Sunday, January 23, 2011

TAJUK 1:PENGENALAN

A123091, NUR AZARITA BT AHMAD AZAM, TAJUK 1: PENGENALAN

 

Saya berada di UKM sudah menjangkau tiga tahun. Namun sekarang saya telah berada di tahun tiga pengajian untuk semester dua . Saya masih ada dua sem lagi untuk menamatkan pengajian. Pada semester baru ini, saya telah mengambil lapan subjek dan sebanyak 25 unit secara keseluruhan, salah satu subjek yang telah saya daftar adalah subjek ZZZT2263 KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN. Saya dari fakulti pendidikan sukan dan rekreasi dan subjek ini adalah subjek U2. Sememangnya dalam kelas ini hanya saya seorang pelajar tahun tiga dan ini tidak menghalang saya untuk belajar bersama mereka semua. Kebanyakan kawan-kawan saya telah menghabiskan subjek wajib universiti iaitu dari pusat pengajian umum (PPU). Sebelum ini, saya tidak dapat daftar bersama-sama rakan yang lain kerana mempunyai masalah tersendiri. Maka saya perlu menghabiskan subjek wajib universiti untuk mencukupkan unit seperti yang termaktub dalam buku panduan fakulti.

 Pada hari pertama kuliah kemahiran membuat keputusan, saya sangat teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses dalam membuat keputusan. Setelah mendaftar subjek ini saya beranggapan bahawa ia merupakan subjek yang dapat memberi kebebasan dalam membuat keputusan berdasarkan logic dan fakta. Setelah itu, pensyarah telah menerangkan tentang pengenalan bagi maksud kemahiran membuat keputusan. Banyak yang di terangkan pada kelas pertama walaupun pada hari tersebut tidak ramai pelajar yang datang maka saya ambil input yang diberikan oleh pensyarah sebagai satu pengenalan baru bagi semester baru. Selepas pensyarah memberi sedikit pengenalan tentang subjek ini seterusnya pensyarah memberitahu keadah penilaian bagi subjek ini. Di antaranya tugasan terbahagi kepada dua iaitu individu sebanyak 10% dan kumpulan sebanyak 30%. Manakala peperiksaan akhir sebanyak 50% dan kehadiran juga di ambil iaitu sebanyak 10%. Pensyarah juga ada memberitahu format peperiksaan akhir pada semester ini adalah berubah sedikit di mana sebelum ini soalan berbentuk objek sepenunhya namun sekarang berbentuk struktur dan esei.

Setelah itu, pensyarah telah memberi penerangan tentang tugasan yang bakal dia berikan kepada pelajar bagi kursus ini. Bagi tugasan individu pelajar diberi dua pilihan samaada memilih untuk menceritakan pengalaman masing-masing dalam membuat keputusan yang di kira agak bermakna dalam hidup. Seterusnya pilihan kedua iaitu "Learning Jurnal" dimana merupakan refleksi setelah apa yang dipelajari didalam kelas. Bagi kedua-dua pilihan ini, pelajar dikehendaki untuk menghantar tugasan ini pada minggu ketujuh. Sekarang pensyarah menerangkan tentang tugasan kumpulan pula, di sini telah ditetapkan sama ada ahli kumpulan terdiri dari tiga hingga lima orang. Bagi tugasan kumpulan ini pelajar di kehendaki menemubual tokoh-tokoh. Secara menyeluruh pensyarah telah menerangkan kepada pelajar bagaimana, apa dan siapa yang pelajar perlu buat dan hubungi.

Pada kuliah pertama, sememangnya tugasan yang diberikan nampak agak banyak namun saya akan buat tugasan itu dengan baik supaya berpadanan dengan kursus yang telah saya daftar ini. Toada apa yang menghalang kita membuat keputusan selagi kita rasa ia mampu dilakukan dan pemikiran dalam membuat keputusan tiada pengaruh dari pihak yang lain. Dalam kursus kemahiran membuat keputusan, sedikit sebanyak akan merubah persepsi pelajar dalam menilai keputusan yang dibuat untuk kebaikan diri mahupun orang lain. Asal kita tahu kebaikan dan keburukan setiap keputusan yyang harus kita ambil supaya tidak menyesal di kemuadian hari. saya sangat seronok dengan subjek ini kerana ia juga melibatkan psikologi dalam pemikiran kita juga.



NUR AZARITA BT AHMAD AZAM
A123091(850509035080)<017-9672134>

IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SUKAN DAN REKREASI)
http://groups.yahoo.com/group/A123091/

No comments:

Post a Comment