Sunday, January 9, 2011

A134046 MOHD ROHASLAM (TAJUK 1)

NAMA : MOHD ROHASLAM BIN ABDUL HAMID

NO.MATRIK : A134046

TAJUK : LEARNING JOURNAL 1

 

            Apa yang ingin aku katakan disini ialah aku telah membuat satu keputusan dimana aku telah memilih untuk mengikuti satu kursus wajib universiti atau dikenali (U2). Pelbagai kursus yang telah ditawarkan oleh pihak universiti kepada semua mahasiswa dan mahasiswi. Oleh itu, aku telah memilih untuk mengikuti kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Kursus ini aku pilih berdasarkan minat dan kepentingan dalam hidup aku. Walaupun banyak kursus yang ditawarkan, hatiku tetap berkeras untuk memilih kursus Kemahiran Membuat Keputusan.

            Kita tahu bahawa setiap keputusan yang kita pilih pasti ada sebab dan memberi kesan positif atau negatif terhadap diri kita. Pada hari pertama mengikuti kursus ini, diriku mendapati kurang 20 orang pelajar di dalam set 1 mengikuti kursus ini berbanding dengan kursus lain yang sentiasa memenuhi ruang seperti kursus hubungan insan dan pengurusan emosi. Terdapat 3 orang kawan lelaki aku telah menukar kursus namun hati ini sangat kuat untuk mengikuti kursus ini. Tenaga pengajar dalam kursus ini daripada Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Dr.Ahmad Zamri Mansor.

            Apabila mengikuti hari pertama kursus ini bersama Dr.Ahmad Zamri Mansor, beliau telah menerangkan tentang "The Power Information" dalam proses membuat keputusan. Daripada maksud yang diterangkan tentang "The Power Information" ialah sesuatu maklumat perlulah banyak untuk membuat sebarang keputusan yang relevan dan baik. Dr.Ahmad telah memberi definisi tentang membuat keputusan. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau ialah mengikut teori Massie (1987) membuat keputusan itu satu tindakan yang sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Seterusnya, beliau berkata bahawa teori Koontz & Dannel (1928) menerangkan bahawa membuat keputusan ialah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Aku dan rakan-rakan yang lain ditugaskan oleh Dr.Ahmad untuk mencari peribahasa yang mempunyai maksud dalam membuat keputusan. Pelbagai jawapan yang betul telah diberikan oleh semua pelajar iaitu "Diluak mati emak, Ditelan mati bapa", "Sediakan payung sebelum hujan", dan banyak lagi yang telah diberikan oleh pelajar.

            Dr.Ahmad juga menyatakan bahawa situasi membuat keputusan terdapat 3 jenis iaitu situasi mudah, situasi sederhana, dan situasi rumit. Situasi mudah ialah dimana seseorang membuat keputusan yang rutin seperti rakan kuliah aku member contoh hari ini mahu makan apa? Mungkin juga mahu pakai kasut apa pergi ke kelas? Situasi sederhana pula, dimana situasi lebih susah sedikit untuk membuat keputusan berbanding situasi mudah. Misalnya seorang pelajar mengisi borang kemasukan universiti (UPU) dan tidak tahu untuk memilih kos yang sesuai dengan diri. Dr.Ahmad telah menerangkan situasi rumit adalah proses membuat keputusan yang memerlukan pengetahun yang banyak dan berpengalaman. Antara contoh yang diberikan ialah membuat pelaburan di luar negara dan membuka cawangan baru dalam perniagaan di kawasan lain.

            Oleh itu, Dr.Ahmad cuba mengketengahkan ciri-ciri membuat keputusan yang baik kepada kuliah beliau. Beliau telah menyuruh semua pelajar memikirkannya. Terdapat beberapa orang pelajar yang berjaya member jawapan yang hampir tepat. Apa yang disampaikan oleh Dr.Ahmad tentang ciri-ciri membuat keputusan ialah merupakan satu proses, pemilihan sengaja dan reflektif, mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat, memerlukan penelitian pengetahuan mendalam, pemilihan pelbagai alternatif, jenis keputusan bergantung jenis masalah, tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam selesaikan masalah, pengumpulan maklumat yang tepat, serta yang terakhir ialah punca masalah diluar kawalan diri dan perlu kreativiti untuk pembuat keputusan. Yang paling penting cirri dalam membuat keputusan ialah seseorang individu itu perlu ada pengalaman yang luas dalam hidup, kecekapan dalam memilih keputusan, ketepatan maklumat yang telah diperolehi dan analisa yang betul tentang dalam membuat keputusan.

            Apa yang kita boleh buat untuk mendapat keputusan yang baik? Yang pertama ialah dari segi pengalaman yang pernah kita lalui semasa dahulu dan terus membuat keputusan dalam sesuatu situasi seperti mekanik kereta terus memberi jawapan tentang kerosakan kereta. Yang kedua ialah dari segi kecekapan. Kemungkinan mempunyai teknik yang sistematik dan organis dapat menolong dalam membuat keputusan. Seterusnya ialah ketepatan maklumat dalam membuat keputusan dan analisa yang betul dalam sesuatu masalah. Keputusan dapat dikategorikan kepada dua iaitu keputusan yang diprogramkan (Programmed Decisions) secara berulang-ulang untuk membina satu keputusan, membuat rangka dan contoh. Keputusan yang tidak diprogramkan (Non programmed-decision) iaitu perkara yang jarang berlaku. Oleh itu, dalam membuat keputusan terdapat 4 elemen yang penting iaitu kepastian (certainly), risiko (risk), ketidakpastian (uncertainly) dan kekaburan (ambiguity).

            Kepastian ialah satu perkara yang pasti dan senang. Semua maklumat dan sumber diperlukan sudah sedia ada. Risiko pula mempunyai matlamat yang jelas kerana maklumat sudah ada untuk membuat keputusan dan hasilnya bergantung pada keadaan. Ketidakpastian adalah elemen membuat keputusan dan tahu matlamat yang hendak dicapai. Tetapi maklumat alternatif penyelesaian dan apa yang berlaku tidak lengkap. Oleh itu pembuat keputusan hendaklah memikirkan pendekatan yang kreatif dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya elemen penting iaitu kekaburan dimana situasi paling sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana matlamat dan masalah yang tidak jelas, alternatif penyelesaian sukar ditakrifkan dan maklumat tentang masalah tidak wujud.

            Oleh yang demikian, dapatlah aku simpulkan kursus ini mendatangkan banyak faedah kepada diriku dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan kerja atau aktiviti yang menggunakan kemahiran membuat keputusan. Aku harap dapat Allah memberi Rahmat dan Keredhaan dalam menimba ilmu dalam kursus ini.


No comments:

Post a Comment