Sunday, January 9, 2011

A134046 MOHD ROHASLAM (TAJUK 3)

            

            

NAMA : MOHD ROHASLAM BIN ABDUL HAMID

NO.MATRIK : A134046

TAJUK : LEARNING JOURNAL 3

 

            Kembali lagi ke kuliah yang ketiga ini bersama Dr.Ahmad Zamri Mansor. Di sini aku bersyukur kerana dipanjatkan usiaku untuk menimba ilmu yang tidak pernah ku dapat pelajari sebelum ini. Oleh itu, tajuk yang akan dibincangkan hari ini ialah Heuristika dan Bias. Mungkin ramai dikalangan masyarakat kita hari ini tidak tahu apa itu heuristika dan bias. Dengan ape yang diterangkan oleh pensyarahku, heuristika diperkenalkan oleh Herbert Simon iaitu dimana kajian bagaimana untuk membuat keputusan dalam keadaan yang serba kekurangan maklumat.  Heuristika juga ialah panduan-panduan umum atau am yang strategi berkemungkinan menghasilkan jawapan yang betul. Teknik dan peraturan digunakan oleh individu seperti " Apakah keberangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku?". Heuristika juga ada peranan dalam proses selesaikan masalah dan untuk membuat keputusan.

            Oleh yang demikian, beliau menerangkan bahawa terdapat 4 jenis heuristika iaitu heuristika jalan-jawapan, heuristika analogi atau perbandingan, heuristika representif atau perwakilan, dan heuristika ketercapaian. Aku cuba memahami apa yang disampaikan. Heuristika jalan-jawapan ialah kaedah dimana seseorang mahu mencapai sesuatu perkara yang diingini dan baru lah berfikir untuk mencari jalan penyelesaian yang hendak pilih. Contoh situasi yang boleh kita faham lagi ialah seorang pelajar mahu mendaftar kelas Bahasa Inggeris di UKM secara online, tetapi malangnya kelas yang hendak didaftar telah penuh. Walaubagaimanapun individu ini tetap untuk mahu memasuki kelas Bahasa Inggeris itu. Oleh itu, individu itu telah mancari jalan dan telah mendaftarkan kelas Bahasa Inggeris melalui manual. Situasi lain dimana orang mahu kaya telah mengambil keputusan untuk menyertai skim cepat kaya. Individu akan guna sahaja apa jalan penyelesaian untuk menjadi kaya. Heuristika analogy atau perbandingan ialah sesuatu masalah yang telah kita hadapi dahulu telah berulang semula tetapi situasinya sahaja yang berlainan. Oleh itu, dengan pengalaman yang kita ada, kita dapat mencari jalan penyelesaian yang baru. Contoh masalah yang serupa ialah seseorang telah mahir membawa kereta di Malaysia akan berasa kelainan bila membawa kereta di Australia. Contoh tidak serupa seperti membeli tiket wayang tidak sama untuk membeli tiket kapal terbang. Heuristika representif atau perwakilan ialah menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya dan jida daapt banyak kesamaan, kita akan percaya ianya lebih munasabah. Dr.ahmad menerangkan lagi agar labih faham ialah jika kita mahu beli sesuatu barang, kalau tidak periksa dahulu tidak boleh. Oleh itu perlulah periksa sebelum membeli barang. Contoh situasi yang diajukan ialah seorang peniaga baru telah menjual air cendol. Peniaga itu mahu cendol itu laris atau sedap, dia akan melihat pelanggan yang minum dalam 3-5 orang. Jika cendol itu habis diminum, ini bermakna keberangkalian kesedapan cendol itu tinggi. Yang terakhir ialah heuristika ketercapaian iaitu sesuatu peristiwa yang berlaku sangat kuat diingat dalam jiwa kita. Penyelesaian masalah berdasarkan kepada apa yang mudah diingati semula dalam ingatan mereka. Contoh situasi yang dapat menerangkan heuristika ini ialah disatu tempat ada seorang muslim minum arak telah dihukum sebat. Katakana ada seorang individu lain hendak meminum arak tidak akan meminumnya apabila teringat kisah seorang muslim telah dijatuhi hukuman sebat. Inilah dikatakan ingatan yang kuat.

            Seterusnya, apa yang telah dibincangkan oleh Dr.Ahmad ialah Bias. Bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang. Apa yang saya faham ialah bias ini berat sebelah dan tidak adil misalnya seorang hakim mengadili sesuatu perbicaraan yang tidak adil. Ia membawa kesilapan yang bersistematik yang terbit oleh heuristika representif dan heuristika ketercapaian untuk merujuk kepada pengalaman membuat keputusan.

            Terdapat beberapa jenis bias yang telah diterangkan oleh Dr.Ahmad kepada saya dan rakan-rakan dan memahami lebih mendalam tentang bias. Antara bias yang ada ialah bias terlalu yakin, bias tersangkut, bias kesahan, bias maklumat sedia ada, bias representif dan bias peningkatan komitmen. Bias terlalu yakin ialah yakin dengan keupayaan diri dalam membuat keputusan tanpa meneliti masalah yang dihadapi. Bias tersangkut pula iaitu guna maklumat awal atau pertama yang diterima sebagai asas untuk membuat keputusan. Bias kesahan menggunakan fakta-fakta terpilih untuk menyokong keputusan sendiri. Contohnya, seseorang individu mahu kahwin, ibunya sudah membawa calon yang member fakta yang baik sahaja dan yang buruk tidak diberitahu. Sama juga anak akan membawa calon isteri sendiri dan memberitahu perkara yang sebenar. Kemungkinan ada risiko setiap apa keputusan, tetapi sudah sedia untuk menghadapi. Seterusnya bias maklumat sedia ada iaitu guna maklumat sedia ada ditangan yang baru dan masih segar dalam diri kita. Bias representif dapat diterangkan iaitu membandingkan 2 perkara yang tidak sesuai dibandingkan. Misalnya mahu buat filem tentang masyarakat eropah, tetapi representif melayu. Selain itu, bias peningkatan komitmen iaitu komitmen makin bertambah walaupun terdapat maklumat negative. Contoh situasi pasangan yang bercinta sudah banyak berkorban. Walaupun ada perkara negative, tetap akan berkahwin.

            Tambahan lagi, Dr.Ahmad telah menerangkan tentang Groupthink iaitu contoh-contoh. Idea ini dibawa oleh Janis. Apabila mencapai kesepakatan, tidak berfikir lagi tentang perkara negatif, dapat mengutarakan idea, dan setia kepada ahli serta kesepakatan. Definisi yang lengkap ialah pemikiran seseorang bila kecenderungan mencapai persetujuan menjadi keutamaan sehingga mengenepikan penilaian realistic terhadap alternative penyelesaian yang lain iaitu sebulat suara. Aku diterangkan lagi tentang groupthink jangan abaikan perkara yang kritikal. Itu paling penting. Contoh yang diberikan oleh Dr.Ahmad agar aku dan rakan-rakan faham tentang groupthink ini ialah kisah 'Pearl Harbor'. Kisah peperangan dimana Jepun dapat menyerang Amerika Syarikat walaupun Amerika Syarikat sebuah kuasa besar. Dengan U.S mempunya kuasa besar, orang atasan telah mengambil remeh temeh tentang sesuatu perkara dan abaikan perkara yang kritikal. Ini berkemungkinan terjadi apabila orang bawahan member idea yang bagus, tetapi sifar ego orang atasan tidak menerima idea yang dilontarkan oleh orang bawahan. Oleh itu, berlaku lah perisikan U.S hilang hubungan dengan kapal terbang yang menuju ke  Hawai. U.S gagal untuk menghantar pasukan peninjau udaya yang dapat berikan amaran. U.S telah kehilangan 18 kapal terbang, 170 pesawat dan 3700 nyawa. Ini kerana tiada amaran oleh tentera Jepun. Mereka gagal dalam peperangan dan kalah teruk ditangan Jepun.

            Aku juag telah dapat memahami simtoms groupthink iaitu illusi kehebatan diri, rationalisasi secara kolektif, kepercayaan, pandangan startotaip, direct pressure, self-censorship, illusi tentang  persetujuan mutlak dan mindguards. Illusi kehebatan diri iaitu seperti situasi dimana US percaya bahawa tenteranya hebat dan Jepun tidak akan serang dan begitu juga kapal Titanic yang percaya bahawa kapal itu tidak akan tenggelam. Tetapi akhirnya tenggelam apabila melanggar ice di lautan. Rationalisasi secara kolektif iaitu kita percaya idea yang dibawa oleh seseorang, kita tidak fikir kritikal, dan selama ini dia buat keputusan yang betul. Seterusnya ialah kepercayaan iaitu terdapat ada ahli mesyuarat tidak bersetuju dengan Kennedy untuk menceroboh negara yang kecil. Tetapi perkara kecil tidak dibincang. Dan Kennedy ditawan oleh tentera Cuba. Selain itu, pandangan startotaip iaitu Kennedy anggap Castro terlalu lemah. Oleh itu, apa-apa keputusan yang hendak dibuat oleh rakyat perlu merujuk kepada Castro. Ini akan menambah beban Castro. Direct pressure terdapat terkanan yang orang tidak bersetuju. Orang tak akan setuju akan deperlekehkan. Contoh kita suruh orang berlakon menjadi jahat dalam mesyuarat. Self pula iaitu orang tidak setuju dengan idea pemimpin, seseorang individu mahu bersuara, tetapi tersekat kerana tidak mahu deperlekehkan kerana suara orang bawah tidak dipedulikan. Baik diam sahaja lebik afdal. Illusi tentang persetujuan mutlak oleh sebab tiada pembangkang, akan timbul illusi dalam persetujuan. Kiranya fikir semua orang setuju. Mindguards pula pengawal-pengawal akan melindungi pemimpin. Apabila idea yang diketengah oleh rakyat yang bertentgan dengan pemimpin, idea itu tidak akan dijelaskan pada pemimpin. Oleh itu, dapatlah aku mengetahu tentang groupthink lebih mendalam. Dengan contoh yang ada dapatlah aku fahami.

            Tambahan lagi, Dr.Ahmad cuba sampaikan tentang tanda-tanda proses membuat keputusan yang salah. Antaranya ialah kajian alternative tidak lengkap dan tidak bertulis, gagal dalam meniliti risiko alternative yang diambil, pencarian yang tidak berapa baik, bias proses maklumat, dan gagal untuk menjadikan plan. Dengan apa yang disampaikan, aku harap dapat mempraktikkan dalam kehidupanku. Belajara tentang membuat keputusan bukan sesuatu yang mudah dan bukanlah sesuatu yang rumit. Oleh itu, tepuk dada tanya selera.


A134046 MOHD ROHASLAM (TAJUK 2)

NAMA : MOHD ROHASLAM BIN ABDUL HAMID

NO.MATRIK : A134046

TAJUK : LEARNING JOURNAL 2

 

            Model membuat keputusan merujuk kepada satu kerangka yang dapat memahami dan boleh menerangkan kepada orang lain. Model klasikal iaitu Rationality, Bounded Rationality, dan Pendapat Herbert Simon. Rationality mempunyai alternatif yang banyak dalam membuat pilihan-pilihan tertentu untuk mengetahui akibat yang kita dapat apabila memilih sebarang tindakan. Rational Making Steps boleh membantu dalam mengenalpasti dalam menjana maklumat, memilih sebarang maklumat dikehendaki, laksanakan untuk membuat keputusan dan nilaikan setelah membuat keputusan. Mengikut pendapat Herbert Simon untuk membuat keputusan ialah apa yang kita lakukan tidak mengikut peraturan Rational dan selalu ikut sahaja apa difikirkan. Apa yang diterangkan oleh Herbert Simon, kita membuat keputusan dalam situasi yang hanya ada maklumat terhad, kita selalu menggunakan jalan pintas dalam membuat keputusan, membuat sesuatu perkara hanya sekadar cukup syarat iaitu Satisficing. Manakala maximicing adalah membuat keputusan dan memilih jalan yang paling bagus. Oleh itu, pendapat Herbert Simon menyatakan kita tidak mengikut rasionaliti dalam membuat keputusan tetapi kita mengikut rasionaliti yang terikat. Bounded Rationality ialah suasana yang ideal dan banyak masalah dihadapi dalam membuat keputusan seperti halangan berbentuk peribadi, emosi, dan faktor persekitaran. Contohnya, keupayaan manusia terhad, masalah yang dihadapi kompleks atau ketidakpastian, maklumat yang kita ada adakah maklumat itu ada pada masa yang dikehendaki? Sejauh mana kritikal keputusan itu? Oleh itu, kita terpaksa membuat keputusan walaupun maklumat tidak cukup. Misalnya apabila sekumpulan manusia yang sesat didalam hutan selama seminggu akan membuat keputusan untuk memakan apa sahaja yang ada didalam hutan untuk menyambung nyawa walaupun terpaksa makan semut, katak dan sebagainya.

            Satisficing iaitu sesuatu untuk membuat keputusan yang hanya untuk memuskan hati tetapi tidaklah lemah. Untuk membuat keputusan, kita tiada maklumat, masa, serta berkaitan dengan situasi. Jika kita ambik Rationaliti, kita akan mengambil masa yang lama dalam membuat keputusan. Kita hanya memilih untuk membuat keputusan sekadar memenuhi syarat, memenuhi criteria tetapi tidak begitu bagus kesannya. Contohnya, kita mahu membeli laptop untuk digunakan dalam pembelajaran di Universiti. Ibu bapa memberi wang sebanyak RM1500. Jika kita tidak gunakan wang itu secepat mungkin untuk membeli laptop, kita akan habiskan wang itu dengan belanja lain. Kita akan membuat keputusan secepat mungkin dalam membeli laptop yang terkenal seperti ACER. Kita tiada maklumat yang khusus tentang laptop. Kita akan pilih jenama ACER kerana ACER jenama nombor satu di Malaysia. Dalam membuat keputusan juga, Pemprosesan Maklumat Yang Terbatas juga elemen penting. Semua maklumat yang kita dapat tidak semestinya dapat diproses. Kita akan mengambil maklumat yang penting sahaja. Namun kita juga tidak dapat kesemua jalan penyelesaian. Mungkin ada tertinggal maklumat dan maklumat itu sangat bagus. Guna jalan pintas dalam membuat keputusan juga ada risikonya. Kita mengambil jalan pintas dalam membuat keputusan agar tidak beban berasaskan pengalaman yang ada. Malangnya, jalan pintas akan menjadikan keputusan yang bias iaitu berat sebelah.

Oleh yang demikian, terdapat 3 model dalam membuat keputusan iaitu :-

1.      Model klasik

2.      Model pentadbiran

3.      Model politik

            Model klasik iaitu pembuat keputusan cuba memenuhi matlamat semuanya dalam mencari kepastian. Pembuat keputusan adalah rational dalam membuat keputusan. Keputusan yang logik adalah untuk memenuhi ekonomi yang terbaik dan juga boleh dikenali sebagai " Normative". Ini semua adalah sesuatu yang ideal.

            Model pentadbiran merujuk kepada baunded rationality manusia mempunyai kekangan dan batasan dalam membuat keputusan. Pembuat keputusan juga akan pilih Satisficing hanya sekadar cukup syarat sahaja dan kaedah rational tidak selalu digunakan. Pembuat keputusan membuat keputusan dalam situasi yang sukar ada non program, ambiguilty, dan uncentaity. Matlamat dalam membuat keputusan adalah kabur, bertentangan dan pembuat keputusan sesame mereka akan mencari kesepakatan. Untuk mencari alternatif adalah terhad dan pembuat keputusan akan guna gerak hati daripada pengalaman yang lepas.

            Model politik ialah model ini menyamai persekitaran yang sebenar. Ini amat berguna dalam bersifat non-programed, isu rumit dan kompleks. Model ini mempunyai perbezaan pendapat, perselisihan pendapat dan konflik yang dihadapi. Coalition iaitu apabila kita berhadapan 1 isu, mereka akan bergabung dengan pendirian yang sama agar matlamat mereka dipenuhi. Contoh di UKM, polisi UKM tidak membenarkan pelajar tahun 1 membawa kereta dan motorsikal ke UKM. Oleh itu, sekumpulan pelajar yang jauh daripada fakulti akan bergabung untuk menentang polisi yang dibuat oleh UKM.

           

 

            Antara perbezaan ketiga-tiga model ini ialah :-         

MODEL/CIRI PERBEZAAN

 

 

KLASIKAL

 

PENTADBIRAN

 

POLITIKAL

·         MATLAMAT

 

jelas

tidak jelas

Kemungkinan jelas tetapi pelbagai

 

·         KEPASTIAN

 

ü  

X

Kemungkinan ktidakpastian boleh sampai kekaburan

 

·         MAKLUMAT

 

lengkap

terhad

Pelbagai dan bercanggah

 

·         ALTERNATIF

 

ü  

ü  

Perkara yang diberitahu

 

·         PEMILIHAN

 

rasional

'satisficing'

rundingan

·         CARA MODEL MK

'maximizing'

'intuition'

'coalition members'

 

            Terdapat 8 ciri-ciri Pembuat Keputusan iaitu merupakan satu proses seperti peperangan antara UK dan Argentina, UK menang kerana ada maklumat yang lengkap tentang Argentina melalui perisikan dihantar oleh UK seperti Pekedai runcit dan Kedai gunting rambut. Pemilihan yang sengaja dan sedar iaitu kita buat keputusan tahu apa akibat baik dan buruk serta pilih faedah yang paling maksimum. Mencipta sesuatu pendapat adalah memikirkan satu pendapat dalam membuat keputusan yang baik. Memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam iaitu pembedahan oleh doktor. Pemilihan pelbagai alternatif untuk mencari jalan penyelesaian yang banyak. Jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah sama ada kesan besar atau kecil. Tiada satu keputusan yang muktamat dalam semua jenis masalah dan pengumpulan maklumat yang tepat dengan mengkaji sesuatu isu untuk dapat maklumat setepat mungkin. Selain itu, groupting juga boleh mempengaruhi untuk membuat keputusan dengan kecenderungan kita untuk selesaikan masalah dipengaruhi oleh pemikiran tokoh-tokoh yang berperanan di sekeliling kita.

 


A134046 MOHD ROHASLAM (TAJUK 1)

NAMA : MOHD ROHASLAM BIN ABDUL HAMID

NO.MATRIK : A134046

TAJUK : LEARNING JOURNAL 1

 

            Apa yang ingin aku katakan disini ialah aku telah membuat satu keputusan dimana aku telah memilih untuk mengikuti satu kursus wajib universiti atau dikenali (U2). Pelbagai kursus yang telah ditawarkan oleh pihak universiti kepada semua mahasiswa dan mahasiswi. Oleh itu, aku telah memilih untuk mengikuti kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Kursus ini aku pilih berdasarkan minat dan kepentingan dalam hidup aku. Walaupun banyak kursus yang ditawarkan, hatiku tetap berkeras untuk memilih kursus Kemahiran Membuat Keputusan.

            Kita tahu bahawa setiap keputusan yang kita pilih pasti ada sebab dan memberi kesan positif atau negatif terhadap diri kita. Pada hari pertama mengikuti kursus ini, diriku mendapati kurang 20 orang pelajar di dalam set 1 mengikuti kursus ini berbanding dengan kursus lain yang sentiasa memenuhi ruang seperti kursus hubungan insan dan pengurusan emosi. Terdapat 3 orang kawan lelaki aku telah menukar kursus namun hati ini sangat kuat untuk mengikuti kursus ini. Tenaga pengajar dalam kursus ini daripada Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr.Ahmad Zamri Mansor.

            Apabila mengikuti hari pertama kursus ini bersama Dr.Ahmad Zamri Mansor, beliau telah menerangkan tentang "The Power Information" dalam proses membuat keputusan. Daripada maksud yang diterangkan tentang "The Power Information" ialah sesuatu maklumat perlulah banyak untuk membuat sebarang keputusan yang relevan dan baik. Dr.Ahmad telah memberi definisi tentang membuat keputusan. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau ialah mengikut teori Massie (1987) membuat keputusan itu satu tindakan yang sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Seterusnya, beliau berkata bahawa teori Koontz & Dannel (1928) menerangkan bahawa membuat keputusan ialah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Aku dan rakan-rakan yang lain ditugaskan oleh Dr.Ahmad untuk mencari peribahasa yang mempunyai maksud dalam membuat keputusan. Pelbagai jawapan yang betul telah diberikan oleh semua pelajar iaitu "Diluak mati emak, Ditelan mati bapa", "Sediakan payung sebelum hujan", dan banyak lagi yang telah diberikan oleh pelajar.

            Dr.Ahmad juga menyatakan bahawa situasi membuat keputusan terdapat 3 jenis iaitu situasi mudah, situasi sederhana, dan situasi rumit. Situasi mudah ialah dimana seseorang membuat keputusan yang rutin seperti rakan kuliah aku member contoh hari ini mahu makan apa? Mungkin juga mahu pakai kasut apa pergi ke kelas? Situasi sederhana pula, dimana situasi lebih susah sedikit untuk membuat keputusan berbanding situasi mudah. Misalnya seorang pelajar mengisi borang kemasukan universiti (UPU) dan tidak tahu untuk memilih kos yang sesuai dengan diri. Dr.Ahmad telah menerangkan situasi rumit adalah proses membuat keputusan yang memerlukan pengetahun yang banyak dan berpengalaman. Antara contoh yang diberikan ialah membuat pelaburan di luar negara dan membuka cawangan baru dalam perniagaan di kawasan lain.

            Oleh itu, Dr.Ahmad cuba mengketengahkan ciri-ciri membuat keputusan yang baik kepada kuliah beliau. Beliau telah menyuruh semua pelajar memikirkannya. Terdapat beberapa orang pelajar yang berjaya member jawapan yang hampir tepat. Apa yang disampaikan oleh Dr.Ahmad tentang ciri-ciri membuat keputusan ialah merupakan satu proses, pemilihan sengaja dan reflektif, mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat, memerlukan penelitian pengetahuan mendalam, pemilihan pelbagai alternatif, jenis keputusan bergantung jenis masalah, tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam selesaikan masalah, pengumpulan maklumat yang tepat, serta yang terakhir ialah punca masalah diluar kawalan diri dan perlu kreativiti untuk pembuat keputusan. Yang paling penting cirri dalam membuat keputusan ialah seseorang individu itu perlu ada pengalaman yang luas dalam hidup, kecekapan dalam memilih keputusan, ketepatan maklumat yang telah diperolehi dan analisa yang betul tentang dalam membuat keputusan.

            Apa yang kita boleh buat untuk mendapat keputusan yang baik? Yang pertama ialah dari segi pengalaman yang pernah kita lalui semasa dahulu dan terus membuat keputusan dalam sesuatu situasi seperti mekanik kereta terus memberi jawapan tentang kerosakan kereta. Yang kedua ialah dari segi kecekapan. Kemungkinan mempunyai teknik yang sistematik dan organis dapat menolong dalam membuat keputusan. Seterusnya ialah ketepatan maklumat dalam membuat keputusan dan analisa yang betul dalam sesuatu masalah. Keputusan dapat dikategorikan kepada dua iaitu keputusan yang diprogramkan (Programmed Decisions) secara berulang-ulang untuk membina satu keputusan, membuat rangka dan contoh. Keputusan yang tidak diprogramkan (Non programmed-decision) iaitu perkara yang jarang berlaku. Oleh itu, dalam membuat keputusan terdapat 4 elemen yang penting iaitu kepastian (certainly), risiko (risk), ketidakpastian (uncertainly) dan kekaburan (ambiguity).

            Kepastian ialah satu perkara yang pasti dan senang. Semua maklumat dan sumber diperlukan sudah sedia ada. Risiko pula mempunyai matlamat yang jelas kerana maklumat sudah ada untuk membuat keputusan dan hasilnya bergantung pada keadaan. Ketidakpastian adalah elemen membuat keputusan dan tahu matlamat yang hendak dicapai. Tetapi maklumat alternatif penyelesaian dan apa yang berlaku tidak lengkap. Oleh itu pembuat keputusan hendaklah memikirkan pendekatan yang kreatif dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya elemen penting iaitu kekaburan dimana situasi paling sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana matlamat dan masalah yang tidak jelas, alternatif penyelesaian sukar ditakrifkan dan maklumat tentang masalah tidak wujud.

            Oleh yang demikian, dapatlah aku simpulkan kursus ini mendatangkan banyak faedah kepada diriku dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan kerja atau aktiviti yang menggunakan kemahiran membuat keputusan. Aku harap dapat Allah memberi Rahmat dan Keredhaan dalam menimba ilmu dalam kursus ini.