Sunday, January 23, 2011

TAJUK 3:HEURISTIK DAN BIAS

A12309, NUR AZARITA BT AHMAD AZAM, TAJUK3 HEURISTIKA DAN BIAS

 

Hari ini merupakan minggu ketiga perkuliahan dan telah bermula episod tahun 2011. Sekarang dengan azam dan semangat yang baru serta bermula semester baru walaupun sudah tiga minggu berada di universiti tetapi tiada masalah yang ketara dalam menghadirkan diri ke kelas. Sebelum kelas bermula saya datang lebih awal dan kemudian kawan-kawan yang lain turut hadir untuk ke kelas hari ini. Sebelum kelas bermula kami berbincang tentang tugasan individu yang diberikan dan juga tugasan kumpulan yang bakal di buat. Selepas itu pensyarah datang untuk pengajaran pada hari ini. tajuk yang beliau akan terangkan pada hari ini adalah heuristika dan bias. Sebelum itu pensyarah memulakan dengan induksi yang baik bagi menarik perhatian pelajar. Selepas itu, pensyarah menyoal secara rawak apa yang di maksudkan dengan heuristika dan bias. Apa yang di beritahu oleh pensyarah heuristika bermaksud pedoman am dan bias adalah berat sebelah. Maksud yang diberitahu adalah secara kefahaman sendiri. Apabila pensyarah menunjukkan nota tentang pengajarannya ia menunnjukkan heuristika diperkenalkan oleh Herbert Simon manakala heuristika menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat.

Apa itu heuristika? Persoalan ini di terangkan oleh pensyarah berkaitan teknik atau peraturan yang di gunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti "apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berkalu?". Manakala ia juga merangkumi pedoaman-pedoman am atau strategi yangberkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Selain itu, heuristika merangkumi empat jenis iaitu heuristika jalan-jawapan, heuristika analogi, heurustika representif dan heuristika ketercapaian.  Keempat-empat jenis heuristika ini mempunyai maksud atau penyelesaian atau kaedah tersendiri. Setelah pensyarah menerangkan satu persatu maka saya dapat memahami dengan lebih baik daripada sebelum saya melihat keempat-empat jenis heuristik tersebut. Saya akan jelaskan di sini secara ringkas berkaitan keempat-empat jenis heuristika tersebut iaitu pertama heuristika jalan jawapan berkaitan dengan satu kaedah berfikir ke arah menentukan apa jawapan yang diingini kemudian baru cari jalan untuk menyelesaikannya. Kaedah ini kita boleh selesaikan masalah dimana-mana sahaja. Contoh tersebut ialah seorang lelaki untuk memilih calon isteri. Ia merujuk kepada kita dalam memilih dulu calon isteri kemudian fikirkan bagaimana nak dapatkan calon isteri tersebut. Seterusnya heuristika analogi berkaitan penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Contoh masalah serupa iaitu pandu kereta buatan Malaysia dan pandu kereta buatan Eropah.

Manakala contoh tak serupa seperti membeli tiket wayang dan membeli tiket kapal terbang. Selepas itu Heuristika Representative iaitu menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaip dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, maka kita akan percaya ianya lebih munasabah. Contohnya adalah sebakul rambutan bagaimana kita boleh tahu elok ke tidak maka buah rambutan pertama sebagai representative kepada semua buah tersebut. Dan heuristika yang terakhir adalah heuristika ketercapaian iaitu berdasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita. Ia berkait rapat dengan ingatan jagka panjang. Antara contohnya adalah tsunami. setelah itu, pensyarah menyuruh pelajar bentuk satu kumpulan seramai empat orang untuk membentangkan kefahaman masing-masing berkaitan dengan jenis-jenis heuristika tersebut.  Seterusnya pensyarah menerangkan apa itu bias? Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu dan ia lebih mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis.

Bias juga merangkumi bias yang terlalu yakin yang menjelaskan terlalu yakin akan keupayaan diri sendiri dalam membuat keputusan, manakala bias tersangkut pula menerangkan menggunakan maklumat pertama yang diterima sebagai asas untuk membuat keputusan dan bagi bias kesahan menggunakan fakta-fakta terpilih yang menyokong keputusan sendiri.  Oleh yang demikian, pensyarah juga ada menerangkan tentang "Groupthink" secara jelas. Dalam definisi groupthink menerangkan pemikiran seseorang bila kecendurangan mencapai persetujuan menjadi keutamaan sehingga mengenepikan penilaian realistik terhadap alternatif penyelesaian yang lain. Walaupun saya mendapat nota dalam bahasa inggeris namun saya ada mencatat apa yang dijelaskan oleh pensyarah berkaitan dengan groupthink. Pada hari ini, saya dapat memahami apa itu bias dan heuristika secara menyeluruh. Justeru itu, setiap apa yang kita lalukan adalah satu yang penting dalam mancapai matlamat yang kita buat.



NUR AZARITA BT AHMAD AZAM
A123091(850509035080)<017-9672134>

IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SUKAN DAN REKREASI)
http://groups.yahoo.com/group/A123091/

No comments:

Post a Comment