Sunday, January 23, 2011


A123091, NUR AZARITA BT AHMAD AZAM , TAJUK 5 PERSONALITI

 

Pada minggu ini kelas tutorial telah bertukar masa iaitu dari pukul 11 hingga 12 tengahri  ditukar pada pukul 2 hingga 3 petang. Kelas tutorial di sambung dengan kuliah sehingga pukul 5 petang. Namun pensyarah memberi masa diantara kelas tutorial dan kuliah untuk pelajar keluar ke tandas atau buat dulu apa yang sepatutnya. Pada kelas hari ini, saya kelewatan kerana tertinggal bas. Saya datang lewat setengah jam pada waktu kelas tutorial. Pada waktu itu, setiap kumpulan perlu membentangkan tugasan tutorial di antara tiga hingga lima minit seorang berkaitan dengan persepsi atau tanggapan. Kemudian saya melibatkan diri dengan memberi idea kepada ahli kumpulan berkaitan situasi saya dalam membuat persepsi ke atas sesuatu perkara. Semasa kelas tutorial terbabit saya tertarik dengan penerangan daripada pelajar fakulti undang-undang berkaitan dengan persepsi orang ramai yang menganggap bidang guaman adalah bidang yang menambah kejahatan secara literal.

Walhal, bukan semua bidang adalah sebegitu tapi persepsi masyarakat negatif orang ramai menyebabkan tidak ramai meminati bidang terbabit. Diatas penerangan tersebut, saya agak bersetuju bahawasanya bidang guaman tidak sepenuhnya terpesong etika yang sebenar. Kemudian, kuliah berlangsung pada pukul 3 petang dan tajuk pembelajaran hari ini ialah Personaliti. Dari pengajaran pensyarah tentang personaliti yang mempunyai empat perspektif psikologi iaitu Psikoanalitik, Tret, Humanistik Dan Sosial. Di sini menunjukkan Psikoanalitik merupakan tindakan tanpa sedar. Manakala Tret pula ialah dimensi personaliti yang spesifik dimana ia kekal sepanjang masa. Selain itu, humanistik pula motivasi dalaman untuk membangunkan diri dan yang terakhir ialah social merujuk kepada pengaruh sosial dan sekeliling. Pensyarah memberitahu kepada saya iaitu Tret adalah ciri tingkah laku individu dalam keadaan sedar, selain itu pensyarah menerangkan apa itu MBTI yang bermaksud "The Myers-Briggs Ty Pe Indicator".

Dalam MBTI mempunyai empat aspek iaitu Jenis Sosial (intreaksi) antara Extrovert (E) dan Introvert (I) manakala Keutamaan Dalam Mengumpul Data seperti Sensing (S) dan Intuitive (N) seterusnya Keutamaan Dalam Membuat Keputusan iaitu feling(F) dan Thinking(T) manakala Gaya Membuat Keputusan Iaitu Perceptive (P) dan Juggemental (J). Namun dalam konteks persosnaliti jika kita berinteraksi secara introvert dimana kita rasa selesa mengambil kesempatan di samping itu, kita bersedia membuat keputusan bersama orang lain. Manakala Introverts pula kita rasa selesa bekerja dibelakang tabir dan bersendiri dan berwaspada memberi tugas kepada orang lain. Di sini ia merujuk kepada orang jenis Introvert lebih gemar bekerja sendiri tanpa melibatkan keputusan ramai. setelah tamat pembelajaran pada hari ini pensyarah memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui jenis apakah personaliti pelajar. Maka saya dapat megetahui sejauhmana pesonaliti saya melalui MBTI.

Pada pengakhiran pembelajaran bagi tajuk ini, saya dapat menilai sejauhmana personaliti seseorang yang melibatkan personaliti yang berbeza-beza. Saya sangat seronok sebab pensyarah lebih menekankan aktiviti dalam pembelajaran. Banyak yang saya dapat ketahui selepas saya belajar tentang tajuk-tajuk yang telah di pelajari. Maka saya akan mempratikkan segala pengetahuan dan ilmu yang diberi untuk pada masa hadapan.


NUR AZARITA BT AHMAD AZAM
A123091(850509035080)<017-9672134>

IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SUKAN DAN REKREASI)
http://groups.yahoo.com/group/A123091/

No comments:

Post a Comment