Sunday, January 23, 2011

TAJUK 2:MODEL-MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN

A12309, NUR AZARITA BT AHMAD AZAM, TAJUK 2 MODEL-MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN

 

Sebelum saya masuk kuliah pada pukul 3 hingga 5 petang, pada sebelah pagi saya telah menghadiri kelas tutorial selama satu jam dekat Perpustakaan Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA). Dalam kelas tutorial tersebut pensyarah ada memberitahu tentang tajuk model-model membuat keputusan secara menyeluruh. Pada masa kuliah pensyarah memberitahu dengan lebih jelas dan terperinci kepada pelajar dalam memahami konteks membuat keputusan. Pada kuliah yang kedua, saya didedahkan dengan model-model membuat keputusan dimana pensyarah menerangkan apa itu fungsi model. Di sini pensyarah menerangkan secara menyeluruh tentang model-model membuat keputusan yang terdapat dalam kursus ini dimana ia terbahagi kepada tiga iaitu Model Klasikal, Model Pentadbiran dan Model Politikal. Selepas itu, saya mengetahui banyak komponen-komponen yang terkandung dalam model-model tersebut. Seperti "Classical Model" dimana ia menunjukkan ia satu model yang dapat menilai dengan rasional dan berdasarkan logik dalam membuat keputusan.

Ia merupakan satu model berbentuk normatif yang menerangkan seseorang pembuat keputusan perlu buat antara contohnya adalah dalam sebuah syarikat isu yang di utarakan dan di nilai oleh semua pihak dalam mencapai kata sepakat. Banyak contoh telah diberikan namun ini adalah salah satu contoh yang sempat saya tulis dari penerangan pensyarah. Dalam penerangan tentang "Administrative Model" pula model ini adalah model rasional yang terikat. Ia merujuk kepada kekangan masa dan kemampuan seseorang yang tidak mampu membuat keputusan secara teliti. Kemudian ia lebih kepada untuk memuaskan hati dimana  berdasarkan model ini saya dapat mengambarkan situasi yang sebenar dalam sehari-hari kita membuat keputusan, justeru itu saya perlu peka dalam setiap saya membuat keputusan. Malah  ia tetap ada kelebihan dan kekurangan dalam kita memperoleh keputusan yang di kehendaki.

Setelah penerangan yang diterangkan oleh pensyarah itu sendiri Administrative Model adalah model yang  kabur dalam membuat keputusan tetapi ada kesepakatan, namun ia juga pencarian alternatif yang terhad. Antaranya adalah seorang pembuat keputusan perlu membuat keputusan dalam memilih kasut. Kemuadian dia mempunyai kekangan masa untuk memilih dengan teliti. Terdapat banyak kedai kasut dalam pasaraya tersebut tetapi ia hanya menggunakan gerak hati dan memilih kedai pertama bagi sasaran beliau memilih kasut. walaubagaimanapun, "Model Political" pula berdsarkan perkara yang berlaku di sekeliling kita di mana terdapat isu-isu yang rumit berlaku di mana-mana situasi. Oleh itu, berlaku perselisihan faham, konflik dan juga penyelesaian yang dicari. Sebagai contoh melibat polisi Ukm yang tidak membenarkan pelajar tahun satu membawa kenderaan sendiri ke tempat belajar melainkan menggunakan perkhidamatan bas yang telah disediakan tetapi telah mendapat tentangan dari segelintir pelajar maka terdapat pakatan dari pelajar dengan tidak bersetuju dengan polisi tersebut.

Dalam pembelajaran tentang tiga model tersebut banyak input dan kefahaman tentang subjek ini untuk kita lebih memahami dalam meneliti setiap keputusan yang telah dibuat. Oleh yang demikian, pensyarah ada menerangkan sejarah Pearl Harbor, definisi "Groupthink" dan simptom "Groupthink". Sememangya ia boleh digunapakai setiap pengetahuan yang telah diberi untuk membuat keputusan dengan lebih efisyen berdasarkan pemahaman yang didedahkan berdasarkan model-model yang terdapat dalam tajuk ini. saya sangat seronok setelah menghadiri ke kelas ini kerana selama ini apa yang saya masih ragu-ragu dalam mencapai jawapan boleh di selaraskan dengan apa saya telah pelajari.



NUR AZARITA BT AHMAD AZAM
A123091(850509035080)<017-9672134>

IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SUKAN DAN REKREASI)
http://groups.yahoo.com/group/A123091/

No comments:

Post a Comment