuan. Konsep heuristika yang telah diperkenalkan oleh Herbert Simon ini adalah kajian mengenai bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan dimana seseorang itu kekurangan maklumat bagi membolehkan untuk membuat keputusan. Kajian ini banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Tversky dan Kahneman telah mencadangkan melalui kajian yang telah dilakukan mereka, biasanya pembuat keputusan menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa itu dengan menggunakan konsep heuristika. Dengan kata lain, heuristika adalah satu teknik atau peraturan yang diguna pakai oleh seseorang itu bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Ianya adalah satu pedoman –pedoman am  atau satu langkah di mana berkemungkinan akan menghasilkan satu penyelesaian masalah yang tepat dan betul. Oleh yang demikian, konsep heuristika ini amat memainkan peranan yang penting di dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Menurut daripada apa yang telah saya pelajari ketika kelas bersama En. Zamri, heuristika dapat dibahagikan kepada empat iaitu heuristika jalan jawapan, heuristika analogi, heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Mari kita mulakan dengan heuristika jalan jawapan. Heuristika jalan jawapan adalah satu kaedah di mana seseorang itu telah memikirkan jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi satu-satu permasalahan itu mengikut apa yang di ingininya dan selepas itu barulah mencari cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Dengan mengunakan kaedah heuristika jalan jawapan ini, seseorang itu mampu untuk menyelesaikan mana-mana permsalahan yang timbul mengikut acuan kita tersendiri. Saya ambil contoh melalui pengalaman saya sendiri di mana  ketika zaman persekolahan, saya amat berminat untuk mendapatkan sebuah motosikal 125Z dimana ianya motor idaman setiap remaja. Bagi membolehkan saya untuk memiliki motosikal idaman saya itu, saya telah mengambil keputusan untuk bekerja sambilan bagi memperoleh wang yang cukup bagi memiliki motosikal tersebut. Hasil usaha gigih saya selama beberapa bulan bekerja sambilan di samping dengan sedikit wang simpanan yang saya miliki, saya mampu untuk memiliki motor idaman saya itu. Ini adalah satu kaedah heuristika jalan jawapan yang telah saya gunakan satu ketika dahulu tanpa saya sedari sebenarnya. Selain itu, saya juga pernah satu ketika dahulu mengidamkan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian  Menengah Rendah (PMR) di mana mendapatkan keputusan 8A. Bagi membolehkan ianya menjadi realiti, saya telah berusaha bersungguh-sungguh disamping dengan bantuan rakan-rakan serta dorongan ibu bapa saya, saya telah berjaya mendapatkan keputusan 8A di dalam peperiksaan tersebut. Ini juga adalah kaedah heuristika jalan jawapan yang saya telah terapkan bagi menyelesaikan satu-satu permasalahan itu.

Seterusnya kita beralih pula kepada kaedah heuristika analogi. Heuristika analogi adalah satu kaedah di mana seseorang itu cuba untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Apa yang saya faham melalui kaedah heuristika analogi ini adalah kita cuba menyelesaikan dengan menggunakan satu permasalahan lain untuk selesaikan masalah baru. Menurut contoh yang di berikan oleh En. Zamri ketika sesi kuliah adalah apabila seseorang itu cuba untuk memandu kereta buatan Eropah berdasarkan pengalamannya memandu kereta buatan Malaysia. Di sini kita dapat lihat penggunaan kaedah heuristika analogi. Namun begitu, berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui, pada masa dahulu saya telah bersekolah di sekolah asrama dan ianya banyak mengajar saya untuk berdikari di samping belajar mengenai erti hidup saya. Dan apabila saya telah terpilih untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan berdasarkan pengalaman saya yang pernah bersekolah di sekolah asrama ianya banyak membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri ketika berada di kem latihan. Saya lebih mudah untuk bergaul dengan rakan-rakan baru saya di kem latihan tersebut. Dan saya yakin bahawa jika saya tidak mempunyai pengalaman bersekolah di sekolah asrama, saya tidak mampu untuk cepat menyesuaikan diri ketika di kem latihan. Ini adalah satu kaedah heuristika analogi yang telah saya gunakan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di dalam kehidupan saya.

Seterusnya mari kita beralih kepada kaedah seterusnya iaitu heuristika representatif. Kaedah heuristika representatif ini adalah di mana seseorang itu menggunakan sesuatu peristiwa itu dengan prototaipnya, dan jika terdapat banyak persamaan antara kedua- duanya, kita akan percaya bahawa ianya lebih munasabah dan lebih mudah untuk diterima pakai. Dengan kata lain, satu melambangkan semua. Saya berpendapat bahawa kaedah ini lebih banyak di gunakan semasa urusan jual beli di mana melibatkan keputusan pembeli terhadap barang yang hendak di beli itu. Sebagai contoh nya berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui adalh di mana ketika hendak membeli pen di kedai, saya akan terlebih dahulu mencuba sebatang pen tersebut bagi memastikan pen tersebut berada dalam keadaan yang baik untuk di gunakan semasa menulis. Apabila saya mendapati pen tersebut berada dalam keadaan baik dan selesa untuk di gunakan ketika menulis, saya akan mengambil beberapa batang pen yang sama dan berpendapat bahawa pen-pen yang lain itu turut berada dalam kualiti yang sama dengan pen yang saya cuba sebelum ini. Melalui permasalahan yang timbul, dapat dilihat bahawa saya telah mengunakan kaedah heuristika representatif bagi menyelesaikan permasalahan saya itu. Ada juga contoh lain yang telah diberikan oleh En. Zamri ketika kuliah sedang dijalankan dimana beliau ada menyatakan apabila ketika hendak membeli buah manggis, bagaimana kita hendak mengetahui satu bakul buah manggis itu berada dalam keadaan yang baik. Jadi buah manggis pertama yang di cuba menjadi penanda aras sama ada buah manggis tersebut berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Dengan ini, kita telah menggunakan kaedah heuristika representatif bagi membolehkan untuk membeli buah manggis tersebut.

Akhir sekali kita beralih pula kepada kaedah heuristika yang terakhir  iaitu heuristika ketercapaian. Heuristika ketercapaian adalah satu kaedah di mana seseorang itu akan menyelesaikan masalah yang timbul berdasarkan peristiwa-peristiwa yang masih segar di dalam ingatan. Ianya selalu di kaitkan dengan ingatan jangka panjang. Dengan kata lain, kita akan selesaikan masalah berdasarkan pengalaman yang masih melekat di ingatan. Berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui, suatu ketika dahulu saya pernah terlibat dengan satu kemalangan motosikal di mana akibat dari kemalangan tersebut saya telah menerima beberapa jahitan di lutut kiri saya serta di bawah dagu. Akibat daripada kemalangan tersebut telah mengajar saya untuk lebih berhati-hati ketika menunggang motosikal agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Ini adalah satu kaedah heuristika ketercapaian yang telah saya gunakan di dalam kehidupan saya.

Namun begitu akibat daripada heuristika yang kita gunakan akan menimbulkan bias. Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan di pengaruhi perspektif tertentu. Akibat daripada kecenderungan ini telah menggaggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak objektif. Dan heuristika yang kelak kali akan menimbulkan bias adalah heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Namun sebenarnya lebih berminat untuk membincangkan mengenai 'groupthink'. Irving Janis mencadangkan bahawa kumpulan-kumpulan kerja kohesif sangat kadang-kadang biasa dalam bahaya dan mengambil pandangan terdistorsi situasi yang menghadapi mereka.

Keputusan satu-satu kumpulan itu mungkin condong ke arah mencari konsensus daripada menjelajah program lain tindakan untuk masalah mereka. Perbezaan pendapat dan analisis yang tidak dilakukan, kerana itu, tentu saja boleh dipilih yang mengandungi bahaya.

Bagaimana kita menghindari hal ini?

Suara kritikan, keraguan, keberatan, mendorong debat terbuka, telah menganjurkan syaitan, pertemuan terakhir-kesempatan, dan mungkin yang paling penting seorang pengurus harus mampu menerima kritikan.

Apa yang dapat saya katakana adalah tiada manusia yang sempurna dan kadang kala kita mungkin tersalah di dalam membuat keputusan. jadi belajarlah daripada kesilapan yang telah kita lalui itu dan cuba untuk tidak mengulangi nya lagi.

Sekian.


A133251 MUHAMAD RIDZUAN BIN UMAR Tajuk 1 MY FIRST TIME HEURISTIKA

Setiap insan di muka bumi ini pernah mengalami situasi dimana seseorang itu perlu untuk membuat keputusan dalam hidup. Ini tidak kiralah sama ada keputusan yang perlu diambil memberikan impak yang mendalam kepada seseorang itu. Itulah yang dinamakan sebagai Heuristika.

Konsep heuristika ini telah dipelopori oleh Herbert Simon. Beliau adalah seorang ahli politik saintis terkemuka di Amerika Syarikat, ahli ekonomi, sosiologi, psikologi, dan profesor-terutama di Carnegie Mellon University-yang penelitiannya berkisar di bidang psikologi kognitif, ilmu kognitif, ilmu komputer, pentadbiran awam, ekonomi, pengurusan, falsafah ilmu, sosiologi, dan politik ilmu pengetahuan. Konsep heuristika yang telah diperkenalkan oleh Herbert Simon ini adalah kajian mengenai bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan dimana seseorang itu kekurangan maklumat bagi membolehkan untuk membuat keputusan. Kajian ini banyak dilakukan oleh Tversky dan Kahneman. Tversky dan Kahneman telah mencadangkan melalui kajian yang telah dilakukan mereka, biasanya pembuat keputusan menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa itu dengan menggunakan konsep heuristika. Dengan kata lain, heuristika adalah satu teknik atau peraturan yang diguna pakai oleh seseorang itu bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul. Ianya adalah satu pedoman –pedoman am  atau satu langkah di mana berkemungkinan akan menghasilkan satu penyelesaian masalah yang tepat dan betul. Oleh yang demikian, konsep heuristika ini amat memainkan peranan yang penting di dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Menurut daripada apa yang telah saya pelajari ketika kelas bersama En. Zamri, heuristika dapat dibahagikan kepada empat iaitu heuristika jalan jawapan, heuristika analogi, heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Mari kita mulakan dengan heuristika jalan jawapan. Heuristika jalan jawapan adalah satu kaedah di mana seseorang itu telah memikirkan jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi satu-satu permasalahan itu mengikut apa yang di ingininya dan selepas itu barulah mencari cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Dengan mengunakan kaedah heuristika jalan jawapan ini, seseorang itu mampu untuk menyelesaikan mana-mana permsalahan yang timbul mengikut acuan kita tersendiri. Saya ambil contoh melalui pengalaman saya sendiri di mana  ketika zaman persekolahan, saya amat berminat untuk mendapatkan sebuah motosikal 125Z dimana ianya motor idaman setiap remaja. Bagi membolehkan saya untuk memiliki motosikal idaman saya itu, saya telah mengambil keputusan untuk bekerja sambilan bagi memperoleh wang yang cukup bagi memiliki motosikal tersebut. Hasil usaha gigih saya selama beberapa bulan bekerja sambilan di samping dengan sedikit wang simpanan yang saya miliki, saya mampu untuk memiliki motor idaman saya itu. Ini adalah satu kaedah heuristika jalan jawapan yang telah saya gunakan satu ketika dahulu tanpa saya sedari sebenarnya. Selain itu, saya juga pernah satu ketika dahulu mengidamkan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian  Menengah Rendah (PMR) di mana mendapatkan keputusan 8A. Bagi membolehkan ianya menjadi realiti, saya telah berusaha bersungguh-sungguh disamping dengan bantuan rakan-rakan serta dorongan ibu bapa saya, saya telah berjaya mendapatkan keputusan 8A di dalam peperiksaan tersebut. Ini juga adalah kaedah heuristika jalan jawapan yang saya telah terapkan bagi menyelesaikan satu-satu permasalahan itu.

Seterusnya kita beralih pula kepada kaedah heuristika analogi. Heuristika analogi adalah satu kaedah di mana seseorang itu cuba untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Apa yang saya faham melalui kaedah heuristika analogi ini adalah kita cuba menyelesaikan dengan menggunakan satu permasalahan lain untuk selesaikan masalah baru. Menurut contoh yang di berikan oleh En. Zamri ketika sesi kuliah adalah apabila seseorang itu cuba untuk memandu kereta buatan Eropah berdasarkan pengalamannya memandu kereta buatan Malaysia. Di sini kita dapat lihat penggunaan kaedah heuristika analogi. Namun begitu, berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui, pada masa dahulu saya telah bersekolah di sekolah asrama dan ianya banyak mengajar saya untuk berdikari di samping belajar mengenai erti hidup saya. Dan apabila saya telah terpilih untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan berdasarkan pengalaman saya yang pernah bersekolah di sekolah asrama ianya banyak membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri ketika berada di kem latihan. Saya lebih mudah untuk bergaul dengan rakan-rakan baru saya di kem latihan tersebut. Dan saya yakin bahawa jika saya tidak mempunyai pengalaman bersekolah di sekolah asrama, saya tidak mampu untuk cepat menyesuaikan diri ketika di kem latihan. Ini adalah satu kaedah heuristika analogi yang telah saya gunakan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di dalam kehidupan saya.

Seterusnya mari kita beralih kepada kaedah seterusnya iaitu heuristika representatif. Kaedah heuristika representatif ini adalah di mana seseorang itu menggunakan sesuatu peristiwa itu dengan prototaipnya, dan jika terdapat banyak persamaan antara kedua- duanya, kita akan percaya bahawa ianya lebih munasabah dan lebih mudah untuk diterima pakai. Dengan kata lain, satu melambangkan semua. Saya berpendapat bahawa kaedah ini lebih banyak di gunakan semasa urusan jual beli di mana melibatkan keputusan pembeli terhadap barang yang hendak di beli itu. Sebagai contoh nya berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui adalh di mana ketika hendak membeli pen di kedai, saya akan terlebih dahulu mencuba sebatang pen tersebut bagi memastikan pen tersebut berada dalam keadaan yang baik untuk di gunakan semasa menulis. Apabila saya mendapati pen tersebut berada dalam keadaan baik dan selesa untuk di gunakan ketika menulis, saya akan mengambil beberapa batang pen yang sama dan berpendapat bahawa pen-pen yang lain itu turut berada dalam kualiti yang sama dengan pen yang saya cuba sebelum ini. Melalui permasalahan yang timbul, dapat dilihat bahawa saya telah mengunakan kaedah heuristika representatif bagi menyelesaikan permasalahan saya itu. Ada juga contoh lain yang telah diberikan oleh En. Zamri ketika kuliah sedang dijalankan dimana beliau ada menyatakan apabila ketika hendak membeli buah manggis, bagaimana kita hendak mengetahui satu bakul buah manggis itu berada dalam keadaan yang baik. Jadi buah manggis pertama yang di cuba menjadi penanda aras sama ada buah manggis tersebut berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Dengan ini, kita telah menggunakan kaedah heuristika representatif bagi membolehkan untuk membeli buah manggis tersebut.

Akhir sekali kita beralih pula kepada kaedah heuristika yang terakhir  iaitu heuristika ketercapaian. Heuristika ketercapaian adalah satu kaedah di mana seseorang itu akan menyelesaikan masalah yang timbul berdasarkan peristiwa-peristiwa yang masih segar di dalam ingatan. Ianya selalu di kaitkan dengan ingatan jangka panjang. Dengan kata lain, kita akan selesaikan masalah berdasarkan pengalaman yang masih melekat di ingatan. Berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui, suatu ketika dahulu saya pernah terlibat dengan satu kemalangan motosikal di mana akibat dari kemalangan tersebut saya telah menerima beberapa jahitan di lutut kiri saya serta di bawah dagu. Akibat daripada kemalangan tersebut telah mengajar saya untuk lebih berhati-hati ketika menunggang motosikal agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Ini adalah satu kaedah heuristika ketercapaian yang telah saya gunakan di dalam kehidupan saya.

Namun begitu akibat daripada heuristika yang kita gunakan akan menimbulkan bias. Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan di pengaruhi perspektif tertentu. Akibat daripada kecenderungan ini telah menggaggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak objektif. Dan heuristika yang kelak kali akan menimbulkan bias adalah heuristika representatif dan heuristika ketercapaian.

Namun sebenarnya lebih berminat untuk membincangkan mengenai 'groupthink'. Irving Janis mencadangkan bahawa kumpulan-kumpulan kerja kohesif sangat kadang-kadang biasa dalam bahaya dan mengambil pandangan terdistorsi situasi yang menghadapi mereka.

Keputusan satu-satu kumpulan itu mungkin condong ke arah mencari konsensus daripada menjelajah program lain tindakan untuk masalah mereka. Perbezaan pendapat dan analisis yang tidak dilakukan, kerana itu, tentu saja boleh dipilih yang mengandungi bahaya.

Bagaimana kita menghindari hal ini?

Suara kritikan, keraguan, keberatan, mendorong debat terbuka, telah menganjurkan syaitan, pertemuan terakhir-kesempatan, dan mungkin yang paling penting seorang pengurus harus mampu menerima kritikan.

Apa yang dapat saya katakana adalah tiada manusia yang sempurna dan kadang kala kita mungkin tersalah di dalam membuat keputusan. jadi belajarlah daripada kesilapan yang telah kita lalui itu dan cuba untuk tidak mengulangi nya lagi.

Sekian.